Written by Bella | March 24th, 2016

Rasanya semua boleh perasan bahawa Shah Jaszle nampak lebih berisi berbanding sebelumnya. Mungkin kerana Shah bahagia disamping isteri dan anaknya.

Malah, ketika Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2016) mingg lepas, ada penerbit menegur beliau semakin berisi dan menasihati beliau untuk menurukan berat badan.

Shah mengakui perkara berkenaan dan kini dalam proses untuk menurukan berat badannya.  Ini kerana, Shah sudah mahu kembali aktif dalam dunia lakonan dan tampak lebih sihat.

Ya betul saya nampak berisi sebab bahagia, berat dalam 80 kilogram. Bagaimanapun, ya saya sedang menjalani proses untuk menurunkan berat badan.

Biasalah kalau seseorang lelaki itu mula berisi sedikit selepas berkahwin. Walaubagaimanapun, pada kami berat badan Shah Jaszle tidak lah keterlaluan.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | March 24th, 2016

Baru-baru ini kami ada kongsikan beberapa foto Shah Jaszle dan anaknya. Pelbagai reaksi yang kami terima dan majoriti ingin tahu bila anak itu dilahirkan dan nama penuh beliau.

Menerusi portal Utusan Online, Shah memberitahu anak perempuannya itu dilahirkan sekitar bulan Januari lepas dan ia merupakan detik terindah buat beliau dan isteri Hanis Husna.

Jelas Shah, beliau kini lebih bahagia selepas bergelar bapa dan sedang belajar untuk memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga kecilnya itu. Ini kerana Shah harus berusaha lebih keras untuk mencari rezeki selepas Hanis berhenti kerja.

Alhamdulillah, anak perempuan saya telah selamat dilahirkan Januari lepas. Nama dia, Alana Jasmeen Jaszle. Perasaan sekarang, pastinya terlalu gembira, tapi dalam masa yang sama saya perlu pandai memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Lagipun saya perlu cari duit lebih dan bekerja keras kerana isteri, Hanis sudah tidak lagi bekerja, jadi semuanya terletak di bahu saya.

Namun, Shah meluahkan rasa syukur kerana rezekinya lebih murah sekarang selepas anaknya itu dilahirkan. Malah, Hanis dan Alana sering ke set penggambaran untuk menemani Shah.

Hanis juga tidak melalui proses berpantang selepas bersalin dan berada di sisi suaminya ketika bekerja.

Tidak pun, selepas bersalin dia berehat sebentar dan sudah mula ikut saya ke set-set penggambaran. Lagipun Alana seorang anak yang baik, tidak banyak ragam. Jadi itu memudahkan kami untuk menjaga dia. Sekarang pun rezeki semakin bertambah biarpun sumbernya saya seorang, mungkin rezeki anak.

Tahniah buat Shah Jaszle dan isteri atas kehadiran cahaya mata yang cukup comel, erm kalau kongsi berita ini awal-awal kan bagus, tiadalah sebarang spekulasi yang timbul. Apa-apa pun, kami harap anda sekeluarga akan dikurniakan kebahagiaan yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | March 21st, 2016

Agak lama kita tidak dengar khabar aktor Shah Jaszle, dalam diam rupa-rupanya beliau sudah bergelar bapa apabila isterinya Hanis Husna selamat melahirkan anak sulung mereka.

Walaubagaimanapun tidak diketahui bila anak mereka dilahirkan. Setakat ini nama anaknya yang kami tahu ialah Alana.

Wajah Alana tidak kami nafikan memang comel betul lah dan seiras dengan bapanya. Hehe.

Jom lihat beberapa lagi foto anak perempuan Shah Jaszle dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | July 9th, 2015

Merupakan seorang aktor yang cukup terkenal dan hebat sebelum kontroversi kes khalwat menghimpit dirinya, Shah Jaszle terpaksa untuk mendiam diri hampir dua tahun lamanya untuk menenangkan diri sebelum kembali aktif pada tahun ini.

Pernah dikenali kerana imej “playboy”, Shah mengakui beliau kini mahu berubah lebih-lebih lagi apabila beliau teringat akan pesan arwah ayahnya yang mempunyai harapan untuk beliau mendalami ilmu agama.

Terdetik rasa rindu di hati Shah apabila mengenangkan detik-detik ketika menjaga ayahnya yang sedang sakit .

Arwah ayah juga banyak mengajar saya untuk terus bersabar. Sepanjang ayah sakit, sayalah orang yang bertanggungjawab menjaganya. Saya banyak bersama dia semasa dia lalui detik-detik keperitan. Dalam tempoh itu, saya mandikan ayah kerana ayah tidak boleh bergerak. Sekarang, ayah sudah tiada. Saya rindukan ayah.

Alhamdulillah. Dia minta saya belajar agama. Mungkin dulu saya selalu mengabaikan ilmu agama. Saya terasa berada dalam sisi kegelapan kerana pernah meninggalkan solat. Kini saya sendiri selalu ingat pesan ayah supaya jangan meninggalkan solat. Saya mahu berubah. Sekarang saya sudah berkahwin. Baik untuk saya mengubah diri.

Akan tiba satu saat didalam kehidupan seseorang dimana beliau akan merasa untuk mengubah diri ke arah lebih baik serta mendekatkan diri padaNya. InshaAllah, kami yakin Shah Jaszle mampu untuk memperbaiki diri dan juga boleh membimbing isterinya Hanis Husna selepas ini.

Sumber Berita: Utusan Online