Written by AbangNara | January 22nd, 2013

Satu perkara yang Abang Nara hormat kepada Anzalna ialah keterbukaannya dalam mengakui dirinya sudah berpunya. Kalau selebriti lain bukan main cuba untuk menafikan, Anzalna dengan penuh tenang memberitahu yang Hanif Zaki adalah kekasihnya.

anzalna dan kekasih

Memang sama cantik sama padan kedua-duanya. Sweet je mata memandang. Untunglah Hanif dapat kekasih secantik Anzalna. Semoga cepat-cepat masuk meminang untuk dijadikan mahkota hati. Amboi ~~ Ayat romantis pulak Abang Nara nie. Hehehe.

anzalna dan kekasih

Kepada Anzalna dan Hanif, semoga kekal bahagia buat selama-lamanya. Lagi 9 gambar pasangan bercinta ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 17th, 2012

Untuk anda yang tidak tahu, Anzalna sebenarnya sudah pun mempunyai kekasih hati. Anzalna sering membawa pakwenya ini ke majlis-majlis hiburan. Boleh tahan jugaklah kekacakan kekasih hati Anzalna. Baru-baru ini, Anzalna telah ditemani Hanif Zaki (nama kekasihnya) ke majlis pelancaran drama Adam dan Hawa.

anzalna dan kekasih

Abang Nara suka dengan style rambut si Hanif nie. Nampak macho gitu. Mereka berdua telah berkenalan sejak 5 tahun dulu namun hanya bercinta sejak tahun lepas. Menurut Anzalna, kalau boleh dia mahu mendirikan rumah tangganya dalam masa 2 tahun iaitu sebelum umurnya mencecah 26 tahun.

Hubungan kami okay. Kalau boleh kami nak kahwin secepat yang mungkin. Tapi dia baru mulakan kerja, saya pula sekarang sibuk dengan dunia seni. Kami sama-sama baru nak mula kumpul duit. Kalau boleh nak kahwin sebelum 26. InsyaAllah kalau jodoh kami dah sampai

anzalna dan kekasih
Baguslah dah ada perancangan macam ini. Jangan jadi macam sesetengah selebriti bercinta sampai berpuluh tahun tapi kahwinnya tidak. Lagi muda kahwin lagilah bagus. Dapat tengok anak membesar. Tak ke gitu? Semoga perancangan Anzalna menjadi dan dipermudahkan. Good luck and all the best.