Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Mesranya Mereka Berdua Di Hari Jadi Dato’ K

Saturday, February 20th, 2010

siti nurhaliza mengandung

Oh sesungguhnya kami memang terharu dengan kemesraan dan kemanjaan yang ditunjukkan oleh Siti Nurhaliza dan Dato’ K. Main suap-suap lagi. Kagum kami kerana sifat romantik mereka berdua masih bertahan. Orang selalu kata yang lelaki Melayu nie kurang romantik. Lagi-lagi kalau selepas kahwin. Tapi nampaknya Dato’ K tetap maintain keromantikannya.

siti nurhaliza mengandung

Dan ada juga khabar-khabar angin yang menyatakan Dato’ Siti Nurhaliza sudah pun mengandung. Logik jugak khabar angin tue sebab Dato’ Siti nampak agak tembam dan membesar dalam gambar di atas. Tak gitu? Kalau betullah Dato’ Siti benar-benar mengandung, kami di BeautifulNara mengucapkan jutaan tahniah.

Jelesnya Dengan Kelicinan Kulit Siti Nurhaliza

Tuesday, February 9th, 2010

siti nurhaliza

Ketepikan sebentar kontroversi memakai tudung atau selendang Dato’ Siti Nurhaliza dan marilah mengkagumi betapa halusnya kulit muka Dato’ Siti Nurhaliza. Korang tengok gambar kat atas tue. Sebijik jerawat pun tak ada beb. Bintik hitam pun tak ada. Memang suci bersih jer. Kagum gile kami dibuatnya.

Dengar cerita Dato’ Siti baru balik dari Korea sempena dengan pelancaran produk kecantikan muka dia. Rasanya dia pergi ke sana untuk buat joint venture ngan syarikat Korea untuk reka produk Siti. Satu pilihan yang tepat bagi kami. Sebab dulu kami pernah belajar di Korea dan hampir 90% awek-awek Korea mempunyai kulit yang cun melecun. Rasanya sebab pencuci muka diorang bagus kot.

Gambar ini diambil di Changi Airport Singapura. Tahniah kami ucapkan kepada Dato’ Siti yang masih sempat melayan peminat bergambar dan amik autograph walaupun tengah sibuk nak naik flight. Walaupun dah bertaraf diva, ternyata Dato’ Siti tetap cool dan tak sombong dengan peminat. Tak macam artis-artis lain.

Lagi gambar Dato’ Siti Nurhaliza dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Siti Nurhaliza – Saya Hanya Berselendang, Bukan Bertudung

Tuesday, February 2nd, 2010

siti nurhaliza

Akhirnya Siti Nurhaliza mengaku yang dia bukanlah memakai tudung tetapi sekadar berselendang sahaja. Semalam dalam rancangan Terjah TV3, Dato’ Siti Nurhaliza telah pun membuat kenyataan yang bunyinya lebih kurang macam nie :-

Saya hanya berselendang, bukan bertudung. Saya tahu ini bukan cara bertudung. Cara bertudung spt kakak-kakak dan adik tu. (sambil menuding jari). Jangan ikut saya.

Nampaknya selama nie memang Siti Nurhaliza tau yang cara pemakaian selendang dia nie menjadi topik hangat. Mungkin sebab dia terlepas berjanji akan memakai tudung pas balik umrah hari tue. Tapi tup-tup tengok lepas balik umrah masih tersembul lagi rambut dia.

Pendapat kami, mungkin Dato’ Siti Nurhaliza belum bersedia sepenuhnya untuk memakai tudung seperti cara sebenar. Sama-samalah kita doakan agar dia cepat-cepat terbuka hati. Benda baik jangan dibiar lama-lama. Lagi cepat lagi bagus kan? Apa pendapat korang?


ABPBH 2009 Ialah ABP Terakhir Buat Dato’ Siti

Sunday, January 24th, 2010

abpbh 2009

Kami nak melahirkan rasa kekaguman kami kepada Dato’ Siti Nurhaliza yang secara suka rela menarik diri daripada menyertai ABP Berita Harian pada tahun depan. Untuk makluman anda semua, ABPBH 2009 adalah ABP terakhir buat Dato’ Siti. Mengapa? Kerana Dato’ Siti nak bagi can kat muka-muka baru. Asyik-asyik dia sorang je yang menang.

Saya berterima kasih kepada peminat kerana mencalonkan saya lagi pada tahun ini, tapi ini mungkin tahun terakhir bagi saya untuk menyertai ABP ini. Saya dah lalui acara ini dalam masa yang panjang dan saya sudah lalui susah payah bertungkus lumus berkempen untuk diri sendiri. Kini tiba masanya bagi peluang kepada artis lain pula.

Jika anda peminat Dato’ Siti pastinya anda akan kecewa. Tapi sekali sekala cubalah fahami hati Dato’ Siti. Kami rasa dia dah boring asyik menang je. Kalau masuk pertandingan apa-apa je mesti dia menang. Masuk AJL dia menang. Masuk ABP dia menang. Kalau ada pertandingan masak-masak pun rasanya dia menang gak kot.

Harap-harap dengan penarikan diri Dato’ Siti nie ada can la artis lain nak menang. Terima kasih kepada Dato’ Siti yang prihatin dengan monopoli kemenangan dirinya sendiri. Anda memang terbaik~~~

P.S: Korang tau tak sekarang nie Xpax tengah buat Big Freekin’ Sale? Untuk pengguna Blackberry, korang cuma perlu sms BB ON dan hantar ke 28882 untuk langgan plan Blackberry Advance 2.5G(RM2.50 sehari) dari hari Isnin sampai hari Jumaat. Lepas tue korang akan dapat Free Blackberry Access untuk hari Sabtu dan hari Ahad. Bayar untuk 5 hari dapat guna untuk 7 hari. Memang best kan? Maklumat lanjut baca sini.

Siti Nurhaliza Dan Dato’ K Sepakat Taknak Anak Lagi, Nak Tunggu Sampai Bila?

Wednesday, December 2nd, 2009

anak siti nurhaliza

Tak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak kenyataan ini keluar dari mulut Dato’ Siti Nurhaliza sendiri. Sebabnya kenyataan ini dibuat kat Indonesia. Jadi mungkin ada kesalahan translate, atau mungkin Dato’ Siti tak faham soalan ke.

Apabila ditanya tentang kesediaan menimang anak, Dato’ Siti telah menjawap:-

Sekarang ini sebenarnya masih sibuk dengan karier masing-masing, kalau kerja sudah selesai, baru kami fikirkan tentang anak.

Sebelum tue Dato’ Siti ada bagitau yang  anak rezeki aturan Allah & jika betul mahukan anak, Datuk K sudah pun mempunyai anak sendiri.

Ok taknak komen lebih-lebih tapi kalau dah jadi penyanyi dan artis nombor 1 Malaysia, bila rasanya kesibukan tue nak habis? Kalau nak tunggu sampai habis, jawapnya memang tak dapat lah nak tengok Gugu Gaga Siti Nurhaliza.

Apa-apapun kami sentiasa mendoakan agar Dato’ Siti Nurhaliza cepat-cepat menimang anak. Tak kira la kalau berlaku secara eksiden ke apa. Tak sabar nak tengok kecomelan anak Dato’ Siti.