Written by AbangNara | July 31st, 2013

Baru-baru ini, ketika menghadiri majlis berbuka puasa ChurpChurp di Restoran Bijan, Abang Nara terjumpa dengan Jehan Miskin. Jehan telah hadir dengan isterinya, Julie Camelia Rhee. Sempatlah Abang Nara berborak sepam dua dalam bahasa Korea dengan isteri Jehan.

jehan miskin

Isteri Jehan Miskin memang lemah lembut orangnya. Malu-malu tetapi peramah orangnya. Mungkin itu yang membuatkan Jehan jatuh cinta terhadapnya. Apa pun, kedua-dua pasangan ini memang nampak sangat secocok. Kalau tengok secara “live”, memang wajah mereka seiras.

jehan miskin

Kepada Jehan dan Julie, selamat berpuasa dan berhari raya sebagai suami isteri buat pertama kali. Harap-harap nanti ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga di dalam hidup anda. 3 lagi gambar pasangan bahagia ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
okjom

P.S: Hebat sungguh promosi daripada OKjom ini. Diskaun sehingga 80% untuk barangan berjenama dan gadjet. Lagi menarik, cara pembelian ialah melalui sistem bidding. Kalau nasib anda baik, boleh beli gadjet harga RM2,000 dengan harga RM200 je. Menarik kan? Jom ke OKjom sekarang jugak.

 
Written by AbangNara | May 4th, 2013

Dengan 2 kali lafaz, Jehan Miskin kini telah pun sah bergelar suami kepada Julie Kamelia Rhee yang merupakan seorang gadis Korea. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Carcosa Seri Negara kira-kira jam 2.40 petang dan diserikan dengan kehadiran 100 tetamu.

jehan miskin
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai berserta tiga dulang hantaran berupa beg tangan jenama Braun Buffel, komputer riba Apple dan set mandian. Manakala Jehan menerima tiga dulang hantaran berupa beg bimbit jenama Braun Buffel, pen Cross dan Ipad Mini.
jehan miskinJutaan tahniah diucapkan kepada Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee atas perkahwinan ini. Semoga mereka akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Selamat menempuh alam perkahwinan buat mereka berdua.