Written by Bella | July 21st, 2017

Nampaknya “perang” untuk pemilihan Fattah Amin sebagai hero drama Coffee Prince versi Malaysia semakin hangat. Kini wujud pula petisyen oleh Team5Angeles yang menyokong Fattah untuk membintangi drama tersebut.

Team5Angels telah berjaya mengumpul sebanyak 2,127 undi sokongan berbanding petisyen bantahan yang hanya mendapat 335 undian.

Bukan itu sahaja, Team5Angles turut menyenaraikan 10 sebab mengapa Fattah sesuai untuk watak Choi Han Kyul . Antara faktornya ialah Fattah mempunyai rupa paras dan ketinggian yang hampir sama dengan Gong Yoo iaitu pelakon Korea yang sebelum ini membawakan watak asal Choi Han Kyul dalam Coffee Prince.

Pelakon Korea Gong Yoo

Fattah bukan sahaja mempunyai jutaan pengikut di Instagram dan merupakan bintang paling popular di Malaysia kini, tetapi beliau juga mempunyai imej bersih dan positif dalam menghadapi setiap gosip dan kontroversi.

Wah, nampaknya ramai yang ingin melihat Fattah dalam Coffee Prince dan mungkin impian peminat beliau akan tercapai. Dengan populariti Fattah dan sokongan daripada peminat, tidak mustahil drama tersebut boleh mencetuskan fenonema.

Sumber Berita : mStar Online / GoPetition

Written by Bella | July 19th, 2017

Baru sahaja pulang daripada menjalani penggambaran di Hutan Belum, Perak, pelakon Fattah Amin memberitahu beliau tidak tahu wujudnya petisyen bantahan agar beliau tidak membawakan watak utama dalam drama Coffee Prince versi Malaysia.

Jelas Fattah, sehingga hari ini beliau sebenarnya masih belum mendapat pengesahan rasmi tentang pembabitan beliau dalam drama tersebut tetapi mengakui pengarahnya Michael Ang ada menawarkan beliau berlakon sebagai hero.

Saya tidak tahu hujung pangkal pun. Tiada liputan telefon di sana dan saya ‘terputus’ hubungan dengan dunia luar. Sebaik pulang dari Hutan Belum, saya dimaklumkan bahawa pemilihan saya sebagai hero drama versi Bahasa Malaysia arahan Michael Ang mendapat bantahan pengikut setia drama asalnya. Tidak sangka pula selepas membintangi beberapa drama arahan Michael, baru kali ini isu seperti ini berbangkit.

Saya serahkan kepada pihak produser dan pengarah untuk membuat keputusan. Jika mereka merasakan saya layak memegang watak utama dan tidak hirau dengan bantahan serta kritikan peminat drama Coffee Prince, saya seperti biasa akan menggalas tugas yang diberikan sebaik mungkin.

Walaubagaimanapun, sumber yang rapat dengan produksi drama berkenaan mengesahkan Fattah akan berlakon dalam drama itu membawa watak Choi Han-Gyul yang dilakonkan Gong Yoo dalam versi asal Coffee Prince.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | July 18th, 2017

Umum mengetahui pelakon Janna Nick bakal bergandingan bersama hero hangat Malaya, Fattah Amin dalam drama Coffee Prince versi Malaysia. Fattah juga dikenali dengan cinta lokasinya bermula daripada Sherry Ibrahim dahulu sehinggalah fenomena Lofattah dan Fattzura. Ramai yang tertanya adakah kali ini akan wujud juga cinta lokasi antara beliau dan Janna?

Namun, Janna menerusi Utusan Mingguan memberikan jaminan perkara itu tidak akan berlaku.

Bila timbul isu Fattah akan jadi hero drama tersebut, tidak dinafikan saya turut dikaitkan dengan dia sehingga ramai yang bimbang terjebak dengan cinta lokasi selepas wujudnya fenomena Lofattah dan Fattzura. Saya jamin cinta lokasi itu tidak akan terjadi melainkan yang bercinta itu Cuma watak dalam drama berkenaan sahaja.

Bukan hendak cakap besar, kalau benar perkaras sebegitu hendak terjadi, sudah lama saya terjebak dengan cinta lokasi. Lebih baik mengelak, tidak kisah siapa hero yang akan bersama saya dalam drama itu, selagi tidak mendatangkan negativiti, tidak menjatuhkan maruah dan merosakkan periuk nasi, saya tidak ada masalah untuk menjalankan komitmen dalam lakonan.

Terdahulu, Fattah juga dikritik sesetengah netizen dan juga peminat tegar drama Korea tersebut yang tidak setuju dengan pemilihan beliau sebagai hero Coffee Prince. Wujud juga petisyen agar pihak penerbitan mencari pelakon lelaki lain yang lebih sesuai untuk menggantikan tempat Fattah.

Sumber Berita : Utusan Mingguan

Written by Bella | July 17th, 2017

Minggu lepas berita pemilihan hero untuk drama popular Korea, Coffee Prince versi Malaysia iaitu Fattah Amin menjadi bualan hangat netizen yang tidak setuju pelakon itu membawakan watak lakonan Gong Yoo, yang diminati ramai. Kini ada juga petisyen yang diwujudkan melalui kempen di Internet yang meminta agar pelakon lain menggantikan tempat Fattah kerana lakonan beliau dikatakan masih lagi “kayu”.

Sila beri watak utama kepada pelakon lelaki selain Fattah Amin. Kami tiada masalah dengan Janna Nick, kami hanya tidak mahu Fattah Amin melakonkan watak Gong Yoo.

Buat masa ini, Saluran Melayu Astro sebenarnya masih lagi dalam perbincangan untuk memilih pelakon yang sesuai untuk watak tersebut.  Pengarahnya Michael Ang pula tidak mahu mengulas isu ini dengan lebih lanjut walaupun umum mengetahui beliau telah mengesahkan Janna Nick turut terlibat dalam drama tersebut.

Bak kata kami sebelum ini, kita lihat sahaja hasilnya bagaimana nanti. Dengan populariti Fattah Amin kini drama Coffee Prince versi Malaysia pasti akan mendapat sambutan yang hangat.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE