Written by AbangNara | August 26th, 2010

faizal tahir di lubnan

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi lelaki nombor 1 Malaysia, Faizal Tahir yang telah berjaya menjejakkan kakinya ke Lubnan untuk Misi Bebaskan Palestin. Walaupun tak berjaya menjejakkan kaki ke Gaza, misi Faizal Tahir dikira berjaya sebab banyak berjumpa dengan pelarian Palestin di Lubnan.

Faizal Tahir telah merasai pengalaman di Lubnan selama 6 hari iaitu dari 12 Ogos hingga 17 Ogos baru-baru ini. Kami kagum dengan kata-kata yang dilontarkan oleh FT semasa sidang media berkaitan misi yang dia sertai:-

[note]Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Rasa sebak dan sedih bercampur baur terutama bila melihat keadaan mereka yang cukup daif. Namun saya cuba kawal perasaan sedih yang menyelubungi diri saya ketika itu. Tapi, apabila melihat keperitan mereka, saya rasa bersyukur tidak terhingga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Wujud pula keinsafan, saya mula terfikir rupa-rupanya masalah yang saya alami sebelum ini tidaklah sebesar mana sebagaimana yang ditanggung masyarakat di sana. Bayangkanlah, dengan keadaan kem yang begitu kecil, ia telah diduduki oleh beribu penduduk di dalamnya. Sudahlah begitu, dengan wayar elektrik yang tidak sistematik, ia nampak berselirat dan menjadikan tempat itu tidak terurus serta tidak selesa untuk didiami.[/note]

Yup memang sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur dengan keamanan negara kita ini. Walaupun sebenarnya kita masih boleh jadi lebih maju dari sekarang kalau ditadbir secara adil, tapi sekurang-kurangnya kita taklah seteruk Palestin. At least makan minum kita masih terjaga.

Buat Faizal Tahir, tahniah kami ucapkan kepada anda kerana membuktikan yang selebriti kita jugak prihatin dengan apa yang sedang terjadi di dunia sebelah sana. Semoga terus maju jaya selepas ini. All the best dari kami.

P.S: Jahat sungguh Google menjatuhkan maruah PM kita. Cian Najib.

Written by AbangNara | March 31st, 2009

gambar faizal tahir bukak baju

Terima kasih kepada seorang pembaca blog (ANSARI) yang sudi berkongsi link download mp3 lagu terbaru dari Faizal Tahir yang bertajuk BENCITA.

Terima kasih jugak kepada pembaca yang prihatin yang telah membetulkan kesilapan kami. Mula-mula kami tulis tajuk single terbaru Faizal Tahir ialah “BERCINTA” tapi selepas sedikit kajian tajuk sebenarnya ialah “BENCITA”.

Anda pasti layan dan rasa nak bercinta lagi sekali.

P.S: Kami tak dapat nak try check sama ada link tersebut betul atau tidak sebab tiba-tiba speaker komputer rosak. So sila bagitau kami ye sama ada betul atau tidak lagu itu adalah lagu Faizal Tahir.

Written by AbangNara | March 24th, 2009

gambar rambut pendek faizal tahir

Terkejut jugak bila tengok Melodi di TV3 Ahad lepas. Gambar imej baru Faizal Tahir berambut pendek sangat-sangat nampak lain dengannya yang sudah sinonim dengan rambut panjang mengurai.

Nak kata tak sesuai taklah jugak. Mungkin betul kata Faizal Tahir yang dia mahukan kelainan dan tak mahukan peminat dia boring dengan wajahnya yang sama.

Bagi kami di BeautifulNara, kami tak kisah Faizal Tahir nak rambut pendek ke, rambut panjang ke, rambut botak ke, asalkan suara dia maintain best dan lagu yang dia nyanyikan meletup sampai ke syurga.

Bagaimana pula dengan anda? Rasa-rasa sesuai ke tak sesuai imej berambut pendek Faizal Tahir ini? Mungkin anda rasa dia lebih muda dengan imej baru ini? Atau tidak sesuai dengan usianya yang dah tua?