Written by serenity | September 13th, 2017

Sudah menjadi lumrah zaman telefon pintar masa kini, hampir semua orang punya akaun media sosial sendiri. Baik di Facebook, Twitter dan Instagram, selebiriti menggubakan sepenuhnya platform ini untuk menghebahkan aktiviti seharian dan berinteraksi secara terus dengan peminat-peminat mereka.
amyramarjr
Namun begitu, kini seolah-olah satu trend bagi selebriti untuk mencipta akaun media sosial anak mereka. Pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya misalnya telah mencipta akaun media sosial untuk Lara Alana dan ia menyebabkan Lara menjadi begitu popular di kalangan Netizen.

Pada usia masih kanak-kanak, Lara sudah ada pendapatan sendiri dan membayar cukai seperti rakyat Malaysia yang lain. Hebat, kan?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | September 11th, 2017

Usia kandungan Amyra Rosli sudah genap 33 minggu dan pelakon jelita tersbeut dijangka akan melahirkan bayi pada akhir Oktober ini. Sudah tentu bagi pasangan suami isteri yang menunggu kelahiran anak untuk teruja apatah lahi kelahiran tersebut ialah yang sulung buat mereka.

Bagi mengabadikan saat-saat bakal ibu ini, Amyra dan suaminya pelakon Amar Baharin telah mengadakan satu fotografi materniti dengan jurgambar Nabil Nadir.

 
Written by serenity | September 11th, 2017

Setelah dilanda kontroversi, Bella Astillah telah memaafkan dan memberi peluang kepada Aliff Aziz untuk menyelamatkan rumahtangga mereka. Dan pada 9 September lepas, mereka telah mengadakan satu majlis Aqiqah anak mereka Ayden Adrean di sebuah hotel di Shah Alam.

Ayden atau nama sebenarnya, Mohamad Ayden Adrean Mohamad Aliff dilahirkan pada 8 Julai, pada pukul 3.46 petang dengan berat 2.96kg.

Aliff bernikah dengan Bella pada 9 September 2016 di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | December 11th, 2015

Ister pertama Ashraf Muslim, Npor Nayana Lokman telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.85 kg semalam. Perkara itu diberitakan oleh bapa Dayana, Haji Lokman Abdul Hamid diakaun Facebooknya.


 photo 12360004_390590444483408_6285767197267438920_n.jpg
 photo 12313906_390590467816739_9119580564052577617_n.jpg

Kelahiran Permata Hati yg baru
Assalamualaikum wbrt
Kami sekeluarga sujud syukur kpd Allah swt atas kelahiran permata hati yg baru. Petang tadi anak saya Noor Dayana selamat melahirkan putera pertama dia, baby boy 2.85 kg. Tahniah kpd Dayana dan Ashraf.
Kehadiran cucu kedua ini memang dinanti-nantikan sekian lama dan kami sekeluarga bersyukur kpd Allah swt atas kelahiran cucu yg kedua ini. Ameen ameen ameen.
Hj Lokman
10 Dec 2015

Bayi ini merupakan anak pertama Dayana bersama Ashraf. Ashraf sebelum ini mempunyai dua orang anak dengan isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Tahniah dari kami di BeautifulNara.

Pementasan penutup tirai Semarak Bangsawan 2015 akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Teja Kuala Lumpur dengan naskhah…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 7 December 2015