Written by AbangNara | August 1st, 2012

Fuh. Serius cantik gila kesemua busana hari raya yang direka oleh Hatta Dolmat ini. Lagi menarik apabilanya ianya digayakan oleh Tasha Shilla. Memang combination yang sangat perfect. Busana hari raya rekaan Hatta Dolmat ini diberikan nama La Dolce Von Teese.

tasha shilla

Abang Nara dapat bayangkan betapa glam dan gorgeousnya sesiapa yang memakai busana raya daripada Hatta Dolmat ini di pagi Syawal. Confirm semua mata akan tertumpu kepada si pemakai. Masih belum terlewat lagi untuk anda mendapatkannya koleksi Hatta Dolmat ini. Hanya perlu pergi ke Facebook Hatta Dolmat untuk maklumat lanjut tentang pembelian.

tasha shilla

10 lagi gambar Tasha Shilla menggayakan busana hari raya daripada Hatta Dolmat dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 13th, 2012

Abang Nara sebenarnya kagum dengan kreativiti pereka-pereka baju Malaysia. Semuanya ada style masing-masing. Salah seorang yang Abang Nara respek ialah Rizman Ruzaini. Rekaan baju mereka memang awesome ditambah pula apabila Fazura yang menggayakannya. Bertambah-tambah awesome dibuatnya.

rizman ruzaini fazura

Cantik kan? Abang Nara pasti korang akan kelihatan super gorgeous kalau mengenakan busana hari raya daripada Rizman Ruzaini nie. Kalau yang masih single tue, confirm akan ada yang mengorat punya. Hehehe. Lagi 6 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

rizman ruzaini fazura

P.S: Khas untuk para peniaga kecil-kecilan (jual kuih, serunding, etc) sempena Hari Raya ini, Abang Nara membuka slot pengiklanan di Facebook BeautifulNara(122,000 LIKE) dengan harga PROMOSI. Siapa cepat dia dapat. Emailkan pertanyaan anda ke hi@beautifulnara.com sekarang!!!

 
Written by AbangNara | July 10th, 2012

Walaupun puasa masih tinggal lebih kurang seminggu lebih, pusat membeli belah sudah semakin hangat mempromosikan fesyen raya mereka. Yang untung sudah tentunya pembeli seperti Abang Nara yang mendapat diskaun sehingga mencecah 85%. Dan KL Sogo kali ini tidak ketinggalan mempamerkan fesyen raya mereka yang diperagakan oleh Siti Saleha.

siti saleha

Namun Abang Nara nak beri peringatan supaya kita semua (terutama kaum wanita) untuk berjimat cermat dan tidak mengikut hawa nafsu ketika membeli belah. Shoppinglah ikut kemampuan. Jangan nanti lepas raya hutang bertimbun-timbun pulak. Satu kerja pulak nak membayar. Tak gitu?

siti saleha

15 lagi gambar Siti Saleha bergaya dengan fesyen raya daripada KL Sogo dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada laman web Trendsetter.