Written by Bella | July 6th, 2017

Pelakon Ashraf Muslim sering menjadi “idola” buat lelaki diluar sana yang menginginkan kehidupan berpoligami. Walaubagaimanapun, Ashraf dengan tegasnya berpendapat bukan semua lelaki mampu untuk berkahwin lebih daripada satu dan sebenarnya wanita juga perlu memastikan sekiranya suami mereka cukup layak untuk berpoligami.

Bukan mudah untuk seseorang lelaki itu memikul amanah serta tanggungjawab selepas berkahwin lagi.

Saya tidak menggalakkan kerana poligami hanya mereka yang terpilih saja. Bukan semua orang mampu untuk berpoligami. Isteri juga kena pastikan suami betul-betul bagus dan boleh menjalankan tugas dengan baik selepas dia mahu berkahwin lagi.  Perlu bijak dalam segala hal.

Pengurusan masa, mengurus anak-anak dan kewangan. Kedua perlu sabar, ketiga dan keempat pun perlu bersabar. Bila sabar itu tinggi, alhamdulillah proses itu senang.

Buat Ashraf, mereka yang mahu berpoligami haruslah menjadikan sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW kerana baginda adalah contoh terbaik dalam membahagikan masa dan memahami tuntutan isteri-isteri.

Untuk pengetahuan anda, Ashraf sudah mengamalkan poligami sejak empat tahun lalu selepas berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Selatan Thailand. Wan Sakinah merupakan isteri kedua beliau selepas Ashraf  bernikah dengan Noor Dayana Lokman pada 2011 di tanah suci Mekah.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by Bella | May 15th, 2017

Kehadiran Ashraf Muslim bersama dua orang isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah ke malam ABPBH 3.0 semalam mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen menyifatkan Ashraf cukup bertuah kerana diapit oleh isteri-isterinya pada malam berkenaan.

Menurut Ashraf, kedua-dua isterinya itu menemani beliau untuk memberi sokongan kepadanya yang tercalon untuk kategori Pelakon TV Popular. Ini kerana, selama lapan tahun Ashraf tidak pernah tercalon dalam mana-mana kategori ABPH.

Sebelum ini, saya dicalonkan ketika belum berumah tangga. Tetapi, selepas berkahwin, inilah kali pertama saya membawa mereka bersama-sama.  Diyana dan Sakina adalah kekuatan dan penyokong utama saya. Mereka banyak membantu saya dan memberi semangat untuk saya terus berjuang dalam industri.

Saya menghargai pengorbanan mereka dan berkongsi detik manis pada ABPBH 3.0, jadi tidak salah mereka sama-sama berada di samping saya malam ini.

Boleh dikata bertuah juga Ashraf Muslim kan? Kami doakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia dan harmoni seperti ini sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | May 9th, 2017

Kebiasaannya, masyarakat kita akan menyangka kehidupan berpoligami itu sesuatu yang menyakitkan. Lebih banyak pahit daripada manisnya. Namun, melihat kehidupan pelakon Ashraf Muslim bersama dua orang isterinya,  mereka tampak cukup bahagia sekali.

Walaubagaimanapun, Ashraf merasakan dirinya belum lagi layak untuk dianggap sebagai ikon poligami.

Apabila sudah ada tanggungjawab yang besar ni, kita sendiri pun kenalah disiplinkan diri. Kalau suami tak bijak dan tak sabar, susahlah untuk dapat kebahagian dalam rumah tangga. Bagi saya, sebagai suami kita kena bijak, pandai membahagikan masa antara kerja, dengan isteri juga masa dengan kawan-kawan.

Kalau ada orang anggap saya ini ikon, saya bukanlah yang terbaik. Saya pun menjadikan nabi Muhammad sebagai contoh. Baginda lah ikon dan paling terbaik untuk kita semua contohi.

Ashraf berkahwin dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Mekah. Selepas itu beliau mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Pattalung, Selatan Thailand.

Hasil perkongsian hidup dengan kedua-dua orang isterinya, Ashraf dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf , Anas Ashraf, dan Adam Ashraf.

Sumber Berita : Malaysian Digest

PENGALAMAN HIDUP ANDA AMAT BERPOTENSI UNTUK MENGUBAH HIDUP ORANG LAIN. KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

Written by Bella | February 24th, 2017

Hanya kerana memuat naik foto beliau bergambar bersama bekas kekasihnya, Ashraf Muslim ketika menghadiri  Malam Gala Filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2 , ruangan Instagram Sherry Ibrahim dibanjiri dengan pelbagai komen tentang mereka berdua. Jelas sekali, tindakan beliau bergambar dengan bekas kekasihnya itu menarik perhatian ramai.

Menurut Sherry, mereka sudah saling bermaafan dan tidak salah untuk mereka berkawan. Sebelum ini, Sherry dan Ashraf sudah beberapa kali terserempak di acara hiburan tetapi sekadar bertanya khabar dan bertegur sapa sahaja.

Tambah Sherry, beliau juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ditawarkan untuk berlakon dengan Ashraf.

Kami sudah saling bermaafan dan tak salah untuk kami bersahabat. Rasa janggal itu memang ada apabila terserempak dengannya. Kali terakhir kami bergambar bersama adalah kira-kira lapan tahun lalu.

Saya dan Ashraf bekerja secara profesional. Kalau ada tawaran untuk kami bergandingan, tak menjadi masalah kerana saya akan jalankan tugas saya sebagai pelakon. Skrip pun perlulah sesuai dengan penampilan saya dan dia kini adalah suami orang.

Masing-masing sudah move on dan mempunyai kehidupan sendiri sekarang. Bak kata Sherry, apa salahnya untuk mereka berkawan. Perkara lalu jangan dikenang lagi.

Sumber Berita : Harian Metro