Written by serenity | November 13th, 2017

Pada pukul 6.30 petang Sabtu, 11 November lepas, penyanyi Lufya telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.39 kg secara normal. Malah, suaminya,  Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom, 27, turut membantu menyambut kelahiran bayi itu dengan memotong tali pusatnya.

Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar, 32, menyampaikan kegembiraannya atas kelahiran bayi itu melalui akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, Lufya dan suaminya masih belum mendedahkan nama bayi itu, yang buat masa ini digelar Baby L.

Sekalung tahniah diucapkan buat Lufya atas kelahiran bayinya. Tak sabar nak tengok kecomelan bayi ini. Maklumlah, ibu bapanya pun bukan main comel. Selamat berpantang! – beautifulnara.com

Written by serenity | September 13th, 2017

Sudah menjadi lumrah zaman telefon pintar masa kini, hampir semua orang punya akaun media sosial sendiri. Baik di Facebook, Twitter dan Instagram, selebiriti menggubakan sepenuhnya platform ini untuk menghebahkan aktiviti seharian dan berinteraksi secara terus dengan peminat-peminat mereka.
amyramarjr
Namun begitu, kini seolah-olah satu trend bagi selebriti untuk mencipta akaun media sosial anak mereka. Pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya misalnya telah mencipta akaun media sosial untuk Lara Alana dan ia menyebabkan Lara menjadi begitu popular di kalangan Netizen.

Pada usia masih kanak-kanak, Lara sudah ada pendapatan sendiri dan membayar cukai seperti rakyat Malaysia yang lain. Hebat, kan?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | September 12th, 2017

Sebelum Nedim Nazri dan Nora Danish melangsungkan perkahwinan, Nedim terlebih dahulu berkahwin dengan Nabilah Khan atau mesra dipanggil Bee Khan. Pasangan itu berkenalan pada tahun 2007, melangsungkan perkahwinan pada 2011 namun perkahwinan mereka hanya bertahan dua tahun. Mereka bercerai pada tahun 2013.

Tiada kenyataan rasmi dari kedua-duanya mengenai punca perceraian mereka, namun Bee menjaga anak dari perkahwinan mereka iaitu Mohamed Nedrin, kini berusia lima tahun.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | September 11th, 2017

Usia kandungan Amyra Rosli sudah genap 33 minggu dan pelakon jelita tersbeut dijangka akan melahirkan bayi pada akhir Oktober ini. Sudah tentu bagi pasangan suami isteri yang menunggu kelahiran anak untuk teruja apatah lahi kelahiran tersebut ialah yang sulung buat mereka.

Bagi mengabadikan saat-saat bakal ibu ini, Amyra dan suaminya pelakon Amar Baharin telah mengadakan satu fotografi materniti dengan jurgambar Nabil Nadir.