Written by Bella | July 5th, 2017

Pelakon Rozita Che Wan dan keluarganya sering mencuri tumpuan ramai apabila tibanya sambutan Hari Raya Aidilfitri. Umum mengetahui Che Ta sudah mempersiapkan baju raya yang banyak serta sedondon untuk mereka sekeluarga melaram di bulan Syawal ini.

Untuk pengetahuan anda, Che Ta hanya beraya selama seminggu sahaja di Malaysia sebelum beliau berangkat ke kota London untuk sambung beraya.

Apa-apa pun, jom kita layan dulu beberapa foto keluarga Che Ta ketika pagi 1 Syawal dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : blackpepperproduction

 
Written by Bella | April 6th, 2017

Kalau lihat keluarga Rozita Che Wan, pasti peminat mereka akan cemburu dengan keakraban dan kasih sayang antara mereka. Berbicara mengenai kekeluargaan, Che Ta yang sering diajukan soalan jika mahu menambah anak lagi memberitahu beliau sudah cukup bahagia dan gembira dengan tiga anak yang dianugerahkan kepadanya.

Che Ta akui beliau berkemungkinan besar enggan lagi mencuba untuk hamil bukan sahaja kerana faktor usia tetapi dari segi ekonomi.

Rasanya tidak (untuk hamil lagi). Saya rasa, lagi ramai anak, semakin bertambah tanggungjawab. Sekarang, semuanya memerlukan duit. Jadi, kalau bertambah anak, ia bererti tanggungjawab menjadi semakin besar selain menuntut perhatian sepenuhnya.

Bagi saya, mempunyai tiga anak sudah dikira sangat baik. Aaisyah (Dhia Rana) pun sudah ada dua abang. Niat saya untuk mempunyai anak perempuan juga dimakbulkan Tuhan dengan kelahiran Aaisyah

Erm, mungkinkah harapan Zain Saidin untuk menimang cahaya mata lagi tidak akan kesampaian? Iyalah, kadang-kadang manusia hanya merancang tetapi rezeki Allah SWT siapa yang tahu?

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | December 12th, 2016

Rozita Che Wan dikenali sebagai seorang ibu yang cukup penyayang dengan anak-anaknya dan sering mengadakan majlis istimewa sempena hari jadi mereka.

Pada hari Sabtu lepas, Che Ta telah meraikan hari jadi anak keduanya Aniq Ezra dengan meriah sekali bertempat di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.

Seperti biasa, keluarga Che Ta akan mengenakan pakaian sedondon dan kali ini warna temanya adalah warna coklat. Tidak dinafikan, meskipun beliau kali ini tidak meraikan hari jadi anaknya di luar negara, tetapi ia tetap kelihatan mewah dan cukup gah.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis sambutan hari jadi Aniq Ezra dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Qamalrul Hazim Rosnan

 
Written by Bella | October 7th, 2016

Tentu ada semua tahu bahawa sut hitam dengan corak bunga merah yang dipakai oleh anak Rozita Che Wan iaitu Ammar Affendy menjadi viral di Internet. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sut yang ditempah khas daripada seorang pereka fesyen terkenal.

Netizen menyamakan baju anak Che Ta dengan alas meja, “casing” telefon bimbit dan bermacam-macam lagi di Twitter dengan menggunakan ayat “ Saya tak tiru anak Che Ta”.

Meskipun sedang menikmati percutian bersama keluarganya di Greece, Che Ta sedar bahawa perkara itu menjadi bualan ramai. Namun, beliau tidak mahu memperbesarkan perkara remeh- temeh seperti itu.

Tak ada apa yang perlu saya perkatakan. Bagi saya itu adalah hal remeh dan tak perlu diulas dengan lebih lanjut. Maaf, isu sebegini tak cukup penting sehingga dapat menjejaskan jadual kerjaya saya.

Perkara ini agak kelakar sebenarnya, tiada niat untuk netizen untuk meyakitkan hati mana-mana pihak. Kadang-kadang tidak perlu serius sangat bukan? Apa salahnya bergurau manja dengan Che Ta dan anaknya. Hehe..

Sumber Berita : Harian Metro