Written by Bella | March 14th, 2017

10 Mac lepas merupakan hari paling bermakna untuk Datuk Red dan penyanyi Adira Suhaimi atas kelahiran cahaya mata perempuan pertama mereka, Anggerik.

Kini selepas 5 hari Anggerik dilahirkan, Datuk Red menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi telah berkongsi foto anaknya itu dengan orang ramai.

Anggerik tampak cukup comel sekali dengan wajah putih dan gebu sama dengan Adira. Ruangan komen Instagram Datuk Red dihujani dengan pujian.

Wah, geram betul tengok pipi Anggerik yang gebu dan putih tu. Alhamdulillah anak dan ibu sihat dan berada didalam keadaan baik.

reach out

P.S: Pergh!!! Syamel, MASDO, Ernie Zakri dan PITAHATI akan berkumpul di Politeknik Merlimau, Melaka sempena iM4U Reach Out Convention & Celebration yang ke 5 pada 18hb MAC ini dari jam 1.30ptg hingga 6.30 petang. Confirm seronok dan meriah sangat-sangat nie. Lepas itu ada perkongsian hebat serta penuh inspirasi daripada Datuk Jake Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio. Memang rugi kalau terlepas. Sambil berhibur, sambil boleh belajar banyak perkara baru.

Written by Bella | March 12th, 2017

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada penyanyi Adira Suhaimi dan suami, Datuk Red atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Adira selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Anggrek,  dengan berat 3.2 kilogram disebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 11.30 malam pada 10 Mac lepas.

Alhamdulillah, saya selamat melahirkan cahaya mata sulung namun memerlukan rehat kerana masih lemah dan sedang menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu. Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan saya dan bayi. Nama Anggrek dipilih kerana saya meminati bunga klasik itu dan sudah lama menyimpan hasrat untuk menamakan anak sulung dengan panggilan ringkas itu.

Alhamdulillah segala proses bersalin berjalan dengan lancar. Semoga kehadiran Anggrek didalam kehidupan Adira dan Datuk Red akan memberikan rezeki dan kasih sayang selain penyeri buat rumah tangga mereka. Tidak sabar kami untuk melihat wajah Anggrek sepenuhnya, mesti comel bukan?

Sumber Berita : BH ONLINE