Written by Bella | December 29th, 2015

Berita tentang Adira yang sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua menerima pelbagai reaksi daripada peminat.

Dihimpit dengan pelbagai tomahan, Adira menjelaskan semua yang berlaku membuatkan beliau lebih kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan rumah tangganya.

Sedar imej dan populariti beliau agak tergugat dengan kontroversi pernikahannya bersama Datuk Seri Adnan Abu, Adira bagaimanapun tidak mahu terus menipu. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan madunya dan hubungan mereka agak baik.

Mungkin dengan kontroversi ini, reputasi saya akan tergugat sedikit tapi mungkin ia hanya berlaku sekejap saja.

Apa yang penting, niat saya tidak mahu menipu dan tidak mahu menyembunyikan perkara ini terlalu lama. Bagi saya berterus-terang adalah jalan terbaik.

Walaupun ada sesetengah daripada kita menganggap Adira perampas,namun takdir sudah menentukan jodoh beliau untuk menjadi isteri kedua. Apa yang boleh kita lakukan adalah mendoakan kebahagiaan Adira, suami serta madunya.

Sumber Berita: Harian Metro

Written by Bella | December 24th, 2015

Penyanyi Adira memberitahu beliau tidak akan hadir pada sidang media yang dianjurkan oleh suami beliau , Datuk Seri Adnan Abu  di pejabatnya yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh hari ini bagi menjelaskan kontroversi tentang pernikahan mereka yang menjadi  viral sejak beberapa hari lepas.

Buat Adira beliau sudah menjelaskan perkara tersebut secara penuh sebelum ini dan tidak wajar untuk beliau mencampuri urusan yang sudah dirancang oleh suaminya itu.

Tidak wajar untuk saya masuk campur urusan yang sudah dirancang pihak suami. Biarlah dia saja yang menjelaskan perkara sepatutnya.

Bukan tidak mahu mengambil tahu, tetapi lebih manis jika buat masa ini saya mendiamkan diri. Keadaan ini lebih baik untuk semua pihak.

Berita tentang Adira sudah berkahwin dengan seorang VIP mula tersebar apabila seorang wanita dikenali sebagai Datin Red memuat naik foto beliau dan Adira dengan kapsyen seakan menggambarkan mereka berkongsi suami.

Tidak lama selepas itu, Adira tampil membuat pengakuan bahawa beliau sudah menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu hanya selepas tiga minggu berkenalan dan bernikah di Songkhla, Thailand.

Written by Bella | December 23rd, 2015

Sejak beberapa hari ini, berita Adira AF yang sudah berkahwin dengan Datuk Seri Adnan di Songkhla, Thailand hanya selepas tiga minggu berkenal menjadi isu yang cukup panas dan viral di media sosial apatah lagi selepas peminat mendapat tahu Adira hanya dilamar menerusi telefon.

Apabila Adira membuat keputusan untuk bernikah dalam masa yang agak singkat, ada pihak yang mengaitkan ia dengan isu beliau putus tunang dan nama bekas tunangnya Shahrul Nasrun turut timbul kembali.  Ada yang ingin tahu apakah komen Shahrul mengenai berita pernikahan Adira.

Shahrul menerusi portal mStar Online berkata beliau tidak terkejut jika Adira sudah berkahwin kerana mereka tidak lagi mempunyai sebarang ikatan dan itu adalah hak peribadi Adira sebagai seorang wanita untuk mencari kebahagiaan.

Tambah Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia itu, beliau berharap agar dilimpahi rasa bahagia bersama pilihan hatinya dan menjaga rumah tangga yang dibina dengan baik.

Saya tahu Adira berkahwin daripada seorang kawan tetapi saya tidak terkejut kerana kami tiada sebarang ikatan lagi. Terpulang kepada dia kerana itu adalah kehidupannya dan sebagai rakan saya hanya boleh mendoakan kebahagiannya dan suami

Kehidupan berkahwin berbeza dan saya berharap dia menjaga rumah tangga dengan baik, bersikap lebih matang dalam setiap keputusannya.

Kita tidak boleh terus kecam Adira atas keputusan yang beliau sudah buat. Mungkin ini sudah ketentuan takdir dan jodoh beliau untuk bersama dengan Datuk Seri Adnan Abu. Apa yang penting, Adira harus menghormati isteri pertama Adnan dan menjaga rumah tangga beliau dengan baik. Doakan sahaja yang terbaik buat Adira.

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | December 22nd, 2015

Selepas 3 minggu berkahwin, akhirnya Adira telah pun membuat pengakuan bahawa dirinya sudah berkahwin dan bergelar isteri kedua kepada seorang Datuk Seri. Berkongsi dengan lebih mendalam tentang perkahwinan tersebut, Adira memaklumkan yang mereka telah bernikah di Songkhla, Thailand kerana mempunyai beberapa masalah dari segi urusan dokumentasi.

adira

Adira juga turut menafikah perkahwinan tersebut dilakukan kerana dirinya kecewa dengan kegagalan pertunangannya sebelum ini. Kata Adira:-

Kami mengambil keputusan bernikah selepas hanya tiga ming­gu berkenalan. Jadi, agak sukar bagi pihak saya dan suami untuk menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan di Malaysia, apatah lagi perkahwinan kami membabitkan poligami.

Cara terbaik adalah berkahwin di negara jiran. Ya, saya kini sudah menjadi isteri orang dan status sebagai isteri ke­dua tidak memberi masalah kepada diri saya.

Sekarang ini, setelah lebih tiga minggu berkahwin, saya ambil keputusan untuk umumkan cerita sebenarnya bahawa memang benar saya sudah berkahwin. Saya tidak kisah dengan apa juga tanggapan orang kerana apa yang penting perkahwinan kami ini mendapat restu daripada seluruh keluarga.

Saya pilih untuk menunggu pihak satu lagi (suami) yang bersuara dahulu. Dan bila sudah dapat lampu hijau daripada suami, saya kongsi perkara ini dengan semua orang.

Saya tidak membuat keputusan untuk berkahwin dan menjadi isteri kedua kerana patah hati dengan apa yang berlaku sebelum ini. Soal putus tunang itu persoalan lain dan saya tidak lagi mengingatinya.

Saya yakin ini jodoh yang sudah ditentukan dan saya terima dengan hati yang terbuka meskipun perkenalan dengan suami amat singkat sekali

adira

Satu sahaja pesanan Abang Nara kepada Adira, jangan lupa daftarkan perkahwinan anda di Malaysia selepas ini. Ia adalah perkara yang sangat penting. Kita tidak tahu apa masalah yang akan timbul di masa hadapan. Jadi sekurang-kurangnya bila dah daftar, bolehlah tarik nafas lega sikit. Tahniah sekali lagi buat Adira atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia. Sumber Utusan Online.