Penyanyi dan bekas peserta Master Chef Selebriti Malaysia musim kedua, Syura mengesahkan beliau sudah bercerai talak dua bersama Mohd Fadhly.
Tidak memberikan sebarang kenyataan sebelum ini meskipun penceraian beliau boleh dihidu oleh pihak media sekitar tahun lalu, Syura membuat keputusan untuk mendedahkan cerita sebenar kerana tidak mahu ada pihak yang keliru.
Bekas keluarga mentua adalah dalam kalangan sanak saudara sendiri. Banyak aspek yang perlu saya ambil kira. Saya tak boleh mementingkan diri sendiri saja. Saya bukan sengaja bertindak demikian.
Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan situasi sebenar. Semua dilakukan demi kebaikan semua. Cukuplah saya beritahu, orang di luar sana perlu tahu saya sudah menjadi ibu tunggal. Jika diikutkan, memang agak rumit untuk menjelaskan masalah rumah tangga kami.
Hidup berumah tangga memerlukan kekuatan hati dan mental, ini kerana bukan mudah untuk memikul tanggungjawab yang besar selepas berkahwin. Sudah tertulis Syura terpaksa berpisah dengan suaminya tetapi harapnya anak-anak tidak diabaikan.