Written by Bella | April 13th, 2016

Pelakon Syanie menerima pelbagai kritikan mengenai rumah tangganya yang dikatakan sudah berakhir apabila Nadi Putera iaitu bekas  suami beliau telah memuat naik  status “ In an Open Relationship” di akaun Facebooknya pada 17 Mac lepas. Nyata tindakan Nadi Putera itu ibarat membuka pekung di dada.

Buat Syanie, beliau masih lagi boleh bersabar tetapi ada sesetengah komen yang agak pedas dan seakan-akan tahu segalanya mengenai rumah tangga mereka  membuatkan Syanie tidak dapat lagi menahan amarahnya. Malah, Syanie tidak memaafkan mereka yang menabur fitnah mengenai rumah tangganya.

Semua cerita itu keluar bukan daripada mulut saya. Dia yang membuka pekung di dada dengan menulis status begitu. Saya masih lagi boleh bersabar, tetapi apabila ada orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita tiba-tiba beri komen pedas, memang saya jadi hilang sabar. Itu yang buat saya tidak akan maafkan mereka. Semakin banyak mereka memberi komen yang tidak masuk akal, insya-Allah banyak pahala yang akan saya dapat.

Syanie juga mengakui merasa sedih ketika membaca komen-komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.

Saya sedih sebenarnya apabila membaca komen-komen orang ramai yang tidak tahu duduk perkara sebenar, tetapi mahu tunjuk pandai. Mereka tahukah apa yang berlaku dalam rumah tangga saya?

Tidak dinafikan ada kata-kata mereka itu mengguris hati saya yang telah terluka ini. Mereka sedar tak, komen-komen negatif yang dimuat naik itu dibaca oleh ribuan orang, memang saya tidak akan maafkan sampai akhirat insan-insan yang sesedap mulut mengutuk saya.

Meskipun dihimpit dengan pelbagai persoalan mengenai rumah tangga beliau, Syanie memberitahu beliau masih belum bersedia untuk menceritakan hal sebenar dan meminta orang ramai untuk memberikan beliau ruang untuk mencari ketenangan.

Buat masa sekarang belum waktunya untuk saya bercerita kisah rumah tangga. Bagi saya ruang dan bila sampai masa nanti, saya akan buat kenyataan secara rasmi, mungkin menerusi Facebook. Saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Apa yang saya boleh cakap, sekarang ini saya ingin tenangkan diri dan meneruskan kehidupan tanpa bebanan.

Tidak mengapalah Syanie, bukan mudah untuk merawat hati yang luka. Biarlah beliau bertenang dahulu dan janganlah meletakkan segala kesalahan dibahu Syanie. Kita tidak tahu apa yang terjadi didalam rumah tangganya, adalah lebih baik untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

Sumber Berita : Utusan Online

22 responses to Syanie Tidak Akan Maafkan Mereka Yang Tabur Fitnah Mengenai Rumah Tangganya

  1. Siti Ketumbuh says:

    orang gemuk memang tak boleh bahagia ke? :(

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Kakinya x sabo nk cari peganti..awal2 dh update kt fesbukk.. X matang..

    0

    0
  3. melati says:

    biasa lah kenderaan berat , bila dah takder isi !!! mcm2 alasan lewww dr pihak menumpang.!!!…itu lumrah.

    0

    0
  4. Shhh says:

    Saya antara org yg paling gembira bila tahu kak syanie nk kawin..sbb fikir bertuah kak syanie..da juga yg sudi mengahwininya setelah gagal dlm perkahwinan pertamanya..yelah selalu org berbadan besar ssh nk da org suka..mcm aku ni..tk pernah kawin lgi..dh 3 kali gagal bercinta…skrg dh 6 thn aku hidup single..bila aku fikir balik..mgkin juga salah aku sbb tak mahu turunkan berat badan..tu msa aku fikir lepas putus cinta..tpi bila aku tgk kak syanie..dia dpt jodoh..kenapa aku tk leh dpt..kawan2 aku pun day g besar2..tpi dh kahwin..dn ada anak 2 3 org…mgkin nasib org tak sama..bila aku bc cerai kak syanie utk kali kedua ni..terus2 aku rasa apa motif lelaki ni nak kawin dgn dia dulu..ikhlas ke tak sebenarnya..mmg jodoh tu ditangan Tuhan..tpi entahlah..salah ke org badan besar n ink bahagia..bukan mudah nk turun..aku dh berapa kali mkn ubat kurus..diet jgn ckp kkdg 2 3 kilo je turun…mmg sedey…harap tahun ni..aku dpt turun dgn lbh cpt..pasal kak syanie..tabahlah…da gak aku dgr lelaki ni kahwin dgn syanie sb nak harta je..kak syanie kan anak org kaya..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Gigihlah kuruskan badan untuk kesihatan, bole kurus yang penting kena usaha, jodoh ajal maut dan rezeki Allah yg tentukan, mungkin kalau kita berusaha Allah makbulkan doa tu, Sapa suka berdamping dgn org yg xmenarik, penyakit pun byk kalau da gemok pikir kan lah..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Kurus dan cantik pun tak menjamin kebahagiaan rumahtangga! Dan zaman skrg org kurus pun bnyk penyakit jugak. Fikir fikirkanlah.

      0

      0
    • Anonymous says:

      hello senang saja ko nak cakap… apa ko fikir org bdn bsr ni berpenyakit ke? org yang kurus pun byk penyakit…. hello pandang2 lah ya menghina org tu biarlah bertempat.. sya arap ko akan rasa apa dia rasa…..

      0

      0
  6. Anonymous says:

    Apa motif lelaki muda kawin dgn pompuan tua sebenarnya??? Biasanya pompuan tua ni akan lebih dominan. Kalau lelaki tu matang takpe. Kalau terkena yg masih nak enjoy2 memanglah dia akan rasa terkongkong bila kena pompuan yg dominan. Bila dah terkongkong, dia usahalah nak lepaskan diri.

    0

    0
  7. fatimah busung says:

    AKU TAK MAAFKAN KO!!! *LARI BAWAK PINGGAN NASIK

    0

    0
  8. cik pa says:

    kalau betul dia da berpisah dengan suami dia, means dah takde jodoh la tu,,kenapa salahkan bentuk badan dia pulak? korang tak tau apa cerita sebenar tapi pandai2 buat telahan sendiri..kalau betul bentuk badan dan paras rupa adalah penyebab untuk bercerai, then kenapa erra fazira, izreen azmida, rita rudaini, sari yanti pun bercerai? diorang ni tak kurang sikit pun dari segi penampilan, gaya, paras rupa,etc.please la..baca and move on..tak payah nak komen yang bukan2..

    0

    0
  9. Kak Mi says:

    sabar ye syanie…kita orang ppuan ni mmg org pandang salah selalu…apa yg lelaki buat semua salah kita..biar Allah yg tahu..cakap banyak pun ttp kita juga yang salah..Moga Allah bagi kekuatan..

    0

    0
  10. fatty says:

    Sedih.. Mmg gemuk orang x suka kan.. Aku pon gemuk.. Tak da sapa nak.. Huhuhu.. Sabar ja laaa..

    0

    0
    • Anonymous says:

      InsyaAllah..jodoh Allah yg tentukan.Yang penting kena usaha. Bile suka pd seseorang kena tunjuk yg kite suke. Saya pun gemuk. Mase sy Kawen ngan asben sy berat saya lebih kurang 105kg.Tapi alhamdulillah sampai juga jodoh sy. Asben sy good looking dan sampai dh 8 taun msih lg pegang tgn sy bile berjalan. Percayalah jodoh ade..

      0

      0
  11. shida says:

    syanie ada facebook x?

    0

    0
  12. Pokleh says:

    Bukan soal gemuk or kurus yg jd jaminan rumahtangga tu kekal. Tu tgk retis cun melecun slim melim cam nora danish, erra fazira, maya karin pun bercerai jugak. So x pyh la netizen perasan cun nk kutuk2 saiz bdn syanie tu.

    0

    0
  13. Orang Brunei says:

    berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul….sabar sja syanie, setiap yg terjadi, buruk atau baik, ada hikmah di sebaliknya…kdg kita rsa yg baik utk kita, sebenarnya tidak baik, begitu juga sebaliknya….jalanilah kehidupan apa adanya, jika syanie rsa “down”, pandanglah sekeliling, masih ada yg kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan syanie, jadikan ini sebagai satu dorongan untuyk syanie lebih bersemangat menghadapi kehidupan…

    0

    0
  14. x says:

    Aku dulu kurus.hari2 nak gemuk.skg dah dua tahun aku gemuk.start jan 2016 aku mula pegi gym.jogging.rutin.jaga permakanan.skg aku body type normal.

    0

    0