Written by Bella | May 3rd, 2016

Spekulasi dan persoalan tentang status rumah tangga pelakon Syanie akhirnya terjawab apabila beliau mengaku telah sah bercerai bersama suaminya, Nadi Putera pada 23 Februari lepas.

Walaubagaimanapun, Syanie tidak mahu mendedahkan punca sebenar mereka bercerai dan menganggap perkara itu tidak perlu lagi diungkit.

Punca sebenar perceraian biarlah kami sahaja yang tahu. Cukuplah sekadar saya beritahu kami berpisah kerana sikap dia yang tidak menghargai saya sebagai isteri.  Tidak perlu diungkit lagi apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh dia (bekas suami) kepada saya.

Apabila sampai satu masa saya sudah tidak dapat menahan sabar lagi, maka inilah sahaja keputusan dan jalan terbaik untuk kami.

Pada awalnya Syanie sememangnya tidak mahu berita penceraian ini diketahui umum kerana menghormati permintaan bekas ibu mertuanya. Namun, tindakan Nadi Putera yang menukar status Facebooknya kepada “single” membuatkan Syanie terpaksa memberitahu berita tersebut kepada orang ramai kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah ataupun spekulasi.

Saya mengambil keputusan berdiam diri, namun lain pula ceritanya apabila bekas suami bertindak membuka akaun Facebook baru dengan status ‘single’, yang menyebabkan ramai pihak mula mencanang kisah rumahtangga kami.

Saya tak kisah pun, tapi kalau dia sendiri tak tahu nak jaga maruah diri, buat apa saya berdiam lagi, sebab itulah sekarang ini saya bersuara dan memberi penjelasan.

Ini merupakan penceraian kedua Syanie. Terdahulu Syanie pernah mendirikan rumahtangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 dan bercerai pada 2002.

Sumber Berita : Sinar Harian

15 responses to Syanie Akhirnya Sahkan Sudah Bercerai Dengan Nadi Putera

  1. Mira says:

    Syanie ni kaya woi. Lupekan jantan. Jantan generally mmg sesen tak guna. Move on syanie!

    0

    0
  2. Ostad Lawa says:

    la…Syanie, kesian nya nape kawin kejap sgt pastu asik2 cerai nih?

    0

    0
  3. Aku la... says:

    Bekas suami syanie tu nak kan duit dia je…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Ntah apa yg dorang pandang Nafsu nya ???

    0

    0
  5. dina says:

    mayb bosan sbb malam2 mesti asik kena himpit atau jatuh katil…hehe

    1

    0
  6. cik mek molek says:

    DAH LA SYANIE. SINGLE LAGI BAIK DARI ADA SUAMI YG MCM TU. PAHAM EH

    0

    0
  7. anonymous says:

    ujian Allah beri dalam pelbagai aspek kehidupan..ada di uji dengan penyakit, diuji dengan anak, di uji dengan suami/isteri…di uji dengan mak mertua..ipar duai..di uji dengan rezeki miskin/kaya…mcm2 ujian

    sebagai hambaNYA kita kena redha…kalau takdir boleh di tulis..mesti nak tulis yang cantik2…so uols jangan menyibuk dengan takdir orang lain atau mengata…

    0

    0
  8. ladybird says:

    lebih baik hidup single daripada kena
    bagi makan lintah hidup

    0

    0
  9. Shhh says:

    tabahlah kak syanie..sekurang2nya kak syanie pernah merasa hidup berumah tangga..sy ni dh 30 tahun..dh lima tahun single….kkdg single tu lbh baik…tgk RR dan Erra..dua2 pernah berkahwin..tpi skrg rasa nya hdp dorg lbh baik..mgkin dtg dri kita juga..

    0

    0