Written by Bella | May 12th, 2016

Beberapa hari lepas, seorang pengguna Facebook mendakwa dialog yang didalam filem Munafik adalah ayat yang sebenar digunakan untuk menyeru syaitan. Individu itu juga memberikan amaran kepada orang ramai untuk tidak menonton filem tersebut di rumah.

Perkara itu menjadi viral di media sosial dan ramai yang tertanya-tanya adakah dakwaan itu benar? Menerusi akaun Instagram Syamsul, beberapa pengikut beliau memenuhi ruang komen bagi mendapatkan penjelasan sebenar daripada pengarah filem Munafik itu sendiri.

Tidak mahu orang ramai terus salah faham dan mencetuskan spekulasi, Syamsul telah tampil menjelaskan hal sebenar. Menurut Syamsul,  ayat yang digunakan adalah rekaan semata-mata dan ia bukan mantera yang sahih.

Pada masa yang sama Syamsul memberitahu sebagai seorang Muslim, janganlah terlalu taksub ataupun percaya terhadap sesuatu perkara.

Harap orang ramai tidak lagi percaya dengan khabar angin yang tidak sahih lagi. Syamsul pun sudah memberikan penjelasan bukan?

Sumber Berita : Instagram Syamsul Yusof

22 responses to Syamsul Yusof Tepis Dakwaan Dialog Didalam Filem Munafik Seru Syaitan

  1. Mael says:

    syaitan ni kat mana2 je ada..xkisahlh kita tengok cita munafik ke x tetap jugak ada syaitan,kita xseru syaitan tu pun syaitan dan memang wujud..dlm diri kita ni pun hari2 ada je bisikan syaitan yang mengajak kita melakukan kemungkaran..ni tergantung kat diri kita masing2 mcm mna nak elak dpd hasutan syaitan ni..bykkan ibadah dan sentiasa berfikiran positif..ni x asyik nak sampaikan berita yang belum sahih kat laman sosial sana sini..yg cepat percaya tulah yang jadi mangsa…dunia2…

    0

    0
  2. jangankasihentamsamadia says:

    okay lah kalo begitu

    0

    0
    • Corse 848 says:

      Jawapan seorg yg matang..sesuai untuk segala hal juga..jgn taksub..

      0

      0
      • minah jambu harapan nenek says:

        shamsul tu dia orang islam dia tau ape itu mentera bagos tk bagos Nye kenape cakap baca mentera pangil setan pulakkkkkkkkkk ! korang doa kan shamsul dn isteri dapat baby cepat ada jugak faedah Nye..ni lah manusia terlampau pandai sangat belajar ..mentera main main pon di ingat kan Nye betol mengarot kan !!

        0

        0
  3. Nokyan says:

    Sbnarnya hntu ni kalau kita takut, resah kelam kabut memang kita ni target dia la. Kalau korang tenang, redha memang susah la hantu nak dtg dekat. Tak seru pun, tp kalau tak ikut panduan hidup mcm nabi, mmg hantu setan suka bertempek2..jadi tak de kena mengena dgn seru tu. Tu sbnarnya takut sampi meremang bulu2.. Tgk org histeria, yg kena tu yg……

    0

    0
  4. adudu says:

    betul tu. jgn sampai taksub. mana baik ambik jd pengajaran. mana buruk, jadikan sempadan. masing2 ada akal fikiran.

    0

    0
  5. Sakonah bukan dari kelantan says:

    Haah tul tu. Paling hantu setan suka, kat rumah yg toilet kotor tak bercuci. Rambut bersepah. Tu sbb penghuninya sendiri seram nak ke toilet. Penghuni pun mcm hantu tapi takut hantu…hadoiii

    0

    0
  6. aihh says:

    cerita ni banyak pengajaran yang boleh diambil iktibar..

    0

    0
  7. melati says:

    Promosi terbaik untuk Astro First..!!!!..hahahahahaha…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Jgn taksub…yg penting citer tu best….

    0

    0
  9. Najwa Letup says:

    “Kan lepastu Shamsul dah baca ayat halau syaitan”

    0

    0
  10. makEnon says:

    Nampak professional & matang sangat cara dia menjawab. Bagus hehe

    0

    0
  11. Lisa says:

    Ayat kursi tu elok la baca selalu macam suroh Al Fatihah,amalkan Dan istiqomah…insyaAllah perasaan takut Dan x tenang tu akan hilang…insyaAllah

    0

    0
  12. melati says:

    pasni Pak Usop akan kuar kenyataan kutipan RM2 juta 3 hari tayangan di ASTRO FIRST…..!!!!

    0

    0
  13. Cik green says:

    X best la cerita ni….

    0

    0
  14. Anonymous says:

    ni msti ko x fhm bahasa arab..pastu nk ckp ayat tu seru setan….bljr laa bhs arab dl..

    0

    0
  15. natalie says:

    cam mana dia tau eh tu sahih seru syaitan? da cuba ke?
    tak payah la nak buruk burukkan orang lain. movie nie pun da meletop tinggi pun. kalau betul seru syaitan, bukan setakat kat umah je tak lei tgk.. memang tk lei tgk terus. kenapa mesti cakap jgn tgk kat uma? kalau tgk luar uma pun, dia bole ikut balik.. bole tunggu kita… mcm mcm agi. harap maklum la ye. nie hanya cerita dan lakonan. jgn ikutkan sgt emosi dan perasaan tu.

    0

    0
  16. Qios says:

    kalau tak nak syaitan dan jin ada dlm rumah..
    rajin2lah buka Al Quran dan baca yer..

    0

    0