Written by Bella | February 17th, 2016

Awal tahun 2015, seorang novelis telah mendakwa pengarah Syamsul Yusof menciplak karyanya Aku Bohsia didalam filem arahannya Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam.

Penulis tersebut yang dikenali sebagai Elias Idris kemudiannya mendakwa Syamsul di mahkamah selepas beberapa perbincangan secara baik yang dibuat oleh Syamsul dan Elias gagal.

Semalam, Mahkamah Tinggi, telah menolak saman Elias setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Azizah Nawawi isu bohsia dan mat rempit adalah isu semasa dalam masyarakat di negara ini dan tidak boleh dijadikan perbandingan di antara novel dan filem. Azizah berkata, idea membabitkan bohsia dan mat rempit tidak dilindungi mengikut Akta Hakcipta 1987 dan ia juga tidak boleh dikatakan hanya eksklusif kepada novel karya Elias.

Pada masa yang sama hakim membenarkan tuntutan saman fitnah yang dibuat oleh Datuk Yusof Haslam terhadap Elias berjumlah RM 140,000 kerana telah memfitnah bukan sahaja Syamsul tetapi Skop Productions juga melalui penerbitan artikel didalam internet berhubung  isu ciplak berkenaan.

Terdahulu, Elias memberitahu karakter, plot serta tema filem Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam seratus peratus sama dengan novel yang ditulis olehnya.  Elias memberitahu beliau menggunakan nama pena Anne Natasha Nita bagi novel berjudul Aku Bohsia yang diterbitkan pada tahun 1995.

Sumber Berita: BH ONLINE

13 responses to Syamsul Yusof Menang Saman Tuduhan Ciplak Jalan Cerita Novel Aku Bohsia

  1. ., says:

    Padan muka elias

    0

    0
    • Corse 848 says:

      Betul la apa mahkamah ckp..hal2 bohsia..rempit ni mmg masalah masyarakat..bukan penulis novel tu sorg je tau keadaan mat rempit dgn bohsia..cerita2 bohsia mat rempit ni depan mata aku pun berlaku dulu..bukannya ada hak cipta tentang benda2 ni

      0

      0
  2. u says:

    padan muka..padan muka..
    tak kena kat kau..bolehlah kau padan muka kat orang.
    kalau kau buat apa2 bahan..and then ko rasa ada org ciplak bahan ko….ko naik angin ke x..walhal…idea org tu sndri…
    skrg rmai org bolh buat mcm2..
    ingat…x slamanya kita mendonggak langit

    0

    0
    • KUCING says:

      marahnya..awak org yang kene saman tu ke?
      penulis tu yang nak saman shamsul..bila bincang baik2 gagal kene bwk g mahkamah.
      jd bila mahkamah dah kate shamsul tak salah jd tak salah la..

      0

      0
      • mak kau pink says:

        betullah ape dia ckp. ko suke ke kalau benda ko buat penat penat then orang ciplak? pastu untung dpat beribu2 dari menciplak.ko ske ? ko ske? KO SKE?????

        0

        0
      • Lorat says:

        Mahkamah bukan selalu betul pun, ungang2 Malaysia ni mana boleh pakai. Ada lagi ker keadilan kat sini?

        0

        0
    • Dd says:

      Kes pun dah tamat. Apapun dia dah bersumpah tak meniru, walaupun telah menang di mahkamah, kalau sumpah atas nama Allah dan Rasul tu tak betul, Allah dan Rasul akan menjadi musuhnya, kecuali dia bertaubat dan mohon maaf kepada yang disalahi sampai dimaafkan. Penghakiman di Padang Masyhar tetap menanti.

      0

      0
  3. lilo says:

    hmmm..
    itu je mampu cakap..
    allah saja yg mgetahuinya..k..

    anyway congrats syamsul.

    0

    0
  4. My says:

    mahkamah tidak semuanya benar. shamsul tu dh kaya raya, sepatutnya bayar je lah kt elias tu di luar mahkamah. shamsul tu tau sbb die bole menang sbb tu die bwk ke mahkamah sbb xde hak cipta tu. zaman dulu ada ke bab hak cipta di highlightkan di media masa? sepatutnya kita sesama manusia patut adil dan ikhlas sesama sendiri bkn mengambil kesempatan.

    0

    0
  5. kutu says:

    Korang yang banyak cakap ni tau cerite ke tak? Penulis ni punye perbandingan persamaan memang secara kebetulan. Kata nya pasal guna nama bohsia lah, mat rempit tu melepak dekat dataran lah, pasal watak utama pergi dekat pub dengan mat rempit2 lain. Persamaan tu memang ada, tapi bende2 tu memang boleh nampak kebetulan, bukan mcm diciplak. Paham?

    0

    0
  6. nil says:

    mungkin sya ada terkhilaf…
    maaf kata dlm islam tiada istilah “KEBETULAN”..mari perbaiki apa yg kekurangan.

    tak apalh dia pun dah menang. so pada sya jika hendak terbitkn sesuatu bahan…banyakkn buat research..
    seperti kes sorg artis tu..(dh lupa namanya)…gedung jenama kain yg trkenal,..iklankan wajah dia…dan artis itu memang saman kerana gunakn wajahnya utk iklan tanpa kebenaran.
    contoh saman yg menggunakn prkataan Mc’ donald dan Mc’ Curry siapa yg memang…?
    bukan hendak pertikaikn…cuba kita tengok daripda pelbagai sudut. Memang benar, penulis tdak mahu selesai secara baik dan mahu gunakn mahkamah, sebb dia rasa tdak adillah bagi dia. akhirnya kekalahan berpihak kpd elias.
    buat sesuatu cerita mnta dlu kebenaran wlaupun ianya secara tdak lgsung.

    0

    0
    • Mak jemah says:

      Kau ni pon satu lah jenis tak faham. Macam mana yang si syamsul ni nak pergi mintak izin si elias tu kalau dia pon tak tahu kewujudan buku bohsia si elias tu.

      Susah la kalau orang nak debat, kau pon nak debat. Dah la contoh contoh kes yang kau bagi tak berkaitan.

      Before cakap, kau buat research dulu can? Sebab apa yang kau nak sampaikan pon, kiteorang semua tak faham and itulah, hm research ah. Jangan lupa citation lak.

      0

      0
  7. bara says:

    mak jemah… pun mulut tempayan.

    makcik backup depa…ada dpt apa..? habaq mai sat..
    kesian makcik…
    sokong2 habuk pun tarakkkk..

    0

    0