Written by Bella | November 20th, 2016

Bakal menimang cahaya mata pertama selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kegembiraan pengarah terkenal Syamsul Yusof bertambah apabila doktor mengesahkan isterinya, Puteri Sarah Liyana sedang hamil anak lelaki.

Khabar gembira itu diketahui ketika Syamsul membawa Puteri Sarah membuat pemeriksaan kehamilan dua minggu lepas.

Sambil membuat pemeriksaan isteri saya turut menjalani ujian imbasan kehamilan. Doktor mengesahkan isteri hamil anak lelaki.

Saya sangat gembira dan bersyukur. Apatah lagi ini adalah anak pertama kami. Usia kandungan kini mencecah lima bulan dan dilaporkan sihat.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Syamsul dan isterinya itu masih belum membuat sebarang persiapan dari segi kelengkapan bayi kerana baru sahaja mengetahui jantina anak mereka.

Itulah kata orang, berkat kesabaran dan doa yang tidak putus pasti akan membuahkan hasil yang tiada nilainya. Kami mendoakan kebahagiaan Syamsul dan Puteri Sarah bertambah dan semoga segala proses bersalin nanti dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro

9 responses to Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

  1. Yin says:

    Tahniah

    3

    0
  2. mak jemah tepi tingkap says:

    suka sgt ngn kapel ni. dulu x minat samsul dan siti ni. lps mrk nikah dan berubah ke arah kebaikan makcik suka sgt .
    all the besh.

    14

    0
  3. Anonymous says:

    apasal muka syamsul macam tu?macam nak mintak kena sepuk aje

    0

    1
  4. meowww says:

    suka tgk samsul ni nmpk sayang dan caring sgt dgn bini dia. bukan macam tok ram

    9

    0
  5. huhuhu says:

    tahniah

    0

    0
  6. sentap says:

    untung la kawin ngan samsul…nmpk matang & caring…tahniah

    6

    0
  7. Ros says:

    Shamsul is powerful and dominative man, kalau satu pihak dah macam tu maka yg jadi wife kene submissive n mengada2 n senang citer-xde personal life. So amanlah rumah tangga.

    4

    0
  8. Soft says:

    Alhamdulillah…semoga allah permudahkan segala urusan..amin…

    3

    0