Fuh ~~~ Memang hebat penangan kempen “Suria Bayarkan†yang sedang dianjurkan oleh Suria FM ini. Antara bil-bila yang diterima untuk kempen yang akan berakhir pada 27 September ini ialah bil kad kredit, bil barangan dapur, bil utiliti, bil eletrik dan bil telefon. Mesti pening kepala Suria FM nak pilih mana satu bil yang mahu dibayarkan oleh mereka.
Yang menariknya, ada satu bil yang telah dihantar merupakan bil kad kredit bernilai RM144,000. Banyak gila kot. Fuh ~~ Hebat juga perbelanjaan rakyat Malaysia ini. Untuk makluman anda, Suria FM ada sehingga RM50,000 untuk bayarkan bil-bil anda. Jadi korang hantarlah apa jenis pun di laman web Suria FM. Kalau bertuah dan terpilih, bil anda akan dibayarkan oleh Suria FM.
Paling best, kalau korang ada bil PTPTN pun boleh minta Suria FM bayarkan. Inilah peluang anda untuk menghabiskan hutang anda ketika belajar dahulu. Cuma perlu upload gambar bil-bil anda ke www.suriafm.com.my dan berdoa agar anda dimurahkan rezeki dan terpilih. Selepas upload, pastikan sentiasa dengar Suria FM sebab korang kena telefon dalam tempoh 15 minit selepas nama anda diumumkan. Kalau terlepas, jangan menangis tak berlagu pulak.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sekali lagi diingatkan, kempen ini akan berakhir 27 September ini. Hanya tinggal kira-kira 2 minggu sahaja lagi. Cepat-cepatlah hantarkan gambar bil korang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria FM.