Written by AbangNara | February 11th, 2014

Kalau tak silap Abang Nara, desas-desus Misha Omar pernah berkahwin dan menjadi isteri ketiga seorang usahawan di Kelantan telah berlegar sejak beberapa tahun yang lalu. Malah ada yang mendakwa pernikahan Misha dan Firos terpaksa ditangguhkan kerana belum mendapat surat penceraian daripada si “suami“.  Terbaru, satu status Facebook daripada seorang wanita telah memaksa Misha Omar menghantar surat penerangan kepada rakan-rakan medianya.
misha omar

Si wanita yang bernama Rahana Mohd Dahari ini dengan yakinnya mendakwa Misha Omar dengan seorang jutawan kereta. Berikut ialah status Facebook wanita tersebut yang telah dikongsikan oleh Misha Omar menerusi akaun Instagramnya.

rahana

Kerana dakwaan yang berat ini, Misha telah menulis surat terbuka kepada media massa untuk menerangkan kontroversi ini. Berikut ialah tulisan Misha Omar:-

Assalamulaikum pembaca budiman. Saya, Misha Omar meminta maaf andainya surat terbuka ini mengganggu hari kalian. Ada sesuatu yang ingin saya sampaikan buat semua kalian yang budiman. Sebagai anak seni yang telah lebih 12 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, dilempar nista dan dihina atau diserang gosip itu lumrah buat saya. Selalunya, saya menghalalkan semua yang datang kepada saya dengan pemikiran ia peluru permainan padang kerja yang sedang saya lalui.

Namun, saya minta maaf kerana kali ini saya tidak dapat bertahan dengan tohmahan yang saya anggap satu fitnah besar buat saya dan keluarga yang datang daripada status Facebook seorang individu wanita hujung minggu lalu.

Benar, ini bukan pertama kali isu kononnya saya pernah berkahwin dan menjadi isteri ketiga seorang usahawan ditumbulkan. Malah, ia juga bukan pertama kali saya jelaskan dengan sebaik mungkin bahawa ia hanya satu gosip tidak berasas.

Bagaimanapun, pada saat saya baru mengumumkan berita baik tentang niat mendirikan rumah tangga, nampaknya masih ada pihak yang berasa saya sedang menipu umum.

Saya menjadi sangat terkesan kerana status tersebut secara terang-terangan memfitnah saya.

Demi Allah, entah buat berapa kali perlu saya menafikan hal yang serupa iaitu saya tidak pernah bernikah. Saya tidak pernah menjadi isteri ketiga seorang jutawan. Maka dengan rasmi saya juga tidak pernah memegang status janda!

Apa dosa saya apabila saya ingin mendirikan rumah tangga dengan tunangan saya, Firos pada bulan Mei ini, saya dihukum dengan fitnah seperti ini?

Puan, anda pasti tersenyum bangga sekarang ini apabila status puan menjadi bualan hangat dan saya berharap agar tercapailah keinginan puan untuk menjatuhkan maruah diri saya dan keluarga saya.

Mana mungkin puan tidak pernah terfikir apakah kemungkinan yang akan terjadi kepada saya apabila puan dan rakan-rakan puan dengan sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah terhadap diri saya tanpa mengambil kira tentang kebenaran sesuatu fakta yang puan dengar mahu pun terima daripada sumber-sumber yang puan percayai itu.

Dengan ini, saya mencabar pihak puan jika masih mahu mempertahankan apa yang puan dakwa, saya mohon puan kemukakan bukti yang menunjukkan saya ini pernah berkahwin.

Jika permintaan ini terlalu berat bagi pihak puan maka puan boleh membawa kedua-dua saksi yang ada ketika saya diijabkabul. Ini kerana wali saya baru saja dijemput Ilahi.

Juga, jika sesiapa di luar sana masih meragui status saya, saya juga mahu kalian tampil bersama bukti.

Sejujurnya, surat ini dilayangkan bukanlah bertujuan untuk memalukan puan atau sesiapa yang terlibat memberi pandangan tidak bertanggungjawab terhadap fitnah yang disebarkan.

Sebaliknya, saya terpanggil untuk mempertahankan hak saya dan rakan-rakan artis yang lain. Masyarakat hari ini dengan mudah melemparkan fitnah terhadap kami. Kemudahan teknologi disalah guna tanpa menyedari pernyataan-pernyataan yang dikeluarkan merosakkan reputasi kerja dan maruah kami

Jika hal sebegini terus didiamkan, saya kira maka akan menularlah penyakit fitnah siber dalam kalangan masyarakat kita. Bagaimana kita mahu menanganinya nanti? Sihatkah aktiviti ini untuk generasi yang akan datang? Pernahkah kita terfikir bahawasanya suatu hari nanti anak-anak kita akan terbaca apa yang kita tulis pada hari ini?

Hormatkah lagi mereka kepada kita bila mereka mengetahui apa yang pernah kita lakukan? Dan pernah kita terfikir, apakah impaknya kepada anak-anak kita bila rakan-rakan mereka bertanyakan apa yang telah kita tulis atau lakukan?

Akhir sekali saya mohon agar kita semua mengambil iktibar daripada kejadian ini. Adakalanya sebelum kita memperkatakan tentang sesuatu perkara berkenaan dengan seseorang individu itu, ada baiknya kita cuba meletakkan diri kita di tempatnya dan apakah impak yang bakal diterimanya nanti.

Betul pepatah orang tua-tua, ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar’.

Sebelum saya akhiri surat ini, saya ingin tegaskan sekali lagi saya memang belum pernah berkahwin. Juga, ingin saya tegaskan tentang permintaan bukan wang ringgit untuk mas kahwin atau hantaran pada majlis saya nanti, bukan bermakna saya jahil atau membelakangkan adat yang selalunya menggunakan wang ringgit, namun ia lebih kepada menyerahkan seberapa ikhlas bakal keluarga lelaki saya mahu memberi kepada saya.

Wallahulam,

Misha Omar

rahanaPanjang lebar sungguh penjelasan Misha Omar. Diharap semua pihak terutamanya insan bernama Rahana Mohd Dahari berpuas hati. Kalau tak puas hati jugak, jangan cakap kosong. Bawak bukti. Bawak surat nikah atau surat cerai Misha Omar. Baru puas hati semua orang. Setakat tulis kosong, semua orang pun boleh buat. Tak gitu?

P.S: Pasangan di Sweden pukul anak sejak 2010

65 responses to Surat Terbuka Misha Omar Nafi Dirinya Janda

  1. Anonymous says:

    pulakk dah… nak tgk sgt bukti tu..

    0

    0
    • der says:

      kalo takde angin takkan pokok boleh bergoyang…pnh jugak dgr cite misha ni jd wife ke3 kpd tauke jual kete…tp dah lama..ingatkan org dah lupe…tp keluar lg cite mcm ni…bersabarlah misha…kalo kamu benar, jgn gentar…kemenangan berpihak kpd yg BENAR! okbai! :)

      1

      0
      • sarah says:

        kalau takde angin, masakan pokok bergoyang.. peribahasa tu tak sesuai dah zaman sekarang kot, .,.. sebab banyak monyet yang goyang pokok.. monyet2 dalam alam siber ni, ngalahkan ungka..

        0

        0
        • aku la.. says:

          mmg pn…dlu aku ingat penah kuwar cite yg ziana zain penah nikah ngn sorang menteri zaman 90 an dlu.. lg isu suami wawa zainal penah nikah ngn sorang pelakon tu.. tp tup2 xbetul pn sume cite tu.. senang cite.. jgn percaya bulat2 sesuatu perkara yg kite sndri xpasti kesahihan…kdg kite dgr pn mcm mengarut… so baik xyah percaya..

          0

          0
        • Anonymous says:

          Kes zizan bersekedudukan dgn emma pulak mcm mana? abg nara tak pos ke? zizan tkde nak tulis surat ke?

          zizan zizan…. bila dah kantoi baru fikir, “sebagai orang islam tidak patut membuka aib”. makin benci dgn zizan. sanggup bodoh2 kan peminat demi populariti.

          0

          0
        • ni sume trick nk tcalon abpbh ni…
          tu pasal lerrrr heboh tetibe….
          makcik rohana tu ckp btol gak yg samihah omar ni nk tulis surat brjela2 bagai watpe…cakap no komen sudah…

          0

          0
    • Nonoks says:

      Ni contoh typical melayu akal cetek. Ke takde akal? Nampak sangat tak berilmunya bila buat status pasal artis. Sibuk jaga hal tepi kain orang. Dahla pakai tudung. Melayu sunni yg memalukan. Memang stok surirumah kuat main tenet kuat gosip kuat ngumpat dia ni. Baca gosip diam2 sudahla. Yang nak dijadikan status tu buat apa ngok. Memang dasar otak orang kampung, sibuk jaga hal orang. Orang kampung yang baik2 jangan terasa ye. Ini khas ditujukan utk org kampung macam puan rahana. Eii malunyaaa

      0

      0
      • cici says:

        cikgu kan mkcik rahana ni?
        tak berapa suka komen artis tapi dok update status psl artis pasaipa tah?

        dok teroka fb makcik ni, kemain dia.
        kak ton pon dia dok kata.
        kangkung pun ada.hihi

        ni stok2 makcik yang rajin dok bergosip nih aku rase.

        makcik jaga anak dara leklok, nanti depa dok kata kat anak dara makcik balik makcik jangan persoalkan kenapa noo..

        lulz !

        0

        0
        • Cikgu Matematik says:

          Aduhai… cikgu Rahana. Tolong jangan malukan kaum guru. Banyak keje lain di bilik darjah selain mengumpat sana sini..
          Hidup biar berbudi. Salah cakap, memakan diri. Jangan suka mengandu domba, kain diselak aib terbuka.
          Malu la..

          0

          0
      • mia says:

        Aku setuju ngn Nonoks. Golongan mkcik2 kepochi mcm ni ( x sume la) suke amik tau pasl org..Based on die punye cite pn, bukan die pergi tengok dngn mata kepala sendiri samada cite ni betul ke tak tp dengar cite dari org. tu pon sibuk gagah kn diri pegi sendiri tnye ngn mak tiri la org tu. Nampk sangt da jd mcm wartawan tanpa gaji semata-mata nk sibuk kn hal org lain.. Mintak dijauhkan ahli keluarga aku mcm ni.

        0

        0
    • Anonymous says:

      kalaupun misha omar pernah jadi janda, KALAU pun yer… x perlu kita sebarkan citer yang mengaibkan walaupun itu betul. Apatah lagi citer yg tak betul

      0

      0
    • ser serrrrr says:

      sila baca semula status beliau. beliau dah pun minta maaf pada misya omar kerana silap cerita… tp tu la telajak taip n tekan send mn blh undur kan klu org lain dh baca. so kesilapannya adalah menaip tanpa berfikir n siasat crita sbnr.. kita xyahla dok kutuk2 lagi cikgu tu. dia dah sedar kesilapan dia. hokayy cik misha omar pun haruss la baca. tu pun klau dia nk baca. ok baiiiii…

      0

      0
      • bunga says:

        Kalau pun dia sedar.. tahik yg terpalit kat muka misha omar tu sape nak bersihkan.. ni soal maruah seorang perempuan.. kalo kena batang hidung ko sendiri ape rasanya…

        0

        0
  2. kopi o says:

    fitnah itu lebih berat dari membunuh. dunia akhir zaman

    0

    0
  3. sian Misha Omar says:

    kak Rahana oii kalu berani tunjuk bukti klu x jwb la mu kt pdg mashar biar rupo mu xcantek tp hati msti mau cantek wooooooo … xsuka org yg suka sebarkn fitnah..myusahkn org laen jer…ngekkk betoiiii

    0

    0
  4. PanglipurLara says:

    Dunia Artis Macam nie lah

    0

    0
  5. pontoon says:

    jahat perempuan tu

    0

    0
  6. giha says:

    sebelum surat ni pon ade member kelantan sy ckp misha penah kawin. tp kawin ngn sape x tau la.. Dengar cite org je..

    0

    0
  7. sha says:

    Yg penting “bekas suami” tak bersuara (tampil) ponnnn…
    pesal misha nak tulis surat bangai…

    1

    0
    • cerry bery says:

      Yup….betul…
      Kalau dia ada suami dah lama si suami dia tunjuk bukti diorang nikah…
      Xgitu Cik Rahana..
      Ops Puan Rahana…jago dirimu baik2 dah la Puan Rahana oiii…
      Daripada bergelar bini orang jangan sampai bergelar janda dah la dek kerana mulut jahat ko tu ye….

      0

      0
  8. zac says:

    tak sure kahwin ke tak tapi kalau skandal tu ya. tauke aman razak ni memang kaki perempuan.

    0

    0
  9. […] Surat Terbuka Misha Omar Nafi Dirinya Janda […]

    0

    0
  10. sue says:

    kesiannya…sapa lah yang busuk hati sangat tu. Dia nak mendirikan masjid biarlah. Doakan yang baik-baik.

    0

    0
  11. sarah says:

    perempuan nie, kalau tulis kat fb “Tulis Dulu, Baru Fikir”.. pastu mula la padam status balik.. haishhhh,.. memalukan

    0

    0
  12. sue says:

    Apa cer wartawan hebat Zubir? Lepas bukak cerita Airil dengan Ummi Nazeera (yg nyata bohong) terus senyap je.. Abang Nara, jalankan tugas

    0

    0
  13. ina says:

    haaa bg la bukti kalu btol yg kwin tu misha… cuma dgr2 dari org bkn ader bukti.. so xyah nk update pape… kang kerana mulut bdn binasa… buatnya kna saman!! x pasal2 lak… mybe yg kwin tu pelanduk 2 serupa ke.. atau sdare mara misha ke yg kwin dgn hartawan tu… ishh… dptkn dulu bukti yg sahih… jgn pkai ckp jer… dari sibuk2 hal org.. baik g masak tuk suami.. dpt pahalaa…

    0

    0
  14. saya ok jer!! says:

    lain kali senyap2 je la, sehari sebelum majlis baru bagitau,

    0

    0
  15. Pokok Kaktus Tepi Dinding says:

    Sekarang nie kat fb Rahana Mohd Dahari tuh boleh2 jer dia kata silap ore…

    HAH HAH HAH <— gelak besau….

    Tak check fakta terus kluarkan statement… pastu dah org mula mengata baru ko nak buat kus kus semangat… mana ore yang ko dok tanya tuh… nampak sangat ler nipu.. takkan dua2 ore saksi tuh salah orang…

    Kerana status updet rosak nama ore lain…. kijo mu ler ni Rahana Mohd Dahari….

    0

    0
  16. bakhtiar says:

    makcik rahana…cover photo FB makcik dah cantik dah duduk berdoa depan kaabah. tapi mulut ala-ala longkang jugak ye makcik ni? ini lah standard mulut perempuan suri rumah yang suka mengumpat sakan dengan jiran-jiran. cuma sekarang ni depa dok mengumpat sakan kat internet pulak. lain kali savvy sikit ye makcik? tolong setting privay to friends je…takdelah satu dunia nampak. sekian

    0

    0
  17. 123 says:

    mengantukkk…zzzzz~

    0

    0
  18. syah says:

    alaahh..dia kawen ke belum ke janda ke lantak la dia.. korang lak prihatin.. tunang dia pun tak kata apa.. BZbodi tul makcik tu!!!!

    0

    0
  19. No Name says:

    Rahana Mohd Dahari Soah Ismail dan Asma Hanim Mahmood….n kawan kawan wartawan dan bukan wartawan..betul la..Misha Omar yg kluar dlm panca hr ni dgn yg depa dok kata yg dh nikah kt KB tu ORANG LAIN.astaghafirullah halazim…berdosa k na kan….minta maaf Misha Omar…Shaq Bella…k na salah rupanya…awak pun salah lah….mana ada cite cite kahwin nikah bagai ni…k na pun dh lama sgt tak jumpa misha..last masa dia ambil adam n sama lak dgn adam k na umurnya….bygkan dh berapa tahun tu ..tak po lah..lain kali k na jd WARTAWAN lah nk gossip gini…long Tengku Khalidah Tengku Bidin ada kosong dak?…
    February 9 at 6:41pm

    0

    0
  20. Anonymous says:

    bagi sya, andai kata betul pn misha tu prnh kawin pn, xyahla nk gembur2kn citer. mgkn ade sbb die nk tutup citer. die kn nk kawin elok2 ni ngan tunang die, doakanla yg terbaik. jgnla dibukakkn aib die. itupn klu betul. klu xbetul, jd fitnah besar tu. malu la family tunang die. xbaik akak rahana wat mcmtu.

    0

    0
  21. comment submitted says:

    sorry, saya bukan nak menambah petrol, tapi sekadar terfikir..sebab pernah terjadi pada kawan saya..dia bernikah di thailand/golok sebagai 2nd wife, semuanya diuruskan suaminya..nikah dijalankan hanya dgn kehadiran beberapa org kawan2 suami serta pengantin perempuan..setelah mereka berkahwin, kebetulan keluar di akhbar berita ttg pasangan nikah di golok siambil tindakan mahkamah..jadi dia beritahu saya kerana bimbang dan saya juga seorang pengamal undang2. saya suruh dia bgtahu suaminya untuk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia dan sekiranya selepas di siasat perkahwinan itu sah, maka mereka akan didenda..tak kesah lah denda janji boleh hidup macam biasa sebagai suami isteri dan hak isteri/suami sebagaimana ditekankan Islam dapat ditegak..cuba bayangkan kalau si isteri mengandung, tapi statusnya bujang..how?? setelah kena ceramah dgn saya, kawan saya beritahu suaminya, namun si suami berdolak dalik dan tidak mahu register kerana takutkan isteri pertama dan seolah2 suami ini hanya berkehendakkan sex sahaja, bukan hidup berkeluarga..kawan saya ttp mendesak ttg pendaftaran tapi takde apa2 dilakukan suami..segala document pernikahan di tangan suami..kira2 dua ke tiga bulan berkahwin, isteri pertama dapat menghidu tembelang si suami dan mengamuk..jadi suami tak balik2 jumpa kawan saya dan terus hilangkan diri begitu saja dan mmg tak bertanggungjawab lgsg..jadi kawan saya ni nak minta cerai tak boleh, nak minta fasakh tak boleh..semua pun tak boleh..dan nasib baik dia tak mengandung..macam mana kalau sekiranya ini berlaku pada misha omar? saya tak kata ini telah berlaku, tapi sekiranya ini telah terjadi, makanya kena fikirkan dari sudut hukum..agama jgn diambil mudah..kekeluargaan serta nasab / keturunan yang sah adalah sgt penting dalam Islam. namun sekiranya misha benar2 difitnah, alhamdulillah sbb misha dapat pahala free bertahun2 ni..mungkin panas/kecoh di dunia, tapi sebenarnya Allah maha mengetahui..dan pada yg nak nikah di golok/indon tu hati2..dah byk juga terjadi kes mcm ni..kahwin sbb ikut nafsu..lepas dapat isteri ditinggal..dah mcm perempuan simpanan dibuatnya..

    0

    0
    • lolipopop says:

      To miss or mr comment submitted…..
      Dah tuan badan menafikan sekeras2nya Insyaallah bukan diri dia yg kawen kot..
      Kalau x dah lama “suami” dia keluarkan statement “ye, saya adalah suami misha omar”…
      Kesian la dekat dia lagi pun dia dah banyak kali tangguh kawen doakanlah yg terbaik sekiranya orang yg nak mendirikan masjid ni bukan dah siap sedia nak roboh sebelum masjid di bina…
      Bagus jugak awak komen macam 2 untuk memperingati kaum perempuan supaya lebih berhati2 dalam memilih pasangan kalau nak jadi bini no 2 ke 3 ke asalkan kawen dalam malaysia lebih selamat segala dokumen semua dah ada…

      0

      0
      • hmmm says:

        ada sebabla kalo ‘suami’ tak nak kuarkan statement… sebab kahwin sembunyi2…memang dia tak nak orang tahu especially bini pertama..kes kwn awak di atas tu sama mcm kakak ipar saya..mak ayah mertua saya mmg tk tahu kakak ipar dah kawin di siam, in fact adik beradik semua tak tahu cuma kawan2 tempat kerja je tahu…tp skang bercerai jugak sebab setelah didesak oleh kakak ipar saya untuk register di malaysia tapi suami ni taknak..so sia2 jelah kahwin selama ini..hanya utk s** sahaja…kepada wanita2 kat sana, nak jadi bini no tu, mintakla izin bini 1st supaya hak2 anda tidak terabai dan jadi perempuan simpanan sahaja…

        0

        0
        • to hmmm says:

          tu org lain kakak ipar awak. yang misha ni awk tau ke? think positive je lah. nanti jadi fitnah. buat dosa kat manusia kena minta maaf kat manusia tu. kalau tak.. hmm fhm fhm jelah.

          0

          0
  22. akulah aku says:

    Aduhai. Sebab kes macam ni lah aku bersyukur yang mak aku tak ada facebook bagai.

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Ni mok cik nak tanya anak Misha Omar yg nama Adam tu dah besaq ka ?…kalau dah besaq baguih la…la ni mok cik nak masak kari ayam…k…

    0

    0
  24. Anonymous says:

    buat per nak buka aib orang… klu cerita tu x benar kan maksudnya dah memfitnah.. kesian dkt keluarga Misha n apa kata bakal keluarga misha…. doakan yg terbaik untuk dia dahlah…

    0

    0
  25. ok says:

    Dulu kan trend mak cik2 bergosip kt depan umah…skng trend terkini orng cakap geng mak cik urban berinteneet sakan gosip kt dalam fb jerr, baru muda katanye…uish mak cik memalukan kann… ke mak cik pun ada feeling nak glamer satu Malaysia??nah terpampang muka mak cik, lps nie boleh jadi calon artis wanita fofular ganti neelopa

    0

    0
  26. honey says:

    ni rasanya kes pompuan ni dgr cerita dari sumber2 spt yg dinyatakan dlm statusnya tapi pastu xmengesahkan adekah benar cerita itu dari tuan punya badan…nk minta tlg laa sket kat rakyat Malaysia…bende2 remeh camni xperlu kita fikirkn atau bicarakan di laman sosial..ya fb tu hak masing2 tapi klu dh libatkn nama dan maruah org lain xdikira personal lagi dah…baik buat keje2 yg berfaedah dari cerita bende2 yg blm tentu kesahihannya…kesian kat tuan punya badan yg rasa bende ni…pada misha, bersbrlah..mungkin ini dugaan anda menuju ke fasa yg baru…semoga misha tabah dan tenang hadapinya

    0

    0
  27. nobody says:

    Bila saya membaca perkara ini, saya terfikir kenapa perlu kecoh sama da MO pernah berkahwin atau tidak? Jika tuan empunya badan telah kata tidak, kenapa kita perlu mengiyakan perkara yang belum tentu sahih. Jika benar akan perkara ini, bukan dengan cara mengaibkan begini seolah-olah ingin mencanang 1 Malaysia. Kita sebagai insan biasa, lebih baik mendoakan kebaikan. Jika perkara ini benar sekalipun, tidak perlulah orang luar mencampuri urusan peribadi melebihi keluarga dan bakal suaminya. Apa pun, doakanlah yang terbaik sesama insan kerana tiada yang sempurna kecuali dengan izinnya.

    0

    0
  28. damai says:

    Baru hari itu cerita Tanah Kubur berkisar akan menabur fitnah mengatakan sigadis mengandung hingga bawa maut sigadis, so dgn doa org tua sigadis yg tukang buat fitnah telah meninggal dgn abib mulut menjadi besar dan bengkak. so puan Rahana tonton cerita itu ambil iktibar. membuat fitnah dan buka aib org dosa nys terlalu besar dari org berzina kerna org berzina kalau dia bertaubat itu antara dia dgn Allah tapi fitnah dan buka aib org dosa kita tak terampun selagi org yg kita fitnah dan buka aib tak mengampunkan dosa kita wpun kita buat taubat nasuha, Tlg dalami pengetahuan agama Puan Rahana

    0

    0
  29. minah jambu merah biru says:

    minah jambu tk berape minat lah ngan si misha omar ni ! suroh dia kawin cepet2 la pastu suroh dia pakai tudong n jaga laki n rumah tangga masak cuci baju semua…tk payah lagi nk nyanyi2….

    0

    0
    • minah jambu kaler oren says:

      Minah jambu merah biru minat lopa sebenarnya kan….
      sebab lopa pakai baju jumpsuit kaler pink kan….jeng…jeng…jeng…

      0

      0
  30. anne says:

    apa pun misha,tabahkan hati.allah kan ada.suat hari nanti si pompuan x guna macam rahana dapat balasan dr allah walaupun dia jenis manusia x hati perut.

    0

    0
  31. Haruhi says:

    lantaklah Misha Omar dah kahwin ke dah bercerai ke… yang perlu kecoh kenapa? kalau betul pun, mak cik x payah la mengumpat. Tu benda yang orang x suka. Buka aib orang. Kalau benda x betul, dia jadi fitnah. baik mak cik minta maaf kat Misha Omar and semua artis yang mak cik dah umpat/ fitnah..oppssss

    0

    0
  32. mok cik says:

    mu nikoh la cepat Misha oiiii..

    0

    0
  33. ...... says:

    kalau dia janda sekalipun…apa masalahnya kalau dia nak kawin… jgn sebab komen2 sengal ni masjid yang nak dibina jadi rumah terbengkalai pulak. dosa ler jawabnya makcik rahana ….DOSA……

    0

    0
  34. sukati aku says:

    ehh kesian plak ak ngan misha n yee..alahai nasib ..baru nak bahagia ,ada plak org x betul lempar fitnah yer.xpe lar sy doakan wak bahagia yer misha omar ..tapi apasal wak nak kawin lewat yer,kalau diikutkan umur 30 an ni dah kita expired date dah ..tapi xper wak artis ,org x kisah sangat kan

    0

    0
  35. nura says:

    Saya ingin mengucapkan tahniah kepada misha omar, seorang penyanyi jelita yang sungguh berbakat dengan suara yang merdu kerana akan melangsungkan pernikahanya bulan mei ni. Kepada misha , tunangnya dan keluarga nya, buatlah persiapan seindah rupa, dan ketepikan saja semua fitnah dan tohmahan yang disebarkan oleh orang2 yang tidak berhati perut, yang lupa kepada kemungkaran Allah swt.

    0

    0
  36. zaja says:

    ni peminat yg nk cari publisiti dan ‘like’ status je ni…hihihi.adoiiii…dh xde keje nk d buat ke pun????

    0

    0
  37. milah sirus says:

    sebukkkkkkk sangatlah makcik ni…samada betul ke tak cerita tu..kau sape? ada kena mengena ngan misha omar atau kerabat tauke keta tu atau isteri 2 tauke keta tu ke?ko fikir ko cerita hal org ko dpt pahala?…kalau nak mengumpat pun buat la privacy sikit…ni lah contoh pompuan perasan suci,syumul,alim bagai..tapi mulut api neraka…kalau dah alim sgt takkan taktau dosa memfitnah n buka aib org mcmana?
    emosi plak aku pagi2 ni..huhu

    -kita taklah alim..tak jugak post gambar2 kerohanian atau keagamaan..jauh sekali gambar bertudung litup bajet ustajah…tp tak sampai hati jugak nak post2 gosip2 artis lagi2 yg berunsurkan fitnah

    0

    0
  38. politik says:

    cikgu tp mulut tempayan. kaki gosip. malu dapat mak mcm ni. ooi cikgu. aku harap 1 day ade org lain bukak aib kau pulak. padan muka. tak payah tadah tgn kat depan kaabah sgtla kalau keja mengutuk org. bodoh. ade fesbuk tp tak pandai guna. murid2 kau tu mesti kesian sgt2 dpt cikgu mcm ni.

    0

    0
  39. hate k.na says:

    salam..
    kepada kak rahana, kalo nk tau kesahihan cerita tu bkn nye post kt fb tp tny tuan empunya badan sdri..akk ni btudung bagai seorg pendidik tp ni ker contoh yg akk tunjukkan..malu skit kt ank2 murid yg tgk..

    0

    0
  40. mulut celupar says:

    aku musykil, apa hubungan misha dgn rohana ni,adakah rohana ni bini jutawan kb tu?? hikhik..sbb itukah rohana menyibuk utk menjatuhkan air muka misha omar. aku musykil3x…

    0

    0
  41. mulut celupar says:

    aku musykil, apa hubungan misha dgn rahana ni,adakah rohana ni bini jutawan kb tu?? hikhik..sbb itukah rahana menyibuk utk menjatuhkan air muka misha omar. aku musykil3x…

    0

    0
  42. Anonymous says:

    ceh.. semua janda yang aku kenal semua mengaku single.. macam pukimak

    0

    0
  43. […] Surat Terbuka Misha Omar Nafi Dirinya Janda (63) […]

    0

    0
  44. biggar says:

    haa..ni makcik bwt gossip ni x kn x nk lawan blk kot…masih nk perthnkn bini no3 ke makcik?..iskk bwt malu je laaa

    0

    0