Written by AbangNara | December 1st, 2016

Akhirnya, setelah 7 minggu berhempas pulas, GegarVaganza 3 akan berakhir pada hari Ahad ini. Konsert terakhir GegarVaganza 3 bakal menyaksikan pertarungan hebat di antara Zarul Umbrella, Siti Sarah, Azharina, Ameng Spring dan Gmie. Pasti ramai yang sedang membuat ramalan siapakah yang bakal bergelar juara GV3. Secara jujur, kelima-lima peserta ini kesemuanya hebat-hebat belaka.

gegarvaganza

Pada pendapat Abang Nara, Azharina berpeluang besar untuk muncul sebagai juara. Sudah beberapa kali Azharina mendapat tempat pertama sepanjang GegarVaganza 3 berlangsung. Namun bila final ini macam-macam boleh jadi. Abang Nara percaya juri-juri profesional akan membuat keputusan terbaik walaupun memang sukar untuk memilih seorang pemenang. Bak kata Siti Nordiana:-

Memang tidak boleh hendak menjangka siapa yang akan menang kerana masing-masing berpotensi bergelar juara. Setiap minggu pun kedudukan Top 3 sentiasa berubah sekali gus menunjukkan persaingan kali ini sengit.

siti nordiana

Agak-agaknya siapa yang bakal menjuarai GegarVaganza 3? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dan kita lihat siapa yang betul Ahad ini. Selamat menonton. Sumber Berita Harian.

universiti malaya

P.S: Sebulan lagi kita akan menjenguk ke tahun 2017. Apa kata sempena tahun baru ini, kita majukan diri dengan mengikuti kursus diploma eksekutif program separuh masa anjuran Universiti Malaya yang khusus untuk warga bekerja. Pelbagai diploma disediakan seperti pendidikan awal kanak-kanak, pengurusan, kaunseling, teknologi maklumat dan perbankan & kewangan Islam. Paling best, sudah lebih 21,000 warga bekerja yang telah berjaya membina kerjaya mereka menerusi program ini. Confirm berkesan. Pusat pembelajaran program diploma eksekutif ini bukan sahaja ada di Kuala Lumpur, tetapi ada di Kuantan, Kulim, Kota Bharu, Bayan Lepas dan Alor Setar. Jadi semua orang satu Malaysia berpeluang untuk meng”upgrade” diri mereka. Insya Allah lepas habis kursus ini kita akan dapat memperbaiki mutu hidup masing-masing. Maklumat lanjut boleh hubungi nombor telefon yang tertera atau layari www.umcced.edu.my. Selamat belajar!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

90 responses to Sukar Ramal Juara GegarVaganza 3 – Siti Nordiana

  1. Anonymous says:

    intan sarafina dah tarik diri ke Abangnara?

    18

    1
    • nara oiii says:

      a ahhh.. die msg abg nara smlm

      13

      1
      • Anonymous says:

        1)azharina
        2)zarul
        3)sarah

        7

        6
        • kak vida says:

          agree, gemersik vokal azharina selevel misha omar, siti nurhaliza dan shila amzah. clear dan puas dengar suara dia nyanyi. mcm international sgt. siapa yg pernah dengar dia nyanyi hadir di dewan mpsa je yg tahu. power woi!

          12

          2
        • Anonymous says:

          di final ahad nanti ada lagu 1 & 2..tu lagu medley.
          yg akan menetukan ketika ada lagu bonus….”battle” 1 lawan 1.

          3

          1
        • minah jambu - safety first says:

          azharina ..jihan.. nabil..astro aje yg tau sape yg akan menang kt final nanti tungu dn lihat ajeee..

          1

          2
        • Shhhh says:

          azharina vokal memang superb…tapi die macam takde x-factor macam ameng / zarul.

          Ameng memang seorang performer

          5

          1
        • Anonymous says:

          iols dah pernah tgok Nina bawa lagu I will always love you- Whitney Houston, the power of love-celine Dion, this girl is on fire-alicia keys. Apa yg iols boleh kata, Nina sgt layak jadi juara gv3. iols nak angkat sgt Nina buat comeback. Teringat vokal manja Nina di corong2 radio suatu ketika dulu masa dia femes dgn lagu2 “di hari persandinganmu”, ” masa dulu-dulu”, “seandainya” dan byk lagi..

          2

          1
      • NoraPemenangAIM says:

        Kalo Nora ada tentu dia menang. Astro sengaja sabotaj nora. Tahun dpn jgn masuk lg competitiom GegarKeNeraka ni lagi…

        1

        10
      • KakLinaPomMeletop!!! says:

        Kembalikan Hak Nora yg dirampas. Ini pertandingan nyanyian bknnya Pertandingan rancangan realiti. Nora lebih layak dari Gmie, Intan Sarafina. Kembalikan maruah pertandingan ini kalo x kita semua pakat2 unfollow IG Dato Vida. Ckp2 lah dgn penghinaan dan exploitasi yg dikenakan pd Kak Lina jgnlah ada lg yg menjadi mangsa rancangan ini.

        5

        14
    • Anonymous says:

      Azharina….lontaran vokal amat jelas berbanding peserta2 lain. Walapun saya minat Zarul dan Sarah tapi teknik nyanyian Azharina amat mengagumkan lebih2 lagi mendengar live di dewan.

      17

      1
    • Zack says:

      kannn azharina lah yg layak. vokal dia “sesuatu”… ada karektor dan unique.
      d indonesia byk penyanyi2 mcm ni. indonesia lebih pentingkan karektor vokal drp vokal bernada tinggi. contoh aghan, anggun, cakra khan…
      msia ni mentaliti 90an yg suka jerit2. tapi .. x bermakna yg bernada tinggi t bagus. contoh…. nora.

      30

      4
    • Anonymous says:

      Tunggu Mya Matahari pulak masuk GV tahun depan. Confirm abam J.O duduk front seat dgn bju sunflower

      7

      0
      • Anonymous says:

        bunga-bunga mattahaaariiiii anggun mekkaaaarrr di taman hatiiiiii warrnaaa jinggaaaaaa suntingan hati
        sambung lah sendiriiii ~~~
        wakakaka tujelah lagu dia puuunnn *sigh*

        0

        3
      • damai says:

        Mya matahari x akan masuk GV 4 pasal dah 2 kali astro buat janji palsu dgn dia, bacalah luahan hati dia sblm GV3 start

        1

        0
    • KakLinaPomMeletop!!! says:

      HAK NORA TELAH DIRAMPAS. DI MANA KEADILANNYA???

      2

      4
  2. melati says:

    Biar lah Rahsia ….nanti kalau saya cakap byk yg Dislike @ Like , baik Rahsia jew…kikiki

    0

    5
  3. #TeamZarul says:

    intan sarafina mana, senang senang hati je tulis “kelima-lima peserta”, enam peserta lahhh ngek ..

    16

    0
  4. enota says:

    Orang melayu hanya tahu berhibur sahaja dan ini adalh cara yg mudah bagi UMNO mencuri duit rakyat. Mereka begitu asyik dengan hiburan murahan sehingga mereka lalai untuk bertindak melawan tindasan yg berlaku keatas diri mereka. Maka miskin minda, akal dan kekayaan bangsa melayu. Buta dengan hiburan murah disangkala kekayaan negara dicuri oleh pemerintah yg rakus.

    4

    3
    • Anonymous says:

      semua nye nak salahkan umno.
      kau ingat dap pkr memerintah…ada ke masjid dan surau ….tilawah Alquran…subsidi haji….azan….
      fikir guna otak lahhh…..nak sgt lgbt gi berambus dr malaysia

      18

      1
  5. Mimi says:

    Ahad lepas Azharina markah paling tertinggi 80 diikuti dgn Zarul. Azharina ada peluang cerah mcm Siti Nordiana GV2. Susah nak cari kesalahan dia dlm nyanyian.

    14

    2
  6. Anonymous says:

    setuju! azharina lah kot. tone dia sedap dengar. tengok kt tv mcm kurang tapi live kt dewan mmg sedap. mcm tone sore dayang nurfaizah.

    10

    3
  7. hangbodoh says:

    1. Azharina
    2. Ameng
    3. Siti Sarah
    4. Zarul
    5. Intan Sarafina

    1

    10
  8. Anonymous says:

    1. Azharina
    2. Ameng
    3. Siti Sarah
    4. Zarul
    5. Gmie
    6. Intan

    5

    9
  9. Anonymous says:

    Tahniah semua finalist…dah ke tahap final semua peserta tu hebat dan mereka tu lah yg juara….kalah menang mereka tu finalist…syabas!

    8

    0
  10. hangbodoh says:

    1. Azharina
    2. Gmie
    3. Ameng
    4. Siti Sarah
    5. Zarul
    6. Intan Sarafina

    20

    3
  11. Puan Seri says:

    Abg Nara tlg edit. Kesian Intan. Nama Dia Tak de. Finalist kotttt.. Macam mana boleh ambil mudah je fakta ni.

    12

    1
  12. kura kura says:

    Even bukan peminat Azharina tapi rasa dia deserve dapat juara. Btw sebagai peminat Gmie harap Gmie dapat buat yang terbaik untuk Final. Good Luck Gmie!

    16

    1
    • miss kepah says:

      kita senada. bkn pminat azharina tp mmg dia layak juara sbb konsisten, tp kan kalau mlm final dia terkucil pun, x juara jugak… saya minat abg gmie, cuma bbrp mingu ni dia down sbb lagu rock kapak mendayu2 je tiap mingu…jadi mcm takde perubahan pningkatan tiap mingu….harap final blh naik balik…lagu2 best wo.salam terakhir dan bila bulan bewarna biru…kalau dua2 lagu blh bwa dgn baik mmg memberi kesan la psembahan dia…. #teamgmie #teamintan #teamzarul

      4

      1
  13. azhar says:

    1-azharina
    2-gmie
    3-zarul
    4-ameng
    5-sarah
    6-intan

    gv kan sllu wt drama so ak jangka juara & naib juara msti yg rmai x sangka..mcm korg x sangka nora tersingkir…….jeng jeng

    11

    3
  14. jurgen klopp says:

    ni ramalan aku

    1-lina pom pom
    2-nora
    3-amirekka

    9

    4
  15. anon says:

    1-gmie
    2-intan sarafina
    3-siti sarah
    4-ameng
    5-zarul
    6-azharina – gigih sgt mencuba smp nak muntah tgk…nmpk fake benor cam nora sandiwara

    34

    4
  16. Anonymous says:

    siti sarah akan juara, astro hutang budi dengan shuib dan sepah, hidup sarah,hidup astro,hidup gegar vaganza,hidup kroni.

    2

    8
  17. Anonymous says:

    Gmieee! vokal gmiee unik dan jarang dalam indsutri. Suara serak dan meneran peserta lain biasa sgt dgr. Tapi persaingan sgt sengit, semua ada aura tersendiri. Final yg sgt mendebarkan dan hebat. Best of luck finalist gv3 !

    10

    0
    • Anonymous says:

      showmanship xde..nyanyi kayu.

      4

      4
      • miss kepah says:

        to Anon December 1, 2016 at 2:58 pm
        lagu diberi ngan abg gmie smua jnis mendayu2, xkan dia nk tkinja2, begelek pulak atas pentas. minggu ke 2 or 3, dia dpt lagu joget, elok je dia move.
        dlm bertanding je org kira tu smua, nanti kat pentas konsert, takde maknanya…yg penting suara kau SEDAP. sbb tu dorang tu PENYANYI, bukan PENGHIBUR. penghibur tu mcm Achey, Abam, Sepahtu, ko tgk ptandingan nyanyian org putih, dorang tak kira la ko nyanyi statik ke asalkan suara n teknik vokal kau power.

        2

        0
        • Anonymous says:

          setuju… bila gmie dpt lagu januari, lago to’ki n lagu nash, barulah vokal die trserlah n xperlu prsmbahan pentas pn da memukau..

          5

          0
  18. Anonymous says:

    gmie..hahaha..nyanyi pon ade bunyi jawa. x internasinal langsung.

    2

    6
  19. sayasukaintan says:

    mana Intan? Die akan jadi top 3. percayalah.

    2

    1
  20. Anonymous says:

    gmie..nyanyi mcm kenduri kawin. vokal rock kapak…

    5

    4
  21. Anonymous says:

    tak kira siapa menang, abang tetap sayang dan cinta padamu nana.

    8

    0
  22. Anonymous says:

    Siti Sarah or zarul menang .. dia jenis x kesah je… x pressure langsung …yang lain nak sangat menang tu yg pressure gile2 pas tu x deliver….bagus camner vocal pun kalo x deliver kat final x leh menang juga…

    0

    6
  23. al jebon says:

    cmna nk dpt tiket?
    tak sabar rsnya nak tgk faradhiya nyanyi..
    dia ley menang tu

    0

    5
  24. lina says:

    siti sarah
    azharina
    zarul
    ameng
    gmie
    intan

    next GV, please…safura, liza hanim, wohnen, azie,fauziah latiff, fauziah ahmad daud..eh ehhh tetibe…

    2

    6
  25. Anonymous says:

    Ssh nk ramal..mcm tok ram ckp..sarah penyanyi yg sgt bgus,ibu plak byk puji azharina ..bg ak semua bgus cume azharina slu dot lgu makanan die..xpernah dpt lgu dangdut n asli..intn,sarah dh duji dgn pelbagai lgu..xtau la if org lain xperasan…

    14

    0
    • Anonymous says:

      Difahamkan oleh seorang member kt sabah, Azharina pernah perform lagu dangdut di sebuah show di sabah satu ketika dulu dan penonton agak terhibur.. Member tu ckp Azharina ni memang seorang penyanyi versatile..

      1

      2
  26. Anonymous says:

    stim tgh siti nordiana

    0

    9
  27. zzzzz says:

    aku on off pulak tengok GV3 tak macam GV2 aku gigih tengok. Tapi intan sarafina deserves a place, mantap jugak dia dulu tengok cm..mehh boleh ke beliau ni. zarul tu biasa je aku rasa. ameng n sarah tak pasti. azharina orang cakap bagus2, dia la kot juara agaknye. Eh.

    3

    3
  28. TokTi says:

    Admin Nara bangang ke hapa yer, dia follow ke tak GV3 ni? Final GV setiap musim mesti 6 penyanyi. Intan Sarafina mana wahai Nara woii…suka2 hati cakap 5 sahaja.

    2

    0
  29. marissa_J says:

    Cakap2 org dlm n produksi mcm Zarul menang, konsisten and maintain je. Azharina trying too hard. Gmie ada possibility naib juara

    11

    0
  30. minami says:

    Ameng juara gv3..trust me

    7

    0
  31. Aku says:

    Tak kisah sesiapa menang asalkan bukan Siti Sarah. Ameng pun orait jugak kalau juara. Tapi tu lah final dapat lagu sendiri. Kalau menang nanti ada pulak puak puak tak puas hati. Go Ameng go!

    8

    2
    • xxx says:

      di tahap skrg siapa yang perform best masa final itu lah yang layak…if sarah perform best,dia layak…camtuh gak yang lain,kbye

      2

      1
  32. Anonymous says:

    ameng paling corot tmpt last… nyanyi lagu sendiri tok ram dah pesan markah separuh jer… astro ni nk perangkap ameng kot… x mintak pon gi bantai kasi lagu sendiri

    5

    1
  33. Juju says:

    Azhrina walaupon i tak minat…tapi sangat layak jadi juara….
    I tengok pada setiap persembahan dia all out…
    Setiap kali GV i tak sabar untuk menonton persembahan Azharina…
    Yang lain pon okay but she is the best among the best.

    3

    4
  34. abam laa says:

    Ramalanku yg x pernah miss tgk GV3…

    1) Azharina
    2) Zarul
    3) Siti Sarah
    4) Ameng
    5) Gmie
    6) Intan

    Azharina dah 2x menang konsert mingguan. Dia versatile dan nmpk ada effort utk variasikan persembahan. Suara blh bawak ke international level. Zarul selalu konsisten and suara ada powerful. Sarah tgk pada lagu. Klu lagu makanan dia, mmg dia power giler. Klu bkn makanan dia, lagu akan jadi so and so. Ameng suara power. Silap aribulan, mgkn blh jadi juara. Gmie and intan not bad la. Sekian….

    7

    3
  35. Anonymous says:

    Ada dgr2 cerita yg main bomoh hr tu si azharina. Spi sakit2 perut kawan tu dy kerja kn punya lah nk jd juara.
    Dahsyioooott dahsyiooooottt
    Klu azharina juara npk sgt lerrrr “mainan” bomoh dy itcewwww

    0

    8
    • Gosip tegar says:

      Tak takut kala jengking dan ular kat kubur ke? Menyebarkan fitnah xda bukti

      6

      0
      • Anonymous says:

        Kalau azharina menang,dia layak,dia banyak idea kretif dari minggu pertama lagi,dia juga gunakan segala pengalaman yg dia ada,aku baru tgk motif viral astro,dia ni sungguh humble bila bercerita,aku bukan sabah,tapi aku percaya sbb kebanyakan kawan aku org sabah,senang berkawan dgn mereka,mereka kebanyakkannya jujur mungkin di sebabkan kesukaran hidup mereka dan keluarga mereka di aabah.Apa apa hal,Siapa yg buat persembahan terbaik malam final,maka orang itu layak menang.

        6

        1
    • Anonymous says:

      Anonymous dec 1,2016 at 11:21pm
      Otak sempit

      0

      0
    • Anonymous says:

      azharina xperlu nk main bomoh2 klu nk menang..die mmg dh berbakat, suara pun unik..persembahan die tiap minggu hebat..xde org pertikai klu die menang pun..

      0

      0
    • Mumia says:

      U r a sick person! Dah lah setakat dengar2 saja tapi sanggup nk sebar fitnah.

      0

      0
  36. Anonymous says:

    Ramlah ram hrp akan join gv.

    2

    1
  37. Anonymous says:

    secara jujur klau nk bakal juara gv3 tu terus kekal dlm industri ni better zarul umbrella mng…dia bukn setakat suara sedap tp full package…rupa ada…mungkin akn jdi mcm nana…jdi duta produk, berlakon dan lain2 lgi yg buat dia akn sntiasa ada dlm tv…klau tgk juara gv1 ayie…trus snyap…

    3

    1
  38. tarabas says:

    GV4
    aris ariwatan
    ramlah ram
    ibnor riza
    jeslina hashim
    kazar
    elyana

    0

    0
  39. Anonymous says:

    Sy pilih Azharina!!! Sempat tgok dia dlm motif viral astro ria.. Tak kenal maka tak cinta. She so humble, peramah, suka buat org ketawa dan pandai mengawal keadaan.. We need this kind of talent in Malaysia and international.. She has unique vocal mcm yuna, Siti nurhaliza and shila amzah.. good luck Azharina….

    0

    0
  40. . says:

    Juaralah pemenangnya.Tanya kat siti nordiana pulak.macam la dia tau.saja nak cetus bahan.pastu jual.

    0

    0
  41. Anonymous says:

    Nina ni mcm ala2 Nana masa gv2 dulu. Walau mcm mna cara org nak jatuhkan Nana masa gv2 dulu, ckp Nana ni kampungan la.. Mcm ni mcm tu la… Tapi Nana tetap perform dengan baik setiap minggu dan jadi juara. Dalam gv3 pula, Nina wlpun dia dah perform sehabis baik standard internasional tapi org masih ckp mcm2.. Dpt lagu makanan la.. Mcm tu mcm ni la.. Tapi sbnrnya ada 1 fakta yg org tak sedar pun.. Jika diteliti lagu2 yg Nina dpt sejak minggu ke-3,, Nina adalah peserta yg paling diuji. peserta2 lain hanya dapat 1 ujian sahaja pada minggu tema rock-dangdut. tapi Nina setiap minggu dpt ujian lagu2 yg sukar sejak minggu ke 3… fikir-fikirkan… semoga Nina jadi juara gv3.. She deserves it!!!

    1

    2
  42. GV4 says:

    Ye lah azharina bakal juara insha Allah..

    Utk GV4, astro blh consider nama2 di bawah :
    1. Liza hanim
    2. Anis suraya
    3. Haida hajat
    4. Deja moss
    5. Farawahida
    6. Mya matahari

    1. Casey
    2. Aqasha
    3. Aris ariwatan
    4. Sham visa
    5. Hairee kool
    6. Tam spider

    1

    0
  43. din says:

    Sudah pasti ameng juara..peminatnya masih ramai sampai ke indonesia…kalo juara astro boleh buat duit lagi dgm album baru..

    1

    0
  44. 1. Juara Gegar Vaganza Musim Ketiga Ialah Intan Sarafina
    2. Azharina
    3. Zarul
    4. Siti Sarah
    5. Gmie
    6. Ameng

    0

    0