Sudah Mula Beli Barang Hantaran, Nora Danish & Nedim Nazri Kahwin Hujung Tahun Ini?

Hiburan

Sudah Mula Beli Barang Hantaran, Nora Danish & Nedim Nazri Kahwin Hujung Tahun Ini?

Wow. Menarik sungguh perkembangan hubungan Nora Danish dan Nedim Nazri yang ditulis menerusi Harian Metro hari ini. Kalau sebelum  ini Nora dan Nedim sering menafikan rasa cinta dan tidak memanjang jauh hubungan yang tercipta, kali ini desas-desus menyatakan yang mereka sudah pun mula membuat persiapan untuk perkahwinan yang bakal dilangsungkan hujung tahun ini.

boss ned

Advertisement

Antara persiapan yang kononnya sudah dilakukan ialah pembelian barang hantara sedikit demi sedikit. Malah beberapa pereka fesyen terkenal juga dikatakan sudah berada di dalam senarai untuk mereka busana pengantin mereka. Fuh ~~ Kalau benarlah desas-desus ini, Abang Nara pasti banyak pihak yang gembira melihat dua hati ini akhirnya akan bersatu.

boss ned

Pada pendapat Abang Nara, Nora Danish dan Nedim memang sesuai dan bagai pinang dibelah dua. Kedua-duanya pernah gagal dalam perkahwinan. Kedua-duanya merupakan ibu dan bapa tunggal. Pasti mereka lebih memahami antara satu sama lain kerana pernah melalui sejarah yang lebih kurang sama. Apa pun, sama-samalah kita doakan. Khas untuk tatapan anda, Abang Nara tinggalkan video comel aksi Nora Danish bersama anaknya, Rayqal. Cute sangat!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...