Ya bolehlah kita menganggap kontroversi yang tercetus antara Wardina Saffiyah dan Ustaz Don Daniyal telah pun berakhir. Abang Nara sendiri sudah pun mendengar penjelasan Ustaz Don menerusi program 30 Minit Bersama Ustaz Don. Wardina juga mengakui telah menerima penjelasan daripada Ustaz Don menerusi telefon dan telah memohon maaf kerana isu ini.
Susulan kontroversi hangat ini, Wardina telah mengambil keputusan untuk tidak lagi meng”update” status laman Facebooknya. Perkara tersebut telah diserahkan kepada pihak pengurusannya. Satu langkah yang baik pada pendapat Abang Nara. Bagi keadaan tenang dulu sebelum muncul semula. Kata Wardina:-
Saya sudah berhubung secara peribadi dengan Ustaz Don melalui telefon dan dia sudah memberi penjelasannya. Hanya Allah lebih tahu segala-galanya dan saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi.
Saya tidak akan muat naik apa-apa status buat masa ini bagi meredakan keadaan, semua perkara tentang laman sosial ini akan dikendalikan oleh admin.
Bagi Abang Nara ada hikmah terjadinya kontroversi ini. Sekurang-kurangnya kita menyelidik serta engkaji apa jua yang diperkatakan oleh orang bergelar ustaz dan tidak menerima apa yang meraka ajar bulat-bulat. Bukannya nak cakap ustaz salah, namun tak semua orang sempurna. Apa salahnya kita bertanya untuk mengetahui kebenaran. Tak gitu? Apa pun, semoga Wardina dan Ustaz Don tidak lagi terbabit dalam sebarang kontroversi selepas ini.