Status Kecewa Emma Maembong Bukan Untuk Saya – Zizan Razak

Hiburan

Status Kecewa Emma Maembong Bukan Untuk Saya – Zizan Razak

Percintaan sememangnya sesuatu yang mengelirukan. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial. Biasalah si pakwe akan ‘stalk’ si awek dan si awek pula akan ‘stalk’ si lelaki. Masing-masing berhati-hati agar tidak mengeluarkan kenyataan, berkongsi gambar atau menulis apa sahaja yang mampu melukakan hati pasangan masing-masing. Namun apa yang pelik ialah apabila kita tahu kita tidak bergaduh dengan awek/pakwe kita, tetapi tiba-tiba ada keluar status yang pelik-pelik sehingga membuat diri kehairanan.
zizan emmaAgaknya itu yang terjadi kepada pasangan selebriti Zizan Razak dan Emma Maembong. Semua peminat yang mengikuti perkembangan mereka berdua terkejut dan mula tertanya-tanya sama ada hubungan pasangan sama cantik sama comel ini mulai retak apabila Emma Maembong berkongsi sekeping gambar dengan tulisan yang penuh emosi. Ramai yang tertanya-tanya adakah kata-kata tersebut ditujukan kepada Zizan?
zizan emma

Dasyat juga makna kata-kata yang ditulis oleh Emma ini. Kalau ditujukan kepada Zizan, memang menunjukkan yang hubungan mereka ada masalah. Nasib baik Zizan telah tampil dan menafikan kata-kata tersebut ditujukan kepadanya. Kata Zizan menerusi Mstar Online:-

Advertisement

Saya tidak rasa luahan perasaan itu ada kena mengena dengan saya atau hubungan kami sebaliknya percintaan kami masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah. Emma adalah seorang yang suka berkarya dan apa yang dimuat naik itu mungkin salah satu daripadanya.

Tidak perlu buang (gambar itu) kerana mungkin apa yang diluahkan itu mewakili orang-orang yang mempunyai perasaan sedemikian. Saya dengan Emma ok jer malah baru semalam kami bersama-sama menjayakan sebuah acara bersama-sama.

zizan emma

Lega Abang Nara mendengar penjelasan Zizan. Nampaknya lepas ini Emma kenalah lebih berhati-hati semasa berkarya. Mungkin boleh tulis ‘disclaimer’ yang karya ini tidak ditujukan kepada Zizan. Kang setiap kali berkarya, semua orang kaitkan dengan Zizan pulak. Tak ke penat Zizan nak menjawab nanti? Apa pun, semoga hubungan anda berdua berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Cepat-cepatlah kahwin.

P.S: Rintihan gelandangan, apa kerajaan buat?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...