Written by Bella | August 22nd, 2016

Selepas Akim Ahmad mengumumkan isterinya Stacy hamil menerusi satu ucapan di akaun Instagramnya, terbaru Stacy pula mengesahkan kandungan beliau sudah mencecah empat bulan.

Bukan sengaja mahu merahsiakan kehamilannya sebelum ini, Stacy hanya mengikut nasihat orang tua yang tidak menggalakkan untuk terlalu teruja dan mengumumkan berita berkenaan ketika kandungan masih lagi berada di peringkat awal.

Sebenarnya sudah lama kami berhajat mahu membuat pengumuman mengenai kehamilan ini. Apatah lagi ramai orang yang bertanya bila ingin menambah ahli keluarga.  Tetapi kata orang kurang manis kalau berkongsi berita itu terlalu awal kerana bermacam dugaan boleh timbul pada tempoh itu. Walau hidup dalam zaman moden, petua orang tua ada sebabnya.

Insan paling gembira mendengar perkhabaran ini tentu saja Akim dan keluarga kedua belah pihak. Bella juga sudah tahu dia akan dapat adik.

Stacy memberitahu beliau tidak mengalami sebarang alahan teruk tetapi mengakui badannya cepat merasa letih serta emosinya kadang kala tidak menentu.

Disebabkan emosinya itu tidak stabil, Stacy berharap tiada pihak yang akan kecil hati kerana beliau harus menolak beberapa undangan nyanyian berikutan keadaannya itu.

Walaupun alahan tidak teruk, badan saya lemah dan cepat letih. Kadangkala saya cuba menyibukkan diri tetapi kerap juga saya lebih banyak berehat membuatkan ada undangan yang terpaksa saya tolak.

Keadaan emosi juga kurang menentu. Saya cuba mengawal diri. Syukur suami dan keluarga sangat memahami situasi saya. Kerap juga peminat tanya mengenai berat badan naik atau ternampak perut berisi.

Stacy dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lepas di i Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Sebelum berkahwin, Stacy telah mengambil seorang anak angkat perempuan iaitu Bella yang kini sudah berusia 4 tahun.

Sumber Berita : BH ONLINE

12 responses to Stacy Sahkan Sudah Hamil Empat Bulan

  1. Miss Unibes says:

    Tak kisah dan tak teruja. Yg aku excited nama anak Zarina Anjoulie Lavocah:

    AWANGKU MARTIN EZZRA MIKAIL.

    Gitu…

    0

    0
    • abang gelojoh says:

      tahniah akim dan stacy . kipidap

      0

      0
    • Nananina says:

      Awangku ke? Zarina sendiri sebut “Awang” kecil. Fyi, Awang dan Awangku tak sama ok.. Awangku royal blood. Kalau suami dia Pengiran, anak lelaki Awangku, anak perempuan Dayangku

      0

      0
      • Anonymous says:

        suami dia mmg nama dia ade Pengiran

        0

        0
        • Miss Unibes says:

          Tu laaaa bengong melampau2 si Nananononina tu kan. Memang lerr die cakap “awang kecil”. Tetap je pangkal anak die AWANGKU ok. Tetap ada royal blood.

          AWANGKU MARTIN EZRA MIKAEL.

          Kau hado nanuninunenenu?

          0

          0
        • Nananina says:

          oh ye ke suami dia pengiran? sorry tak kenal. eh aku memang tak ade awangku tapi aku dayangku. kau hado???

          0

          0
    • minah jambu - safety first says:

      Oooooooo kesah nyeeeeeeee …

      0

      0
  2. fatimah busung says:

    tembakan padu. dusssssssss!!!!!!!!

    0

    0
  3. faezah ngilai ngilai says:

    couple ni nampak busuk lah

    0

    0
  4. hcubeshop says:

    congrate to Akim & Stacy..hope berkekalan

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Bukan anak angkatlah..siapa lagi yang tahu rahsia ini…

    0

    0
  6. hantu kak limah balik bando says:

    Nanti anak angkatnya si bella dah beso, problem jgk dgn akim.. Lain le kalau ank susuan..

    0

    0