Written by Bella | December 23rd, 2015

Gara-gara memuat naik satu video yang berkaitan dengan perayaan Krismas di akaun Instagram miliknya, penyanyi Stacy telah dikritik dan perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat beliau.

Ada yang mempersoalkan mengapa Stacy harus meraikan Krismas sedangkan beliau sudah memeluk Islam pada bulan Ogos lepas.

Walaubagaimanapun, tidak semua peminat beliau yang cepat melatah. Berdasarkan beberapa komen, apa yang dilakukan oleh Stacy semata-mata kerana ingin menghormati ahli keluarga beliau yang beragama Kristian serta tidak memutuskan pertalian darah antara mereka.

Malah, ia adalah satu perkara biasa buat penduduk di Sabah dimana setiap daripada mereka akan saling menghormati dan meraikan perayaan agama lain dengan batas tertentu.

Ramai orang sekarang yang mahu berlagak alim dan seakan menganggap diri mereka Tuhan dimana mereka menentukan dosa dan pahala orang lain. Sebelum kritik, cuba cermin dahulu diri sendiri adakah sudah cukup sempurna?  Bersabarlah Stacy, kami yakin anda mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara ini.

45 responses to Stacy Dikritik Peminat Kerana Sambut Krismas

  1. ahkak tak kesah says:

    kesian….itu lah bayaran nya masuk islam kat negara kita ni.,

    0

    0
    • Whateverlah says:

      Dier post “Christmas Carol by T.K.C.C” bukan Christmas Carol by dier pun… Itupun nak kecoh… Family dier Christian dan sambut Christmas tak kan dier kena asing kan diri sebab dier dah islam… Jadi kalau Stacy sambut raya nanti… Family dier pun takleh lah datang sebab diorang bukan islam?… Cetek sungguh otak sesetengah manusia nie…

      0

      0
      • Pekerja Gomen says:

        Yang kritik tu sila terjun lombong yang ada buaya lapar.
        Kalau cina muslim tak boleh sambut Gong Xi Fa Chai la ngan mak ayah dia yg masih cina?
        India Muslim tak boleh sambut Deepavali ngan ahli keluarga dia yg masih Hindu?
        Teruknya mentaliti. Masuk Islam bukan bermakna memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga yang bukan Islam. Selagi tidak melibatkan upacara keagamaan dan memastikan makanan dan minuman yang dihidangkan halal… sambutlah andai ia boleh memelihara ukhuwah sesama manusia… lebih2 lagi ahli keluarga sendiri.

        0

        0
        • Anonymous says:

          pekerja gomen..jangan bior Nampak sgt kebodohan kau..soal akidah jgn main main.. kaji dulu perayaan apela kalau nak sambut sekali kan..kes stacy ni ak xmarah sebab dia xbuat pun carol tu tapi die tengok family dia… tang sambut tu la ak nak cakap…

          tahun baru cina tu tukar calendar ajela…xde kene mengena soal akidah pon..deepavali xboleh sebab tu ade kene mengena dengan soal akidah bro…..

          #jangan bg Nampak sgt kebodohan ko tu

          0

          0
        • Saya says:

          Anonymous 28/12 12.50pm

          Dok ngata pekerja gomen tapi sendiri pn xbetul..siapa kata Deepavali xblh sambut sebab akidah? Tu perayaan

          Yg xblh sambut Thaipusam (sebab berkait akidah..pukul badan..cederakan dr demi tuhan)

          Dan menegur biar elok..trus nk bodohkan org

          Susah Malaysia ni banyak ustaz ustazah jadian google dan pndpt sndr

          0

          0
      • Anonymous says:

        yg jenis sensitif tak tentu hala ni mesti dari tadika smpai masuk U and smpai keje jenis dgn satu bangsa jer. jenis takde exposure dgn bangsa lain.

        0

        0
      • Anonymous says:

        Laaa..Ape la dorg ni…Boleh x bezakan antra betul2 sambut sbgai pnganut atau mngujungi kuarga yg sambut perayaan tu?????Sdngkn Hari raya pun kita boleh jemput smua bngsa, apekejadahnye stacy xleh pi mngunjungi kuarganya yg tgh sambut perayaan tu. Gilo ke ape booodoooooohhhh, aku lempang satu2 klu dah bodoh sgt ni, family dia woii mak ayah dia bangang, apa msalahnya dtng masa perayaan krismas, bkn dia pi smbhyg kt gereja dan bkn dia buat upacara agama lain msa tu..stakat bersama kuarga bergembira..

        0

        0
  2. Fikiran Terbuka... says:

    Pembetulan..
    Menghormati kaum dan ugama berbeza dgn merayakan bersama.
    Christmas bukan budaya tapi keagamaan.
    Turut menyanyi bersama memuji Jesus atau yg berkaitannya tentu bercanggah dgn agama islam.
    Bukan berlagak alim atau berfikiran sempat..
    Back to the Basic… Rukun Islam dan Rukun Iman
    Inshallah… Tidak tersasar..
    Allah maha Pengampun..

    0

    0
    • emir says:

      apalah itu pun nak dipertikaikan..bg alim ulama jer yang jawab jgn kelirukan fahaman islam..islam ni kan kaya dgn budi pekerti jgn menghukum orang klu sendiri pun masih x tau arah…

      0

      0
    • adoi says:

      ni bukan turut menyanyi bersama, ni caroling ni biasanya tuan rumah yang jemput untuk datang ke rmh. Mungkin family Stacy dah jemput awal-awal dan kebetulan Stacy ada kt rmh. Dia record video, bila masa pulak dia join nyanyi?

      0

      0
    • It's ok says:

      Adeke Stacy post Dia turut menyanyi?x kan?dia post video je kot..bukan Dia post gambar gi gereja sembahyang..and x salah Dia raikan with her family sebab tu cume gathering..just like it’s not wrong for her family nnt sambut Raya Aidilfitri dgn dia..jabatan agama kat msia pon issuekan kata x salah wish merry Xmas..yg penting nawaitu kite..jd kite ni jgnla pulak melebihi mereka yg arif.Wallahualam :)

      0

      0
    • Anonymous says:

      stacy msk islam ada kiter melenting?? kita hormat keputusan dia..ini baru muat naik video caroling dh nak kecoh…racist sgt

      0

      0
    • Mimi says:

      takde nampak dia ikut caroling kan?
      i muslim dekat sabah, kalau nampak orang caroling kita just support dan hormat, tak perlu nak tunjuk muka ‘apehal nak carol depan aku aku muslim kot.”
      Allah maha pengampun, maka siapalah kita nak judge.
      She’s a muslim now, tugas kita sebagai muslim adalah guide dia bukannya judge dia.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Bukan stacy yg nyanyila..bahlul..a group of koir yg dtg ke rumah keluarga stacy yg nyanyi..bacul..Such a Narrow Minded!!!!

      0

      0
    • Anonymous says:

      Sy setuju ngan awk (fikiran terbuka). Pndapat sy sama je ngan awk. X pedulilah klu org ckp kita ketinggalan zaman dgn pndapat yg kita bg ni. Yg penting tggjawab kita dah lepas dgn memberitahu yg org islam x boleh celebrate krismas spt mana non muslim celebrate. Kite ni sekadar menziarahi mereka n berbaik2 dgn mereka itu dibolehkan.

      0

      0
      • adoi says:

        The problem is.. dia tak celebrate. What can you assume dari caption pendek dan video mcm tu? Kalau sy post video perayaan Deepavali does that mean I’m a Hindu? Kalau dia menziarahi dan berbaik-baik tak boleh ke post video tu? Think on the bright side.

        0

        0
      • Sabahan Muslim says:

        This is not about ketinggalan zaman or modern lifestyle. Perhaps you came from all muslim family, alhamdulillah. Tapi saya mahu ingatkan, yang manusia diduga dengan cara yang berbeza. Kita lalui jalan yang berbeza. That’s why pemikiran kita semua berbeza2. And I can see why you’re acting like this.

        0

        0
    • Sabahan Muslim says:

      My mom convert masuk Islam sebelum kahwin dengan bapa saya. So, saya ada sebuah keluarga besar yang pelbagai agama. My mom’s family datang rumah untuk sambut hari raya. Same goes, kami datang rumah saudara-mara kristian untuk rumah terbuka sempena krismas. Saudara-mara yang melihat penampilan bertudung saya awal2 beritahu that they will serve only halal food. Kita ada marhaban, mereka duduk makan sambil dengar tanpa kecoh2. Dorang ada carol so saya x rasa saya perlu kecoh2. I don’t see any problem here.

      Saya Islam dan pernah satu masa, saya cuba untuk keluar dari kisah silam penuh kegelapan untuk lebih dekatkan diri dengan Islam. Masa tu, mengaji slow dan pengetahuan sikit. And I felt really small bila tengok kawan2 lain mengaji lancar. Sadly, ramai yang judging, tapi x ramai yang bantu. Bila orang mula judge macam2, label macam2, sedihnya hanya Allah yang tahu. Nasiblah jumpa beberapa orang insan yang bagi dorongan dan bantuan. I’m not saying that I’m perfect now, but I hope I’ve become a better person compared to who I was yesterday.

      Generally speaking, please lah, x payah judging sangat. Kalau dia semakin menjauh, ingat, kamu yang hanya tahu judge tapi x tolong langsung pun ada share juga. Apatah lagi kalau dia kembali ke jalan lama. Sebab pernah satu masa, saya rasa down dan penat juga disebabkan kata2 orang2. You’ll never know how deep your sharp words could wound others.

      0

      0
  3. cinta says:

    dulu sy duduk sabah masa pesta menuai padi kita orang pun ikut ramai2 dlm perayaan menari sumazau yalah x der makna lain sekadar nak rasa kemeriaannya…seronok sunggoh…itulah uniknya org sabah berbilang kaum…

    0

    0
  4. akak komen paling banyak says:

    akak yg tulis nie.akak juga bagi panas..hehehe.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    nk kimen lebih2 pn x blh..stacy ni kn baru masuk islam..beri la dia ruang sdkt..wlpn family dia kn kristian..so jgn la kita suka2 menunding jari ke arah stacy..cuba ko orang buka mata..tu retis y memg dari azali islam tpi cara mcm bukan seorang islam ap plk u orng nk ckp..contohnya..datok ac mizal ngan party setan dia…retis melayu y memg islam tpi pakaiannya azab..mcm nabila..julia zieglar n ramai lgi…

    0

    0
  6. . says:

    campur adukan.tak fahamla tu.agama dan perayaan.

    0

    0
  7. hello says:

    kalau nampak budak2 caroling, just watch dan silent. tak payah ikut nyanyi. Mudahkan?

    0

    0
  8. hm says:

    Kalau dah dorang jemput g rumah terbuka krismas, datang je & makan. confirm makanan yg disediakan halal. Mostly dorang akan order katering dari kalangan peniaga Islam begitu juga kalau dorang buat majlis kawin, memang dorang akan order katering atau upah tukang masak Islam. dorang tak hidang Pork punya. Beer tu memang ler ada..tapi tak payah lah minum. Ada juga air sirap & mineral disediakan.

    Kalau dorang sembahyang ke caroling ke, just watch and silent. that’s all..tak payah sibuk2 nak join caroling. Benda mudah jangan dikalutkan. Elak biar beradab jangan elak cara biadap. Sekian, terima kasih.

    0

    0
  9. Immy says:

    Kadang2 bangang gak ustaz2 jadian ni…klo masuk islam, kena putuskan hubungan ngan ahli keluarga mcm tu? Patutlah aku pernah lihat muallaf yg baru masuk islam murtad balik sbb pandangan melayu yg memandang hina muallaf yg menyambut tradisi bersama2 ahli keluarga lain, mereka sambut pun mereka masih islam, lagi pun dorang pun diorang tahu batas diorang sbb peluk islam. Org melayu yg berdakwah cara kasar ni penyebab utk org bukan islam ragu2 utk peluk islam, untuk terus jauhi islam, sbb perangai melayu la…berlagak macam diri tu maksum

    0

    0
  10. COULD9 says:

    Assalamualaikum.Masing2 ada pendapat sendiri, terpulang kepada yang menerima. Kami Org Sabah memang macam ne lah. Saya orang islam.my bapa mualaf dah lama.kami ne kira anak selepas dia masuk islam. saya punya 2 org abang yg non muslim berlainan emak (anak my bapa sblm mualaf). Bila my brother sambut christmass kami akan berkunjung ke rumah mereka. Cumanya mereka akan pasti makanan dan bekas pinggan mangkuk adalah dari katering. Cuma bila kami rasa was2 kami tak akan berkunjung dan akan memberi alasan yg tak menyakitkan hati mereka sbb mereka ada keluarga. yang penting kena jaga pemakanan,penggunaan pinggang mangkuk,belanga segalalah.kena jaga batasan lah kalau sudah masuk islam.islam itu indah.

    0

    0
  11. kongsi says:

    kes stacy sama mcm saya…convert agama tp saya tidak melupakan perayaan agama lama saya. saya hanya menyambut perayaan tu mengikut cara islam…ade perkara yg kita xboleh bt dan ade perkara kita bole buat masa sambut perayaan tersebut…
    so xde masalah utk stacy celebrate bersama fmily…selagi tidak membelakangkan syarak2 agama….

    0

    0
  12. melati says:

    Yg kritik tu tak payah terjun lombong..terjun KLCC lagi baguiiiii…ajak sekali Mak % Bapak yg kritik tu terjun KLCC sekali..

    0

    0
    • Aku tak sangka.. says:

      sedia ada dosa yg banyak..
      jgn di tambah lagi dgn mati sesat!!!
      terjun lombong..terjun KLCC gamaknya…
      Nauzubillah……

      0

      0
  13. Nobody says:

    Sambut perayaan sma2 mcm ni dh pkra biasa for mix family d sbah n swak. Y? Sebab org sbah n swak masih terpelihara dr anasir racism n ekstrimis yg mlampau mcm d smnanjung…kmi dh biasa hdup aman damai mcam satu famili d bumi kelahiran kami. Kmi dh biasa hdup hormat mghotmati n bgembira mrayakan perayaan sambutan rakan2 kmi. Masjid n gereja bsebelahan…xmnjadi masalah buat kami. Masuk masjid utk gtong ryong bg yg bkn muslim xmnjdi masalah buat kmi…xda istilah akn tpesong akidah atau iman dgn bbuat dmikian sbb kmi pcya kekuatan sstu agama itu tletak pd hati n ur faith bkn ny bnda2 kecil mcm ni. Tgok simbol masjid (bulan n bintang) hr2, dgar azan tp2 pg n mdgar bacaan doa dlm stp majlis rasmi jga bkan masalah buat kni sebab smua tu adlh hak org yg bragama islam n kmi hormat ttg itu. Harap yg slalu prejudis tu cba ubah mentaliti kamu sbb kita satu negara…nak hdup aman damai kta kna give n take dlm batas yg tjaga.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    disebabkan kritikan2 camtu la ramai orang tak suka islam or muslim…too many donts than do..nak celeb or gather bersama family pun tak boleh..itu takleh ini takleh..duduk gua jer la kalau camtu, sarungkan guni tutup muka semua..jadi bisu sbb suara tu aurat jugak..org2 yg komen ala2 alim ni padahal bukanlah alim sangat..jenis yang rasis dan tak pernah bergaul ngan bangsa/agama lain…narrow minded nak mampus..KimK betul

    0

    0
  15. Baiduri says:

    Kalo nampak Stacy caroling sekali mmg x patut la. Tp ni dia tgkp video je. Sy mualaf mcm stacy sy paham dia hanya nk Jga hati family dia. Dh bg greenlight convert xkan stacy terus x suka apa yg org Kristian buat. Kalo org paham put yrself on her shoes then uolls know. We have family yg pernah membesarkan tup2 xkan krn Sdh convert terus nak buang family Dan Tak respect perayaan diaorg. Lain la Kalo Stacy join nyanyi carolling skali dn Ikut org Kristian sembahyang boleh la nak Kritik dia.

    0

    0
  16. pink says:

    dah masuk islam x bermakna hbngan dgn keluarga dia terputus..
    mmg x slh la dia nk sambut krismas asalkan x melampaui batas agama islam

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Masuk Gereja dengar preaching pun x salah kan , sebab saya pernah buat macam tu masa di luar Negara …saya dengar saja lepas tu saya berdebat pasal agama Islam dan agama Kristian dengan kawan2 kristian… Saya duduk dengar je….

    0

    0
  18. neutral says:

    alah..sengaja menimbulkan isu agama sedang kan tiada apa apa tu gambar…saya sendiri pun ada ahli keluarga beragama muslim,bila krismas dtg ahli keluarga yg muslim dtg berkunjung dan memberi hamper,bila hari raya saya pula dtg berkunjung ke rumah saudara yg muslim…apalah …itu pun nak dijadikan gosip2…

    0

    0
  19. Lara says:

    Sebabnya kat Malaysia… bukan masuk Islam, tapi masuk Melayu. Tu pasal apa pun tak boleh, Melayu la yang paling agong kononnya. Bangang.

    0

    0
    • Anonymous says:

      awas..jgn ckp ikut sedap mulut..jaga sensitivity..tidak ada bangsa yg agung mahupun bangang di Malaysia.
      kalau ada yg bangang mungkin kamu yg berckp tk guna otak..

      0

      0
  20. Halus says:

    biasa ba tu di sabah sarawak..kebanyakan sdh family yg lain2 agama tp ttp sama2 celerate perayaan, yg penting tau batas agama masing2. tu pun salahkah..bukan dia ikut nyanyi carolling..atukoi.

    0

    0
  21. CJ says:

    Tu la, padan muka. Masuk Islam atas dasar mendapat populariti. Agama Islam memang melarang penganutnya merayakan perayaan agama lain. Itu memang sudah ajaran Islam, fatwa di Malaysia pun sudah cakap macam tu.

    Saya bukan Islam, saya tidak masuk Islam sebab saya tau ada beberapa benda yang saya tidak dapat lakukan sekiranya saya masuk. saya tidak mengatakan Islam agama yang tidak baik, semua agama baik cuma saya secara peribadi tidak sesuai dengan agama tersebut… so kalau tidak memahami penuh sesuatu agama..jangan mahu pandai2 masuk terutama kalau niat tu populariti..paham agama tu baik2 dulu. Andai kata saya masuk Islam, saya tidak akan mengikuti carolling semua sebab memang ajaran agama sudah melarang berbuat demikian…

    0

    0
  22. miss kepah says:

    sebenarnya masalah korang ni, tak tengok pun video tu..trus assume dia nyanyi skali. stacy cuma ambil video dan dia tak ekot pun nyanyi…memang betul sebagai muslim janganlah menyambut perayaan agama lain sebagai penganut dan turut sama melakukan ibadat2 dorang. sekadar mngunjungi dah ckup.. tp stacy ni cuma ambil video dan smbut perayaan dgn famili dia…sudah tentula dia taknak ketinggalan untuk mnyambut bsama..mcmana perasaan kita ngan famili, camtu jugak perasaan dia ngan famili trutama mak ayah dia…sedangkan kita yg muslim ni pun kalu org jmput g umah tbuka, kita pegi kalu mknn halal..apatah lg umah famili sndiri yg kita tinggal bsama dr kecik….yg penting jgn la ekot upacara keagamaan dia yg blh rosakkan akidah..stakat dia ambil video saja dah kecoh….stop judging, guide her..yg dah islam dr kcik pun tak sempurna mana ibadah..ada hati nk kutuk mualaf…jgn disebabkan kata2 cacian kita, dia jd tawar ati ngan islam…sdgkan islam agama yg indah…

    0

    0
  23. Anonymous says:

    walaupun meraikan sekadar menghormati keluarga/kawan/saudara mara kristian..masih perlu tau batasnya..apa yg boleh dan apa yg tk boleh..setakad post video tu tk de hal kot..melainkan stacy menyanyi lagu keagamaan..memakai costume melambangkan perayaan itu..kerana krismas adalah hari memperingati Jesus (anak Tuhan) dan menghargai pengorbanan dia disalib which obviously agains muslim faith. Jadi kalau kita terlebih meraikannya sama mcm kita mengiyakan kepercayaan kristian. tetapi kalau sekadar menghormati dan menjaga silaturrahim tk jadi hal..bole bukak laman web e-fatwa.
    kita patut bimbing stacy kalau dia tersalah bukan hentam…but to me she’s done nothing wrong..so kakak2/abg2 muslim sekalian…jgn cepat melatah sgt..

    0

    0
  24. MERAH JINGGA says:

    AKU DAH KATA DULU..RAMAI MARAH..STACY MASUK ISLAM SBB NAK KAWIN NGAN AKIM DAN MENGEKALKAN POPULARITI NYE..BENDA YG BENAR PUN NAK BANGKANG

    0

    0