Written by AbangNara | July 26th, 2012

Bukan senang untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan lebih-lebih lagi jika anda tidak berlatih sejak kecil. Namun itu semua cabaran yang sanggup ditempuhi oleh Soo Wincci yang berazam untuk berpuasa penuh tahun ini. Semua ini dilakukan oleh Soo Wincci untuk mendekatkan diri dengan peminat Melayunya yang semakin bertambah semenjak menyertai MasterChef Selebriti Malaysia.

soo wincci berpuasa

Untuk makluman, ada khabar angin yang menyatakan Soo Wincci berpuasa kerana mempunyai teman lelaki berbangsa Melayu. Malah ada suara-suara yang menyatakan Soo Wincci telah pun memeluk agama Islam. Namun ternyata itu semua tidak benar. Kata Soo Wincci kepada Mstar Online:-

Menerusi program MasterChef peminat saya semakin ramai daripada kalangan kaum Melayu dan saya rasa dengan belajar berpuasa saya dapat mendekatkan diri dengan mereka. Selain itu, ia juga dapat mencabar diri saya membuat sesuatu perkara baru yang pertama kali ingin berpuasa. Berpuasa itu pasti menjadi suatu perkara yang amat mencabar buat diri saya tetapi kerana ingin menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat saya teruskan niat ini. Rakan-rakan banyak jadi pendorong dan semangat inilah yang ingin saya tonjolkan kepada semua peminat dan berharap dapat berpuasa selama 30 hari.

Kepada Soo Wincci, teruskan usaha murni anda ini. Mana tahu suatu hari nanti jodoh anda memang dengan orang beragama Islam. Jadi tak adalah terkejut nak kena puasa selama sebulan selepas berkahwin nanti. Pesan Abang Nara, jangan lupa bersahur supaya dapat menahan lapar dan dahaga di siang hari.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 responses to Soo Wincci Berpuasa Untuk Dekatkan Dirinya Dengan Peminat Melayu

  1. jamkoko says:

    kalau betol la dye masuk islam kn bagus. lagi bertambhlah saudara baru kita..

    0

    0
    • joyah says:

      bagus la tu, mcm kwn opis aku sorang nih, tiap kali ramadhan, dia pun puasa sama ngan kami.. krg gi bazar pun sesama.. xcited giler dia.siap beli2 kurma lg.:)

      moga terbuka hati mereka menerima islam nanti.. kita doakan..

      0

      0
    • honey says:

      kita sama2 doakan semoga terbuka hati mereka utk memeluk islam…

      0

      0
    • honey says:

      kita sama2 doakan semoga terbuka hati mereka utk memeluk islam…

      0

      0
    • honey says:

      kita sama2 doakan semoga terbuka hati mereka utk memeluk islam…

      0

      0
    • Loser says:

      Ini lah yg digelar penghijrahan sebenar !! Perlahan lahan or step by step. Tak perlu nak tergopoh gopoh spt kak abby abadi yg mula berhijrah dan mula mempertikai kn semuanya yg tidak kena. In sha Allah kami peminat melayu dan beragama islam akan mendoakan anda terbuka hati jiwa raga nk memeluk islam. In sha Allah.

      0

      0
    • bagus lah..boleh jadi cam neelofa..

      0

      0
    • marah. ggggrrrrrrrhhhhhh!!!!!!!!!! says:

      kmaren pi bazar,then ada nonmuslim slumber bongok mkn depan org ramai (muslim),raser nk hempuk jek,xhormat langsung kt bulan ibadat kiter,at least sorok2 la skit,tggu msuk keta ker

      0

      0
      • hahaboy says:

        daripada caci dan hempuk, lebih baik tegur dia supaya dia tak ulang lagi perbuatan tu. puasa nih kita mesti banyak bersabar dan saling hormat-menghormati sesama kita. kan lebih baik kita mulakan hormati dia daripada tunggu dia menghormati kita?

        0

        0
  2. Green Team says:

    Gambarou~

    Boss sayer pom ikot posa sama mcm kami org muslim…since last 2 years agi…Bile time balik..cepat2 halau sume staff balik umah.. sbb die pom nk buka posa gak.. ahaha..

    Cuma satu la sayang.. tak pat pahala la kot naa…

    But definately they all agreed that Puasa bagus utk kesihatan!!

    0

    0
    • purple love says:

      untung lah gtu….bos kiteorg lak…bulan pose pun kena suh o.t juga…bila time nk buka…org kua pegi makan..boleh pulak tahan2…rasa mcm nk hentak ngn tapak kaki laju2 je….huh

      0

      0
  3. Green Team says:

    Gambarou~

    Boss sayer pom ikot posa sama mcm kami org muslim…since last 2 years agi…Bile time balik..cepat2 halau sume staff balik umah.. sbb die pom nk buka posa gak.. ahaha..

    Cuma satu la sayang.. tak pat pahala la kot naa…

    But definately they all agreed that Puasa bagus utk kesihatan!!

    0

    0
  4. Team Green says:

    Gambarou~

    Boss sayer pom ikot posa sama mcm kami org muslim…since last 2 years agi…Bile time balik..cepat2 halau sume staff balik umah.. sbb die pom nk buka posa gak.. ahaha..

    Cuma satu la sayang.. tak pat pahala la kot naa…

    But definately they all agreed that Puasa bagus utk kesihatan!!

    0

    0
  5. Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

    tk dapat pes malas nk komen huh !!!

    0

    0
  6. Referee says:

    alhamdulillah…moga2 Allah bukak hati die utk terima Islam…insya Allah, kami semua doakan.

    0

    0
  7. Kurus says:

    aku kerja di kelilingi org bukan seagama
    mrka pun coba gak pose sebab nk diet
    tp..ikikkiki… jam 10 dah meraung nk pensan..
    aku kata..kurangkan makan minom lah doulu..
    pelan2..
    hrmmm… tk kan aku nk suruh derang baca ‘niat’ kut..?

    pahtu derang sorok2 makan…
    tp aku kata.. makan jer lah..rileks jer.. sebab
    lagi lah banyak pahala aku tngok org makan..tp tk makan..
    buat apa aku nk marah atau tersinggung..
    bukan derang paksa aku makan pon..

    0

    0
  8. Kurus says:

    apa2 pon… baguslah soo win chi ni belajar puasa..
    maybe dia paham sebabnya kenapa berpuasa..

    0

    0
  9. triple j says:

    rasanya dah ramai artis bukan islam especially wanita chinese msia yg berada dekat di industri seni melayu mcm nancie foo, sara loo, elaine kang, louisa chong, angeline tan dsb. malah kadang2 rasa sayang kalau mereka embrace budaya melayu tapi last2 tak masuk islam, especially tgk drama2 yg diorang lakonkan. harap2 soo pun mendapat hidayah selepas ni.

    btw apa cerita janet khoo ya? senyap je?

    0

    0
    • mmm says:

      louisa chong bkn dh lama msuk islam ke?

      0

      0
    • triple_j says:

      oops kecuali louisa chong ofcos. terima kasih kerana membetulkan kesilapan :)

      kadang2 i rasa sayang plak kalau mereka2 yg masih belum dapat hidayah camtu. kan ke elok mendapat seorang lelaki islam sebagai pasangan hidup yg dapat membimbing mereka menjadi muslimah sejati. mcm daphne iking dan ehem ehem meroyan caunter ;p

      0

      0
    • Kurus says:

      mcmana lah orng nk embrace kalu kt asyik bergaduh tntang agama..
      menakutkan orang..

      dlm satu siri lawkana bainana ada satu slot.. cenih lebih kurang (aku buat summary sendiri) :-
      sekiranya usia kita hidup 60 tahun
      -(25) utk dewasa = 35 -(20) utk bertelagah sesama sendiri tntang hal2 kecil seperti dalil mana yang patut diikuti..
      sedangkan dalil2 trsebut nyata2 telahpun di’cerah’kan oleh para ulamak terdahulu..
      krna NIAT nk menunjuk siapa yg lebih ALIM ULAMAK..dari antaranya..
      20 + 25 = 45 tahun umur dah kira veteran pula.. bermusuh2an di antara satu dgn lain.. sehinggalah akhir hayat..

      APA KAH YANG AKAN DIDAPATI SEPANJANG HIDUP KITA?
      haprakk = zelloo..

      kesimpulannya:
      alangkah baik bila waktu hidup kita, dipenuhi dgn berbaik sangka di antara satu dgn lain, berusaha memajukan ekonomi, pertanian, perikanan..?? selain dari beramal n beribadah..

      0

      0
  10. katak itam says:

    pelakon favourite aku hans isaacs pun dah lama amalkan berpuasa sebab ramai kawan2 dia orang melayu terutama afdlin shauki, awie, ac mizal..semoga dibukakan pintu hati dia memeluk islam..

    0

    0
  11. typical says:

    hmm..org bkn islam sibuk nk bpuasa, org islam sndri pulak sibuk xnk bpuasa..

    0

    0
    • comei says:

      betul…semalam aku rasa nak pengsan hidu bau rokok customer aku yg ISLAM & MELAYU.

      0

      0
    • sarah_nina says:

      itu aku setuju.. banyak aje.. especially perokok.. ade seorang kawan aku tu siap kata lagi..makan dia boleh tahan. rokok dia tak boleh tahan.. haiyoo…
      yg perempuan pulak kalau tak boleh puasa pun.. cover2 lah sikit.. tapi aku tengok slumber aje.. terang-terangan lagi.. malu aku sebagai perempuan..uhuhuhu..

      0

      0
  12. mama red says:

    alolololoooooo… sukenyer mama ngan si wincci ni…. cutelahai…. mama doakan semoga wincci terbuka hati memeluk islam. leh jadi menantu mama ye :)

    0

    0
  13. Tina turner says:

    Baguslah. Mmg aku suka sgt amoi yg nk posa ni. Mudah mudahan terbuka hati terima Islam la nooo si winccini

    0

    0
  14. Prince Noob says:

    so… soo wincci nak belajar berpuasa sebab nak dekatkan dirinya dengan peminat melayu…

    0

    0
  15. pening lalat says:

    SETAKAT NAK DEKAT KAN DIRI DGN PEMINAT MELAYU OK LARH

    0

    0
  16. soyasoy says:

    Alhamdulillah:) semoga dia mendapat hidayah dari Allah

    0

    0
  17. Maria kaunter says:

    Marion counter si isteri jutawan boleh puasa tak agak2 ea……..

    0

    0
  18. ulala says:

    bgus la mcm 2… wincci dpt belajar sedikit sebanyak tentang adat org islam…
    tp kalu pakaian saya rasa wincci pakai biarlah pakaian yg labuh…
    kalau skirt pun tak pa tp biar skirt 2 labuh la…

    0

    0
  19. W. W. Looi says:

    Kenapa Wincci kena peluk Islam supaya di terima 100% of kaum Melayu? Fikiran sempit itu! Pada hal, kita mesti bangga sebab Wincci cintaikan tanhairnya, boleh berbahasa BM dengan baik, walaupun popularity dia sangat tinggi di Taiwan, China, etc… Dengan mudah, Wincci boleh tinggalkan tanahairnya and berkembang di sana… and lupakan Malaysia sahaja…. Kenapa dia berada di Malaysia lagi? Sebab dia cintakan tanah lumpah darahnya, seperti kebanyakan orang Malaysia keturuanan Cina and India.

    Terimalah hakikat Allah memang ciptakan mahluk berbagai kaum, suku, bahasa and agama. Kalau Allah nak semua orang Islam, tak payah susah susah buat kesemua ciptaan nya berbilang kaum, bahasa, agama dan sebagainya.

    Bukalah hati you, para muslimin and muslimah…. selagi mahluk itu orang yang beriman, berhati murni, etc… tak kisah siapa bangsa, agamanya, etc. kita terima sahaja dia sebagai mahluk yang setaraf, Islam atau tidak.

    Let’s celebrate diversity and life.

    W. W. Looi

    0

    0