Written by AbangNara | December 16th, 2011

Cinta, rempit, hantu dan komedi sememangnya menjadi tema kebanyakan penerbit filem Malaysia. Kadang-kadang Abang Nara rasa sampai nak muntah darah tengok tema filem yang sama. Dan mulai semalam, impian Abang Nara untuk menonton sebuah filem Malaysia yang membawakan jalan cerita serius, lain daripada yang lain dan mampu mengajak kita berfikir telah tercapai dengan bermulanya tayangan filem Songlap.

Abang Nara tak mampu komen tentang best atau tidak filem ini kerana masih belum menontonnya. Namun daripada review-review, komen di Twitter dan Facebook, nampaknya filem ini memang lain daripada yang lain. Sedikit sinopsis filem Songlap untuk tatapan anda:-

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Mohd. Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sarah Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Dan paling menariknya, ramai yang sudah menonton filem ini mengakui yang bakat lakonan Shaheizy Sam kembali terserlah semula. Abang Nara kalau tak ada aral melintang akan pergi menonton Songlap pada hujung minggu ini. Buat sementara waktu, apa kata anda yang sudah menonton tinggalkan review dan komen anda tentang filem ini di ruangan komen?

69 responses to Songlap Bawa Kelainan Kepada Industri Perfileman Malaysia

  1. bunga hujan says:

    best~~ kalo korang leh faham ape yg cuba die smpai kn

    0

    0
    • Selitone Cold (Jenayah membawa padah) says:

      Tak sama ker? Aku rasa sama jerr… masih bertemakan ‘jenayah’…. sekrang pun banyak filem yang mula menggunakan tema jenayah. Betul tak?

      Tapi oklah, sekurang-kurangnya takder momok…

      0

      0
    • didi says:

      Jalan cerita die best ade pengajaran tapi ceritanya slow bebenor, bosan aku tengok, nasib ade Shaheizy Sam klau tak memang aku kluar wayang awal-awal dahh. Tapi bile nak habis tuu baru laaa best sikit sbb ade aksi2 ganas.

      Itu pendapat aku, lain org lain pendapatnya. Peace ;)

      0

      0
  2. idysurtagem says:

    filem terbaik Malaysia tahun ini

    0

    0
    • erin says:

      kalu filem OMBAK RINDU tu ban sangat….

      Songlap??? ” Kerja kotor sapu semua”

      Tagline pn daa menunjukan filem ni terukkk….. apa pnya melayu laa…..Adoiyai

      aq sedikit pn xhingin nak tgk……im sory

      0

      0
      • idysurtagem says:

        melayu yang sesat

        dibesarkan tanpa pegangan agama

        kerja apa sekalipun adalah halal asalkan dapat duit.

        ya.mereka ini wujud.tapi kita tak nak pandang mereka.tak nak ambil tahu pasal mereka.tak nak masuk dunia mereka.

        kenapa?

        sebab mereka ni jijik.mereka ini sampah.mereka ini tak berguna di mata masyarakat.

        tapi pernahkah kita tanya diri sendiri apa yang membuatkan mereka jadi begini?salah mereka kah?atau salah keluarga mereka yang membawa mereka ke dunia gelap itu?

        mereka juga mahu kehidupan yang sama seperti orang lain.mereka mahu kehidupan yang lebih baik.tapi kita tak nak bagi peluang kepada mereka.

        nah.saya dah beri sedikit sebanyak mengenai cerita ni.pergi tengok kalau nak tau lebih lanjut.

        0

        0
      • ombak rindu ada saat2 unreal nya. islam cuma pada adegan awal baca al quran. selebihnya cinta, cinta dan fresh oren. seolah-olah melayu perlu didodoikan dengan cinta ala eddie hamid. sekurang2nya songlap cerita tentang kehidupan. perkara sebenar yang berlaku. bukan cinta semata menyerah tubuh. sekarang anda pulak BAN songlap. you’re nothing better than the people who BAN ombak rindu. i rest my case.

        0

        0
      • yunyahya says:

        tak tengok tak tahu. jangan hanya berlandaskan tagline semata-mata terus nak hakimi keseluruhan cerita tuh. pergi tengok, duduk dan selami segala kisah yang pengarah cuba tonjolkan. berbaloi-baloi, serius!

        0

        0
        • dont get me wrong. ive got nothing against filem Ombak Rindu atau apa saja filem. saya suka Songlap kerana garapan dua pengarah ini tersendiri dan lakonan pemain wataknya memang terserlah. saya juga tonton Ombak Rindu kerana buah tangan pengarahnya Osman Ali jarang mengecewakan. dan saya lagi suka bila ia sukses di pawagam sebab nampak yang orang kita memang menyokong pembikin filem tempatan.

          kita senang menjatuhkan hukum apabila sesuatu yang nampak sesat macam tagline ‘kerja kotor sapu bersih’ itu dikatakan mengarah kepada perlakuan yg rosak sedang ia boleh buat kita terfikir akan realiti yg berlaku yang kita mungkin tak endah pada persekitaran kita. filem akan sentiasa bertujuan untuk menyampaikan cerita. samada penonton tu dapat kebaikan daripada filem terserah kepada budi bicara dan bagaimana dia menaakul sebuah karya. kadangkala filem yg dikatakan menyampaikan mesej yang baik juga tak sampai mesejnya mungkin kerana garapannya yang gagal, kepincangan pada skrip atau longgar dari segi plot.

          0

          0
      • ni kalau satu lagi novel alaf 21 jadi filem, lepas tu novel Pecah si Nizam Bakeri pun keluar gak, mesti erin ni kata: “kalu filem BIRU UNGU CINTAKU tu ban sangat…. Pecah??? ” satu rompakan terancang serta cerita kekeluargaan yang diadun penuh zat dan nutrisi.
        Tagline pn daa menunjukan filem ni terukkk….. apa pnya melayu laa…..Adoiyai aq sedikit pn xhingin nak tgk……im sory”

        0

        0
  3. kivee says:

    memang sangat best..! baru tengok semalam 1st tayangan hehe. banyak pengajaran di situ..nampaknya filem kita telah melalui anjakan paradigma kerana filem kita semakin berkualiti dan ‘transparens’. Shaheizy Sam memang terbaik!!! sokong setiap filem dia..sukaaa sngat..memang hebat n hensem pula 2

    0

    0
  4. cik siti says:

    terbaik dr Sam !!….sekali sekala tukar selera citer serius…

    0

    0
  5. Bro 10 Inci says:

    sara ali hot… nak songlap dia la hehe…

    0

    0
  6. bendera says:

    aku nak tgk shafie. rindu tgk dia kat layar perak.

    0

    0
  7. cik polaris says:

    ~ Ayah pengarah ni Prof Emeritus yang mengajar saya.. prof kate p la tgok crite ni best… hehehe…

    0

    0
    • Rin says:

      kwn2 tgk kt wangsa walk td sume kata x best … kuang3 …

      0

      0
      • Laila says:

        Mungkin kawan kawan kamu semua tak faham kot. Tak salah, mungkin tahap pemikiran mereka rendah & hanya sesuai tengok cerita2 macam hantu bonceng& alamak toyol. :-P

        0

        0
  8. fifi says:

    ak da tgk smlm…pendapat aku mutu lakonan sam yang terbaik adalah dlm filem songlap…syafie naswip juge tak menghampakan. filem ni mmg byk bermain dengan emosi dan hanya pelakon yg benar2 berbakat spt mereka je mampu membawakannya.

    0

    0
  9. cik ezkE says:

    erm, agak teruja juga membaca promo abang nara utk filem songlap ini/…jika berkesempatan wajar nonton ni…~;-)

    0

    0
  10. Dhia says:

    Honestly..jalan cerita memang best and lain dari yang lain..x semua pelakon boleh bawa watak2 dalam movie ini..lakonan sam superb and syafie too. BESTTT..x rugi kalau tengok..

    0

    0
  11. Nana says:

    “Nak tengok je pon boleh”..

    Wah… macam ni pon ade ek? Trailer macam menarik. Tak pernah lagi tengok filem macam ni. Ada pembaharuan nampaknye.. Nak gi tengok lah.

    0

    0
  12. An Non Sense says:

    “Kadang-kadang Abang Nara rasa sampai nak muntah darah tengok tema filem yang sama” – Abang Nara kata td kan???
    Tapi promote bagai nak rak jugak kan bro??? hahahaha
    Larikkkkkk…..

    0

    0
  13. laila says:

    Sangat bagus filem, 1st time menonton filem melayu semula selepas arwah Yasmin takada. Kesimpulannya, superb, semua pelakonnya memang menjiwai watak, takda watak pseudo kealim-aliman macam typical cerita melayu, shot cantik, editing smooth, yang paling beat, skrip dia witty.cinematography cantik. Kesimpulannya sedi gila kalau rakyat Malaysia taknak tengok filem ni. Sia – sia ja nanti.

    0

    0
  14. Hans says:

    Filem Songlap memang terbaik! Lakonan Sam paling hebat adalah dalam filem ini!

    0

    0
  15. tiada nama says:

    rase nk tgok ar plk bler ckp sume best,jnji de sam..weeee

    0

    0
  16. ha?? says:

    msih berlegar2 di kpla..sape bapak kpd ank hawa?sbb hawa sndri pn xtau.ap tjdi pd mak hawa?watak hilg mcm tu je.n rasnye jln cte ++srnok klu ada babak imbas kmbali pasal mak AD N AM.

    0

    0
    • Yat says:

      bapak Hawa la bapak anaknya, sebab buat sumbang mahram…mak Hawa? mungkin dirogol & dibunuh bapaknya sebab watak drebar teksi yg buat keganasan rumahtangga sampai Razak mati kes dadah & Hawa mengandung xdak bapak.

      0

      0
      • wan says:

        kan hawa tanya bapak dia, ini anak siapa, tapi bapak dia tak jawab. sebab tu anak bapak dia la. dia tanya nak bagi bapak dia jawab sendiri.

        0

        0
  17. Firdaus Azizan says:

    Filem Melayu terbaik 2011.Lakonan Shaheizy Sam dlm filem ni adalah persembahan terbaik oleh seorang aktor Malaysia di layar lebar

    0

    0
    • huhuhu says:

      SAM boleh sapu aktor terbaik Malaysia dan Asia melalui SONGLAP.. Shafie Naswif dan Sara Ali apa kurangnya trt memberikan persembahan berkesan dan boleh menang award.. Jika Juri FFM ke 25 yg pro filem ini bakal menang beberapa kategori utama. Jangan lupa filem BUNOHAN lakonan Faizal Hussin dan Zahiril Azhim juga dikatakan filem terbaik buatan Malaysia yg bakal menjengah pawagam. Lakonan meeka pun high level..baguslah kualiti filem Malayisa semakin menjadi-jadi..Ombak Rindu bagaimana pula? bakal jd filem melayu paling laris mengalahkan KLG..apa2 pun tema yg dibawakan yg penting peminat dan penonton terhibur dah namanya filem cereka yg dicipta utk menghibur..nak mesej cari sendiri tp utk mendidik kena pi masjid dgr syarahan bentuk keagamaan…lebih berkesan kerana dlm filem cereka semuanya adalah lakonan manusia..dan pelakon hanya berlakon dan dapat upah ..luar lakonan mereka back to normal mcm mana nak jadikan contoh atau tauladan sedangkan mereka sndri pun tak jd kan lakonan mereka sebagai tauladan..cth kat movie pakai tudung kat luar tidak..penonton pun ada kalanya insaf masa kat pawagam jer tp kat luar buat perangai lama juga…filem yg bebentuk keagamaan pun tak ada sambutan kat Malaysia ni sdgkan buat filem adalah bisnes..kalau filem tak laku bisnes tak jalan..mcm mana nak teruskan bisnes..

      0

      0
  18. ratu tgk wayang says:

    best giler cite niii.. x rugi tengok.. bayang kn je lagu m daud kilau da leh rase cite ni lain dr yg lain.. byk giler pengajaran.. dgn latar n muzik yg diberi garapan yg baik.. utk sarah ali.. xmgecewakan..best gak wlpun die x byk ckp dlm cite 2.. serius korang g la tgk.. bagi aku cite ni lg best dr ombak rindu… :)))

    0

    0
  19. ifah says:

    hohoho aku baru tgk tadi. cerita nya x lah sampai buat kita tergelak sampai berguling2, nangis sampai banjir panggung atau frust tertonggeng2.

    cerita yg simple, tp hny org2 yg faham je blh mendalami setiap pengajaran yg ingin disampaikn. yg plg ketara adalah ksh syg antara keluarga. bergenang jgk air mata tadi. heeeeee….

    0

    0
  20. sebelum saya diminta oleh Loque (yang menulis skor untuk filem Songlap) menonton filem ini, saya memang nak tengok pun sebab tenaga kreatif dalam filem ini iaitu duo pengarah Fendi (ex carburetor dung) dan Fariza Azlina yang pernah buat filem kami, dengan subjek yang tak ada orang pun sentuh. yes, ini filem jenayah, tapi well executed dan tak lah terasa memperbodohkan penonton. ada yang kata filem ini filem serius, berat rasa nak menerima, dia nak yang terhibur tu. salah tu. ia cerita setiap hari, orang2 sekeliling kita. unless anda tak nak ambil serius pun akan orang2 di sekeliling, walaupun jenayah berlaku depan mata anda dan anda tak ambil peduli, than im sorry about that, you’re not ready for this.

    0

    0
  21. Peminat filem melayu says:

    Bg aku..songlap ni biasa2 jer..mungkin trlalu slow buatkn ada boring ckit.. Tp idea tu menarik.. Part hawa tukam bapa dia dgn botol kaca tu unreal ckit la ssb kt botol tu xde darah langsung.. Konti xperasan kot.. Hihi.. Ending pun mcm xsmpai sgt.. Tp ok la cite ni.. Dr 5 aku bg 2 bintang.. ;)

    0

    0
    • mart says:

      Aku stuju br0..Aku pn da tgk..Ade agk b0san gak la..Mybe xkene ngn aku jiwe aku kot..hihi..AKu lyn smpai abes..Mmbe aku siap lentok bagai..Tgk midnite katekn..huhi..Rasenye spar0h jew kot pen0nton..Y ajaibnye 0mbak rindu asek full jewk wpn midnite..

      0

      0
      • Lati0s says:

        Filem ni tak sesuai utk hampa. Kekalkan dengan kemalasan tgk cerita rempit, hantu, gangster dsbgnya

        0

        0
  22. zomba says:

    citer ni mmg tulus mulus dan telus .. serius ak suke citer2 yg ber genre kan mcm ni .. suka dgn cara dia bentuk setiap watak …

    0

    0
  23. zomba says:

    eh lupa pulak nak komen ni

    ~” nak tengok pon boleh”~

    0

    0
  24. patinkif says:

    sam bakal menggondol pelakon filem terbaik… memang terbaik lakonannye dalam filem ni….walaupun last cerita dia tertinggal bas…hehe…nak tahu kenapa dia ketinggalan bas… pergilah menonton di pawagam berdekatan anda…
    terbaeeeekkk

    0

    0
  25. […] Here : Beautiful Nara This entry was posted in Teknologi and tagged Bawa, Industri, Kelainan, kepada, malaysia, […]

    0

    0
  26. Terbaik abg nara! Jom baca review dari KakiWayang.com : Review filem songlap

    0

    0
  27. best gila cita s0nglap ni,dari segi jln cerita,olahan,lak0nan memang mantap… lawak ada gak cket… hehehe… bemesej filem ni,rugi sapa xtg0k…

    0

    0
  28. yunyahya says:

    songlap memberi impak yg menarik buat penonton. setiap inci cerita ada kisah yang tersendiri…dan banyak cerita perkara yang kita tak jangka di sekeliling kita yang wujud misalnya kisah hawa dan ayahnya

    0

    0
  29. Mak Tom says:

    idy dengan erin ni mangkuk ke apa? ini nama dah cerita… korang ni alim sgt ni…. tgk movie ganas sikit x boleh… nak movie alim2… nanti anak bini pegi main ngan orang lain pun kau x nampak… duk pk pasal hal org lain…

    0

    0
  30. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    huh ! minah jambu tk minat lah macm ni nye cerita terima khaseh aje lah yeeeeeeeeee !

    0

    0
  31. azuera says:

    aku dah tgk cite ni best la jgk..jalan cite best..pelakon2 dlm songlap pon best..terbaik la sam & shafie..fauzi nawawi pon best, kelakar plak dia dlm filem ni..bley tahan la..

    tp plot simple sgt la..byk yang tergantung, cthnya mcm ape yg blku pd mak sam & shafie tu ? Bagaimana hidup sam slps itu? adakah shafie & hawa menemui kakak hawa?

    banyak la yang bermain di minda ni..huhu..kecewa jgk citenya abis mcm tu jer..huhu..

    0

    0
  32. amni syuhada says:

    bg aku ending tu dah cukup terbaik. aku tak faham knp ramai yg tgk pertikaikan ending dia. adakah semua org mau happy ending mcm citer cinta2 gitu?? nak ending sampai kawin n beranak cucu bagai..? the ending shows that life must go on whether we like? it or not. ad pilih jalan hidup ad, am pilih jalan hidup am.. tak perlu rasanya tunjuk kakak hawa tunggu dorang kat kuantan, pastu am carik dorang sampai ke kuantan n then they live happily ever after..typical hindustan ending. hahaha

    jalan cerita dan endingnya cuma difahami oleh org yg intelligent dan berfikir.. mungkin yang tak faham knp ending mcm tu tak cukup faham lg isu masyarakat yg sebenar..

    0

    0
    • Lati0s says:

      Malas nak berpikiaq dan dah terlalu lama tepu kepala dengan filem2 bodoh mcm KONGSI, KL GANGSTER dan seangkatan dengannya mcm tu la hasil nya.

      Takut sangat nak telan realiti.

      0

      0
  33. Nadia says:

    Sinopsis dia, first baca aku dah dapat rasa filem ni sebenarnya not originally a deep thinking story by our own Malaysian.. aku rasa idea cerita ni DICILOK dari filem SLUMDOG MILLIONAIRE.. tak sama keseluruhan story tapi da whole idea and motives mmg amek dari slumdog millionaire cuma songlap ni bosan benorr.. with a lil twist of local environment.. so bagi aku ni bukan ‘pembaharuan’ industri filem kita lagi.. belum betul2 original Malaysia idea.. siapa dah tengok slumdog millionaire mesti perasan sonlap tiru habes idea depa. tapi slumdog lagi best la, menang oscar lagi..

    0

    0
    • Alan says:

      weird, aku dah tgk slum dog millionaire dan tak nampak pun persamaan.

      0

      0
    • idysurtagem says:

      dah tengok ke belum cerita ni?kalau setakat baca sinopsis jangan berani menghakimi filem ini.senang-senang je cakap cilok idea filem orang.padahal pengarah dan penulis skrip kerja keras perah idea untuk buat filem ini.

      0

      0
    • Amni Syuhada says:

      ni la komen yang paling bodoh sekali. filem ni langsung tak sama dgn slumdog walaupun secubit. nampak sgtla tak pegi tgk tp just baca sipnosis tp nak tunjuk pandai. hehe

      0

      0
    • free says:

      bende la kau ni. Aku dh tgk dua2 filem.. DUA2 TAKDE PERSAMAAN LANGSUNG. maybe sbb tema pelarian kot. Tapi tu je, byk gak filem ade tema cmtu. Sorry to say.. kau ni xde taste dlm filem dan kau x alert dlm industri kite. mgkin ko suke idea ‘KOngsi’ tu kot. aku tktau la original ke tak… tapi aku jamin idea tu fresh dr pgarah dua org tu. sbb diorg lah yg bawak filem ‘Kami’ then ramai la tibe indie wannabe wujud.

      0

      0
    • Lati0s says:

      SLUMDOG MILLIONAIRE sendiri tu overrated, Orang putih yang jakun bila tengok realiti masyarakat sana.

      Sayang hang tak boleh nak terima realiti, benda ni jadi dalam masyarakat kita sendiri.

      Oscar bukan penentu pun kualiti filem.

      0

      0
    • kusut09 says:

      yela..ko ni kan brilliant.tgk cte pn kne la dr lua je kan.lau cte malay cmni pnye cte x standardla tgk kan…kah2…ko tu kot yg ken slamDOG…hahaha…

      0

      0
      • kingkong says:

        x sama langsung la..different sgt2 story line 2-2 film tu..mybe sama dr segi temanya-realiti masyarakat..kan beza tuh..msyrkt d india dgn msia..

        0

        0
  34. suzy says:

    sebelum ni tak pernah pun minat kat sam.lebih2 lagi lepas tengok adnan sempit.tapi baru2 ni aku pinjam dvd niyang rapik kat kawan.dan jawapannya…wow..lakonan sam memang mantap.sekarang tengah digging cari filem2 dia yang tak pernah terfikir nak tengok dulu..sam, keep on rockin!!!

    0

    0
  35. eila says:

    mmg kena tgok . aku tgok pon puas hati. byk pengajaran dlm ni!:)

    0

    0
  36. yuyu says:

    sam tetap mjadi kegilaanku

    0

    0
  37. Lati0s says:

    Sekarang aku dah faham kenapa bila tanya sesetengah beruk cakap SONGLAP tak best…

    Lupa pulak beruk2 ni la yang gelak terguling2 bila tgk filem2 bangang KONGSI, meroyan tgk OMBAK RINDU.

    Woi, aku eksaited tak boleh dok diam lepaih tgk Songlap ni. Dah jadi habit dok google sana sini lepas tgk movie.

    Masih ada harapan rupanya local film industry.

    Next yang ditunggu2 ialah BUNOHAN.

    0

    0
    • kusut09 says:

      kongsi aku tgk smpi ttdo.xphm ape sengal cte ni smpi ade para2 sengal terkekek2 ketawe sebab uncle cine otai kononye jatuh tersadung.bod** lawak kah itu?sigh*..sengal2…ombak rindu?haaaaa..indah kabar dari kabar lah..emosi dibuat2.tipikal cte local yg nk berduit kaye2..habis nilai cte,duit dikejar2..nk wat cmne kan..ish2

      0

      0