Written by AbangNara | December 15th, 2016

Semalam, berita pemergian Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook dari Running Man telah cukup mengejutkan seluruh peminat program realiti ini. Mana tidaknya, kedua-dua selebriti ini cukup sinonim dan mempunyai jutaan peminat mereka. Ramai yang terkejut apabila mendapat tahu perkara ini. Tambah mengejutkan apabila agensi Ji Hyo dan Jong Kook memaklumkan bahawa keputusan mengeluarkan mereka telah diambil oleh pihak produser tanpa sebarang perbincangan. Dalam erti kata lain, mereka berdua telah ditendang keluar dari Running Man.

ji hyo jong kook running man

Lebih menyedihkan, Song Ji Hyo hanya mengetahui tentang berita ini selepas ia menjadi tajuk utama beberapa laman web Kpop. Berikut adalah komen dari agensi Song Ji Hyo dan Jong Kook.

Ji Hyo: We knew ‘Running Man’ would undergo format changes from SBS, but it’s true we found out from news reports which members would not return. We won’t comment on Song Ji Hyo’s feelings on the matter. (Kami tahu yang Running Man akan menukar format dari SBS, tetapi ia adalah benar yang kami mengetahui tentang ahli yang tidak akan kembali menerusi berita. Kami tidak akan komen tentang perasaan Ji Hyo)

Jong Kook: It’s true he was told he was leaving with no decision about the matter. It’s disappointing. He featured in the show despite his health issues because he cared about it so much.(Ia adalah benar yang Jong Kook diberitahu dikeluarkan dari Running Man tanpa mempunyai sebarang keputusan di dalam hal ini. Ia mengecewakan. Jong Kook tampil di program ini walaupun mempunyai masalah kesihatan kerana dia mengambil berat akan program ini.)

running man

Rata-rata para peminat Running Man melahirkan rasa marah, kecewa dan sedih terhadap pihak produksi Running Man yang membuat keputusan ini. Mereka dilihat tidak menghormati dan menghargai jasa Ji Hyo dan Jong Kook sepanjang 6 tahun di dalam Running Man. Secara jujur, Abang Nara juga kecewa dengan layanan yang diterima oleh kedua-duanya. Sementara itu, Kang Ho Dong telah memaklumkan yang dia telah menolak tawaran menjadi ahli Running Man. Sama-sama kita tunggu dan lihat siapakah yang bakal menjadi pengganti Ji Hyo dan Jong Kook.

umccedP.S: Khusus untuk warga bekerja yang ingin memajukan lagi diri mereka, jom ramai-ramai kita ambil program separuh masa diploma eksekutif yang ditawarkan oleh Universiti Malaya ini. Dah lebih 21,000 yang telah berjaya membina kerjaya mereka menerusi program ini. Macam-macam kursus disediakan seperti Pengurusan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kaunseling dan Teknologi Maklumat. Pengambilan Januari 2017 telah pun dibuka. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan untuk memperbaiki mutu hidup anda. Orang kata nak seribu daya, taknak seribu dalih. Sekiranya berminat, boleh hadiri Hari Informasi yang bakal berlangsung di Universiti Malaya pada 17 Disember ini. Atau kalau nak bertanya lebih lanjut, boleh terus telefon nombor yang tertera di bawah. Selamat belajar. Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 responses to Song Ji Hyo & Kim Jong Kook Ditendang, Bukannya Keluar Secara Rela Dari Running Man

  1. Peminat says:

    Ig @sbs_runningman penuh dengan kutukan.. sampai xsakit hati klu 7 tahun diperlakukan begitu

    12

    0
    • Runningmanfans says:

      1) utk bukan peminat RM sila blah dari sini,x perlu bazir ms ko yg kononnya berharga utk benda “tak penting” mcm ni

      2) utk ustaz ustazah wannabe, ni blog hiburan sblm ko bg ceramah, at first place YOU shouldnt be here

      3) utk peminat RM, yg kicked out kjk n sjh bukan pd ataupun crew RM tp SBS (ibarat kat sini astro la), bg aku elok je die cancel tros rancangan ni..ingatkan rm akan ada good closure tp skang semuanya agak messy.. Kesian kat casts yg setia selama 7taun tapi ni balasan SBS.. Sila boikot rm from now on.

      40

      1
      • Anonymous says:

        habis..memang ni blog hiburan..siapa nak tegur kalo kau asyik ego tak nak kena tegur? ke kau gali kubur sendiri? baca talqin sendiri? pala bana

        3

        12
        • . says:

          kepala timunnn betoi la.hang minat pi meninggal.

          1

          0
        • Justsaying says:

          Apa ko ingat org yg tgk rancangan rm ni x semayang ke, xde agama ke, ko ingat ko sorang je ke masuk syurga..satu perkara tipikal org melayu adalah dorang ckp mcm da sure dpt tiket masuk syurga..

          Kalau alim bersalutkan riak, sombong, takbur dan terlalu yakin akan kesempurnaan kealiman dan ketakwaan kita, belum tentu dianggap dan diterima sebagai alim di sisi Allah.

          10

          0
        • waklu says:

          Beriya dok tnya org..yg ko nie plak mmg konpem2 ke keje dok gali kubor org je ari2..?mmg bibir tue dok slalu basah ngn talqin ke ari2..?sembang cm yeye owh je bgosnya..puihh

          1

          1
      • rm forever says:

        setuju..bubar terus running man. ambik member baru pun x guna. sedih gary dah keluar.member yang lama xda pengganti. nak tengok balik episod 1..masa zaman kegemilangan mereka dulu

        4

        0
  2. runnaway says:

    da x best lps ni runningman tnpa gary,ji hyo & jong kook ..lps ni kasi producer runningman tgk sndri rncangn dia rating mmg 0 ..

    16

    0
  3. miss A says:

    BYE BYE RUNNINGMAN~

    6

    0
  4. kipas says:

    ok fine.. layan runningman yang lepas2 je.. buleh ulang puluh2 kali..
    bye2 runningman..

    15

    0
  5. nana says:

    ada sapa2 kesah x wei?

    -1

    40
    • Mona says:

      Aku kisah. So yang tak kisah boleh blah kot dari section ni? Banyak lg gosip lain macam gosip neelofa dgn fattah amin yang sesuai utk engko menempel. Kbai.

      63

      0
  6. Aish says:

    aku kesah dow…sangat kejam dunia hiburan korea..l.o.l..

    18

    0
  7. suka RM sebelum Gary keluar says:

    Rating RM skrg pun mengharapkan peminat international tgok kot… org korea dh tak layan sgt RM sebab bnyk variety show lain. so kita tgok la rating new season mcm mana.

    *tak terkejut kalau rating jatuh merudum… good job SBS.

    6

    0
  8. Shhh says:

    7 thun korbankan kerjaya semata-mata nk berada dlm RM smpi GARY dh lama tk buat album. JIHYO kurangkan lakonannya..pastu kena kick mcm tu je..sbb tu aku pelik bila ada rumors pasal SJH dan KJK nk kuar RM..sebab tak ada annouce dri IG SBS mcm GARY nk tarik diri dulu. Rupanya da udang disebalik mee. SBS tk popular berbanding KBS. Kalo tak kerana RM, org tk kenal KOREA dan SBS tau..sbb RM jugak aku tahu pasal KOREA..drama KOREA mcm WINTER SONATA, AUTUMM IN MY HEART dn sebagainya mmg pernah popular tpi tk byk tahu psal KOREA. Pastu fenomena drama KOREA pelan2 syp..pastu bru musik dorg..tpi musik blm cukup menarik minat aku utk tahu pasal industri hiburan KOREA..kerana RM lah yg buat industri hiburan KOREA cukup dikenali. Dari Asia, Eropah sampai ke SAUDI ARABIA..ramai minat..sbb RM ni satu rancangan byk menguji kepintaran ketangkasan dan lawak2 dorg…walaupun da sesetengah episode tu ada boring sikit..tpi masih menghiburkan…tu sbb fan dorg marah bila SBS kick SJH dan KJK mcm tu je…tak professional langsung..aku baca IG SBS pgi dh dekat berbelas ribu komen berbanding semalam…mmg tk lah aku nk tgk lagi…alah menyesal langgan channel KOREA..mcm na nk stop ye..kena caj tak..

    9

    0
    • Anonymous says:

      ye setuju…pasal RM le aku tau budaya diorg..makanan diorg..tempat2 menarik… byk belajar ttg korea…best tol…

      1

      0
  9. Fan song jihyo says:

    Sbs boooooooo

    3

    0
  10. For feal says:

    Dari dulu lagi rumors utk buang member runningman dah ada. Dulu pernah kecoh sekejap bila salah sorang Co PD pernah bgtau wartawan China kalau rating musim luruh tak naik2 jugak,diorg mungkin kene buang member utk format baru. Tapi bila berita ni kuar suratkhabar china dan tersebar, PD tu ckp cerita tu tak betul. Alih2 skrg masuk je musim sejuk mmg betul dia buang 2 member. Tak sangka Ji Hyo dan Jong Kook kene aniaya mcm ni lepas dah bertahun2 setia dengn runningman.

    5

    0
  11. Melampau says:

    Bg aku , faktor utama yg membuatkn org dh x bminat utk menonton RM bukan lh dsebabkn RM members tp kelemahan produksi yg mne ksemua PD nye yg rata2 PD bru kkurangan idea n asyik main game sama yg lapuk je..RM members dh buat yg tbaik utk mjadikn rancangan ni menarik..mmg kejam klu ko x tau apa2, dan2 ko tau ko kna tendang..mmg sgt x adil utk KJK n SJH especially KJK yg dmaklumkn last ep dia RM330..mne pegi respect dorg kat KJK yg dh sertai RM utk 7 thn..dia antara yg famous dkalangan members..
    Tukar la brapa byk member tp klu masih lg PD n staff yg sme..xde makna nya rating nk naik..mimpi lh..

    17

    0
    • Shhh says:

      SJH bila last..kecian kan..mcm tak dihargai langsung..tk profiesional keja mcm tu…at least tgulah smpi krismas..edisi khas kumpul semua ahli RM..bru lah buat majlis perpisahan mcm buat kat Gary

      1

      0
    • Anonymous says:

      Betui rahsa game yg buhsan. Buhsan pun nengoo jgak minat RM

      0

      0
  12. Najib says:

    Rancangan Running Man jadi boring bukan sebab ahli Running Man tapi format rancangan yang semakin bosan….dialog berulang-ulang…tetamu jemputan yang serupa jer dan membosankan ada yang dah 5 kali datang pun ada…sepatutnya tambah ahli baru tukar format dan tukar PD ambil PD kurus specky yang mula2 perkenalkan Running Man dulu…pilih lokasi yang cantik2 di Korea Selatan episod sekarang banyak pilih checkpoint yang jauh2 sampai ahli pun letih nak ikut..

    1

    1
  13. Anonymous says:

    xpayah buat RM da la.. RM xde seri dah lepas Gary kua.. ni kan plak ace ji hyo dgn jong kok..huh

    2

    0
  14. peminat RM says:

    pendapat aku laa… since dong wan tak ada, aku dah terasa kehambaran RM tp aku tgk jg sbb aku suka bila aku ketawa bagai nak rak…release tension oiii lps penat bekerja… lg 1 yg aku perasan, bla PD ditukar… rasa mcm… ‘lain’ tp aku tgk jg sbb suka RM… tp ye laa… nama pun dunia hiburan… ada pasang surut… just harap lps ni Mong Ji dan Sparta Kook trs berjaya wpn xde dlm RM…

    1

    0
  15. Anonymous says:

    daripada tgk drama melayu yang hentah apa2.. baik tgk RM.. boleh juga pecah lemak.. tp berita ni sangat menyedihkan..

    4

    1
  16. Song Jihyo dan Kim Jong Kook tidak patut dikeluarkan dari RM … Kalau mcm tu RM x syok la ep seterusnya nanti …. :-(

    1

    0
  17. peminat says:

    Sebagai seorang peminat setia runningman! Sata tidak setuju dengan keputusan mereka …..kesian song ji hyo dan kim jong kook.

    0

    0
    • mimi says:

      sampai hati buang ji hyo dan kim jong kook macam tu ja.mereka banyak berjasa dalam RM .saya tidak setuju dengan keputusan ini

      0

      0
  18. Zue says:

    Sedihnya bila jihyo dan jongkook di keluarkan tanpa pengetahuan dan kemahuan dorang…Apa Hal producer ni arr…Dorang da byk berkorban utk tingkatkan rate rm ini pla balasan yg di beri…Huhu lepas ni korang jelah yg Tgk sendiri ye produser…
    Aq na rewind balik ep 1 hingga masih Ada jihyo and jongkook

    0

    0
  19. Zue says:

    Saya geram lah dengan produser ni…
    Kalau jihyo dan jongkook keluar tak bestlah Rm da…
    Memang x wajar betul tindakan dorang ni…
    Lepas ni ko tgklh Rm ni sendiri ye produser…
    Tak adil ko buat mcm ni dgn diaorang…
    Sedih n kecewa dgn pihak RM….
    Kecewa huhuhu

    1

    0

Leave a Comment

Optional