Written by Bella | May 19th, 2015

Penyanyi rap popular SonaOne yang semakin mendapat tempat di hati peminat industri muzik tempatan baru-baru ini  mengakui dirinya sudah mempunyai teman istimewa. Namun, beliau enggan mendedahkan siapakah gerangan wanita yang sudah berjaya mencuri hatinya.

Saya tidak kisah untuk memberitahu yang saya kini memang ada seseorang di hati saya. Namun, cukuplah setakat itu sahaja kerana ia tidak adil untuk kami berdua. Bagi saya, tiada apa yang perlu orang tahu pasal dia dan biarlah ia disimpan rapi untuk diri saya sahaja.

SonaOne sebelum ini pernah digosipkan bercinta bersama aktres Juliana Evans. Walaubagaimanapun, kedua-dua mereka menafikan perkara tersebut sekerasnya dan menegaskan mereka cupa teman rapat yang sudah dikenali sejak daripada zaman remaja lagi.

Saya kenal dia dah lama iaitu sejak zaman remaja lagi ketika kami sama-sama pergi ke ujibakat untuk iklan. Saya tiada apa-apa hubungan dengan dia dan kalau anda tanya sejauh mana serius hubungan kami, kami memang serius sebagai kawan sahaja.

Nampaknya dengan pengakuan terbaru SonaOne ini, tiada lagi yang akan terus menyebarkan khabar angin kononya beliau bercinta dengan Juliana Evans.  Kami harap SonaOne akan bahagia di samping insan tercinta dan semoga selepas ini anda akan terus berjaya didalam karier anda.

Sumber Berita: Tonton Extra

 

7 responses to SonaOne Akui Sudah Punya Kekasih

  1. This&That says:

    Who is this “Someone”?

    0

    0
  2. anon says:

    Dia ni mcm mawi and noraniza idris jugak, suara langsung tak sedap. Mcm manalah blh jadi penyanyi…

    0

    0
  3. melati says:

    siapa Mawi erkkk…SonaOne ni saya kenal lah…, pelakon Ombak Rindu kan dia ni….org Singapore Poyo jer lebih…melayu Singapore cam bangsat kt Negara sendiri…hehehe

    0

    0
  4. nok gebuzzz says:

    suara x sedap pun duit ada boleh buat lagu ape kesah….bedal jer la,org x suka ke…benci ke, yg penting dah masuk dlm industri…mcm tu la pikiran org yg ada duit kot,janji glemer…..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    suara sedap ke, xsedap ke bukan lu org nk beli album artis malaysia pn..keje nk mndownload je… cam haram…

    0

    0
  6. yaya says:

    hiba …..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    hahahaha kkkkkkkkk…sy sokong mengata org luar..org negeri sendiri ada korang support beli y ori..

    0

    0