Written by AbangNara | April 10th, 2013

April 12 ini adalah hari penuh debaran buat pasukan Malaysia di Axiata Cup. Undian untuk separuh akhir akan dilakukan pada hari tersebut. 4 pasukan yang akan berentap ialah Malaysia, Indonesia, Thailand dan Asia All Stars.

zizan

Selain pemain-pemain yang berdebar, turut sama merasa debaran ialah mereka yang telah menyertai pertandingan Axiata Cup 2013 “Up Your Game” Challenge di www.axiatacup.tv. Banyak video yang telah diupload untuk menunjukkan bakat terpendam masing-masing. Kesemuanya hebat-hebat belaka. Kagum Abang Nara dibuatnya.

zizan

Dan keputusan tempat pertama sehingga ketiga telah pun diumumkan pada 9 April yang lepas. Setiap pemenang mendapat hadiah wang tunai dan merasai pengalaman VIP untuk peringkat separuh akhir dan akhir Axiata Cup yang bakal berlangsung pada 13 dan 14 April ini. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua pemenang. Anda semua memang super hebat.

Hebat kan video di atas? Inilah pemenang contest “Up Your Game”. Mereka telah mendapat undian yang terbanyak. Mereka membawa pulang RM5,000 dengan video yang bertajuk “Lean On Me – Xpression (Up Your Game Team Malaysia!) Axiata Cup 2013”. Memang bersemangat dibuatnya apabila Abang Nara menonton video mereka. Meremang bulu roma. Inilah senarai pemenang contest “Up Your Game”:-

(1)Emas (Tempat Pertama)
Tajuk Video: Lean On Me – Xpression (Up Your Game Team Malaysia!) Axiata Cup 2013
URL Video: http://www.youtube.com/watch?v=alaqnr9RVW4
Hadiah Wang Tunai: MYR5,000

(2) Perak (Tempat Kedua)
Tajuk Video: Rise Up Your Spirit, and Up Your Game
URL Video: http://www.youtube.com/watch?v=5HtqKOan9EY
Hadiah Wang Tunai: MYR3,000

(3) Gangsa (Tempat Ketiga)
Tajuk Video:: DJ Herb Axiata Cup
URL Video: http://www.youtube.com/watch?v=1jtTeORBseU
Hadiah Wang Tunai: MYR1,500

Kalau korang rasa nak tengok bakat-bakat kreatif rakyat Malaysia, boleh ushar lebih banyak video di www.axiatacup.tv. Disebabkan Abang Nara dah tak menang peraduan “Up Your Game”, jadi Abang Nara sekarang tengah mencuba nasib di dalam peraduan Axiata Cup Fantasy Badminton.
zizanHadiahnya memang menarik sangat. Senang je nak menang. Korang cuma perlu pilih pemain yang korang rasa bakal menang di dalam Axiata Cup ini. Ala, macam main fantasy football. Cuma kali ini badminton pulak. Kena cepat daftar sebab pertandingan ini akan tamat pada 14 April ini. Hadiah Samsung Galaxy Tablets untuk dimenangi tue!!!
zizan
Inilah juga peluang Abang Nara untuk menunjukkan kepandaian dalam badminton. Mana tahu ada rezeki boleh kalahkan lagenda badminton, Cheah Soon Kit dan Ricky Subagja dalam Fantasy Pundit League. Korang pun trylah join. Untuk info lanjut, layari fantasy.axiatacup.com. Kepada pasukan Malaysia, pastikan anda menjulang Axiata Cup untuk kami, rakyat Malaysia!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to Sokonglah Malaysia Untuk Axiata Cup

  1. didi says:

    first hahaha

    0

    0
  2. didi says:

    yeay…first time first yeay…

    0

    0
  3. Nanny McPhee says:

    Malaysia di hati.
    sokongan pasti jitu, takkan ragu.
    tapi, pelapis mestilah mau awesome, DLCW dah tak larat la,

    0

    0
  4. Linzy Longkang says:

    Laa no 4, teruknyer server abang nara tak pernah nak dpt first bosanlah

    0

    0
  5. Mirai Suenaga says:

    Hadiah USD1juta. Bertuah siapa yang menang. Siapa yang ada anak tu, janganlah ada hati nak libatkan anak dalam bidang yang jijik tu.

    0

    0
  6. Mirai Suenaga says:

    Hadiah USD1juta. Bertuah siapa yang menang. Siapa yang ada anak tu, janganlah ada hati nak libatkan anak dalam bidang hiburan yang jijik tu.

    0

    0
  7. Henzy says:

    Axiata Cup pun ada mobile app. Boleh download dari http://bit.ly/axiatacup2013

    Ada Live streaming (tak perlu langgan), ada game yg sgt comel, info2 matches, news, players dan interactivity.

    Marilah muat turun!

    0

    0
  8. MS Ramli says:

    Bagus suara diaorang ni.. patut jadi singer.. gud job..!!

    0

    0