Written by AbangNara | May 7th, 2014

Berita gembira buat para peminat ahli kumpulan Sleeq yang dianggotai oleh Syarif dan Alyph. Kedua-dua jejaka ini telah mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan masing-masing selepas Hari Raya kelak. Syarif bakal berkahwin dengan Malaque Mahdaly, seorang chef pada bulan November manakala Alyph akan bergelar suami kepada Azzah Fariha, seorang guru pada September ini.

sleeq

Abang Nara pasti ramai gadis di luar sana yang patah hati mendengar berita ini. Namun perkahwinan adalah satu lumrah dalam kehidupan. Kalau sudah bertemu jodoh, siapalah kita untuk menghalang. Lebih baik doakan semoga kebahagiaan menjadi milik mereka buat selama-lamanya. Bak kata Alyph menerusi Harian Metro:-

Apa yang terjadi dalam kehidupan saya dan Syarif yang sudah bertemu jodoh ini adalah lumrah kehidupan manusia normal. Justeru keputusan untuk mendirikan rumah tangga adalah wajar dan kami juga sudah bersedia.

sleeq

Semoga segala persiapan Syarif dan Alyph berjalan dengan lancar. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum hari bersejarah anda berdua. Yang penting, jangan lupa jemput para peminat ke kenduri perkahwinan anda. Abang Nara yakin ramai yang mahu melihat anda bersanding di atas pelamin. Apa pun, tahniah diucapkan atas berita gembira ini.

26 responses to Sleeq Bakal Tamatkan Zaman Bujang Selepas Syawal Tahun Ini

  1. anons says:

    bguslaa….

    0

    0
    • Anonymous says:

      Alpyh tolong komen saye di eyka muar k tapi ni adik die saye minat awak .minat je bukan suke

      0

      0
  2. diana says:

    knp tak da org komen?

    0

    0
  3. cik beltinsik says:

    okay..firstly, tahniah uollss..akak nk share nikmat rumahtangga ni..best sgt..tak terkata..berbeza dgn ex husband akak dulu yg kaki penampo sepak terajang..alhamdulillah akak berjaya lalui fasa perit tu..huhuhuhuhu..kini akak bahagia dan doakan baby dlm perut akak sihat..tq uolssss

    0

    0
    • kek nis says:

      poyo minah ni.. serabut aku..

      0

      0
    • Anak Dara Tua Tapi Optimistik says:

      Ko biar betul Kak Belt? Rasa2 macam 2 minggu je Kak Belt kawen tup2 dah ada baby dalam perut? Tapi I is andalusia, what do I know…

      Share tips sket bleh, cara2 mencari laki/suami. Kak Belt dah merasa dua kali naik pelamin, iols sekali pun nan-hado (i dont mean kawen bnyk2 kali itu adalah misi & visi ye). Sharing please!

      0

      0
      • cik beltinsik says:

        ok ni dia akak nk share..firstly u kena jual mahal..buat2 la yg diri u tu susa giler jantan nk dpt..pastu bersolek sikit kasi naik seri muka tu..baju jgn la pkai baju out to date..pkai baju yg berahi sket ( sorry akak free hair dulu skang da taubat)..pastu miang2 keladi sikit.tp dlm pada miang tu control lg..jgn miang sgt..miang biasa2 je..ok ?

        0

        0
        • crush ku peminat kpop says:

          akak…saya ni suka dengan sorang awek tapi dia minat kpop, perlu ker saya mengorat dia ? boleh ker dia terima saya sebab saya tak minat kpop .

          0

          0
        • amirul says:

          TO crush ku peminat kpop.. aku tolong jawab yer

          1) kau kena tgk awek tu single ke tak…kalau awek tu asyik puji idol kpop memanjang…memang awek tu single…so kau boleh ngorat.
          2) cuba kau buat2 tanya soalan berkaitan kpop…memang dia akan reply…bereret plak tu dia reply…biasa lah kpopper memang excited bila org nak tau pasal kpop.
          3) lepas tu kau pandai2 lah masuk jarum…tapi jgn sesekali kau kutuk grup kpop yg dia suka…memang perang besar akan meletus…ehehheehhe

          0

          0
        • amirul says:

          ni aku tambah lagi…

          4) cuba kau stalk siapa idol kpop yg dia suka…maksud aku di sini bias dia…dalam grup tu dia suka sape, sebab setiap kpopper ada bias dia…tapi kau just be yourself…kau jgn lah pergi tiru bias dia plak. just ambik tahu jer ok.

          p/s: ni based experience aku lah..selamat mencuba

          0

          0
  4. minah k-pop says:

    next ! sendu

    0

    0
  5. 2 diection says:

    Sapa budak dua ekor ?
    Like duhhhhh..
    Kalau One direction bileh jgk aku ambik kesah ..

    0

    0
    • emy says:

      one direction? hmmm..masalah beso ko nie…gajah depan mata tak nampak…kuman seberang laut tu kalau boleh nak sembah2…

      0

      0
  6. narareader says:

    Singaporean. Bosan.

    0

    0
  7. PagiPetangSiangMalam says:

    Sapa dua ekor yg mcm daun pisang nih? Sedih!

    0

    0
  8. PagiPetangSiangMalam says:

    Sapa dua ekor yg mcm daun pisang nih? Mampuih la nak kawen kker apa. Sedih pilu. Uwek.

    0

    0
  9. emy says:

    tahniah bro…

    korang nie pun..orang tu nak kawin korang komen gitu..cuba kalau cerita pasal orang tu buat maksiat ke,peluk cium pompuan bukan main laju korang kutuk..diorang nie nak wat benda baik..pe salah ucap tahniah or better tak payah komen ape2 daripada komen benda2 rubbish..ko nak kate diorang tak feymes,atau sebenarnya ko yang katak bawah tempurung?

    0

    0
    • Wa Laycak says:

      Betul tuh cakap awak Emy.

      Memang ramai orang melayu kita suka sangat dengan mengutuk, bukan kah itu juga maksiat?. mereka terlalu meninggi diri, sambil tau hanya menhina dan membeza kan antara satu dan yang lain. Ibarat kata macam dia suci tak berdosa. Tapi sebalik nya??

      tak perlu la.. beza kan orang singapura atau orang malaysia.. asal kan seagama tak kira rambut warna beza. kerana bila anda sakit nak mampus perlu kan darah atau pun bantuan $$ dan rayuan anda untuk mencari penderma atau pemimnjam? baru anda tau langit itu tinggi ke rendah!! sebab yang pandai beza kan ni biasa nya nak mampos baru dia tau dan akan merendah diri..

      Selagi tak sedar HIDUNG LU TINGGI LA SANGAT!!!

      0

      0
  10. sedih yer sleeq nak kawin..
    huhuhuuhuhuhuhu..

    0

    0
  11. […] Sleeq Bakal Tamatkan Zaman Bujang Selepas Syawal Tahun Ini (21) […]

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Orang Singapore jugak muka handsome! Macam Aaron Aziz, Adi Putra, Hisyam Hamid dan Sleeq! Korang bukan saje perangai dengki nak mampos tapi muka macam tong sampah ade lah! You Malaysians are too racists! Padahal kita sama bangsa. Jealous latew… Major turn off! Grow up!

    0

    0