Siti Sarah Pernah Terfikir Untuk Membuat Pembedahan Hidung

Hiburan

Siti Sarah Pernah Terfikir Untuk Membuat Pembedahan Hidung

Abang Nara memang geram dengan orang yang suka mengejek tubuh badan seseorang. Dulu masa kecil Abang Nara pun selalu kena ejek sebab dahi jendul sangat. Selalu jugak tengok cermin sambil mengusap-usap dahi. Teruk sangat ke dahi aku nie? Namun bila dah dewasa, fikir-fikir balik buat habis masa je memikirkan masalah kejendulan dahi. Akan tetapi Abang Nara memahami keinginan Siti Sarah yang ingin membedah hidungnya akibat sering diejek. I can feel you sis Sarah. Amboi.

siti sarah

Advertisement

Namun keinginan tersebut telah pun dibuang jauh-jauh oleh Siti Sarah selepas suami dan peminat-peminatnya memberikan kata-kata semangat. Cantik je Abang Nara tengok Siti Sarah nie. Iyerlah tak adalah cantik macam Lisa Surihani ke, Fazura ke tetapi tetap ada manisnya. Kata Sarah:-

Sehingga saat saya meluahkan perasaan berhubung isu hidung di Instagram baru-baru ini saya pernah terfikir untuk melakukan pembedahan kerana sebagai manusia biasa sudah menjadi lumrah kita ingin kelihatan cantik.

Saya sedar sekiranya saya ikutkan rasa hati saya sudah menidakkan ciptaan sebaik-baiknya yang Allah berikan kepada saya selain membuktikan saya seorang yang tidak kuat dalam mengharungi dugaan kecil itu.

Alhamdulillah keterbukaan saya bercakap secara terbuka mengenainya telah membuang jauh-jauh keinginan untuk melakukan pembedahan kerana ia perbuatan sia-sia.
Saya pernah tanya suami hendak buat pembedahan bagi mencantikkan hidung tetapi dia sentiasa memberitahu dia cintakan saya seadanya. Tanpa melarang atau membenarkan dia menekankan saya cantik kerana diri saya dan tidak memerlukan sebarang perubahan

siti sarah

Daripada kita memikirkan ejekan orang lain terhadap diri sendiri, lebih baiklah kita menghabiskan masa bersama keluarga. Orang luar biarlah diorang nak cakap apa. Yang penting suami, anak-anak, kawan-kawan, ahli keluarga dan sahabat handai menyayangi kita seadanya. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...