Written by Bella | July 6th, 2015

Selepas abangnya, Sam Bunkface mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu kini adik bongsu kepada pelakon terkenal Siti Saleha, Siti Rohana pula dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada awal tahun depan.

Mengakui hatinya sedikit terusik apabila abangnya kini mempunyai kehidupan baru bersama kakak ipar dan juga adik bongsunya yang  bakal mengikut jejak langkah Sam, Siti Saleha bagaimanapun tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

Buat apa terburu-buru menamatkan zaman bujang sedangkan saya tidak pasti sama ada pasangan saya itu adalah calon yang terbaik. Bukankah lebih baik kalau kita menikmati kehidupan ini seadanya.

Jelas Siti Saleha, beliau sama sekali tidak tidak pernah mencemburui darah dagingnya sendiri kerana mereka sudah berkeluarga malah beliau juga tidak pernah merasa tersisih dan enggan menjadikan status bujangnya itu sebagai satu perkara besar yang boleh memisahkan kemesraan mereka adik-beradik.

Berbicara mengenai persiapan beliau menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, Siti Saleha cukup teruja untuk berkumpul di rumah bapanya di Klang, Selangor dan bertemu sanak saudara mereka disana.

Memandangkan sepanjang Ramadan beliau terikat dengan jadual penggambaran drama adaptasi daripada novel Uda dan Dara, Siti Saleha mahu memanfaatkan cuti rayanya pada tahun ini.

Kebetulan tahun ini saya mendapat cuti selama dua minggu. Itu yang membuatkan saya tidak sabar untuk menziarahi sanak saudara. Selalunya selepas beraya di rumah ayah, kami akan sama-sama berkonvoi dari satu rumah ke rumah saudara yang lain.

Tidak perlulah tergesa-gesa untuk berkahwin, kenal dahulu luar dan dalam seseorang sebelum membuat keputusan untuk menghabiskan seluruh hayat anda bersama mereka. Iyalah, kalau boleh kahwin ni kita nak kekal sehingga selamanya dan sebelum melangkah ke alam perkahwinan banyak perkara yang harus kita ambil kira.

Sumber Berita: Utusan Online

9 responses to Siti Saleha Belum Terdesak Untuk Berkahwin

  1. nok gebuzzz says:

    biar lambat asal selamat
    jgn cari lelaki mcm si zaquan atau si romiang…

    0

    0
  2. Lovelyvic says:

    Sibuk kecoh artis tu tak kahwin…. kahwin lambat…
    Nanti dh kahwin… wartawan sibuk tanya… kenapa tak beranak2…
    Meluat betul ngan wartawan hiburan…
    Mana ada yg jaga sensitiviti punya…
    Tak percaya jodoh, takdir tu ketentuan tuhan ke?

    0

    0
  3. anonymous says:

    sangat cantik

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Kalau ada yang dah berkenan, kawin je. Takut nanti kalau terlalu memilih, jadi anak dara tua. Yang nyata….tidak semua wanita cantik jodoh cepat. Kadangkala orang lelaki ni saje suka2 layan tapi bila bab nak cari isteri mereka ada kriteria wanita yang mereka idamkan.

    0

    0
  5. Buasir says:

    Takde lah cantik mana. Biasa aje.

    0

    0
  6. donat o'connor says:

    apasal lengan kanan dia dalam gambar kedua tu lain macam?

    0

    0
  7. bellazai says:

    aku tgok dia ni berbanding pelakon2 kacukan lain, dia ni antara yg berlakon tiptop.walaupun bawak watak agak berat dan kekampungan.dia ni dan cristina suzanne tu.cuma slang omputeh dia msih ada ckit tp xjd mslh..c cristina suzanne tu mmg xpyh ckp la..bawak watak pmpuan kmpung, gila2 sempoi…ckp pun dh xde slang omputeh.

    0

    0
  8. DIA says:

    pic baju biru tuu mcam wan zaleha radzi skali pandang….
    chanteknyaa ciptaan ALLAH.

    0

    0