Siti Saerah Diceraikan Talak Tiga Pada Ulangtahun Perkahwinan

Hiburan

Siti Saerah Diceraikan Talak Tiga Pada Ulangtahun Perkahwinan

Adik kepada Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saerah telah pun diceraikan talak tiga oleh suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober baru-baru ini. Agak menyedihkan kerana penceraian ini berlaku pada ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat. Hasil perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan 3 cahaya mata. Siti Saerah diceraikan talak tiga di Mahakamah Rendah Syariah Kuantan.

siti saerah dicerai

Advertisement

Menerusi Harian Metro semalam, Saerah telah mengesahkan berita penceraian ini namun enggan memberikan sebarang komen lanjut. Kata Siti Saerah:-

Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat

Datuk Siti Nurhaliza turut memberi kata-kata semangat kepada adiknya itu dengan menulis:-

ismillah..Allah SWT Maha Adil dan Maha Bijaksana..apa yg telah di aturkan pasti terbaik buat HambaNYA..jika tidak elok pasti mengikut kemampuan HambaNYA dan pasti ada peringatan buat yg melaluinya..semoga Kita semua saling memperbaiki setiap kekurangan dan amalan ..buat @sairahtarudin adikku..bertabahlah& terusla berjalan..berpandu pada Allah ,inshaAllah semuanya Tenang..

siti saerah

Takziah diucapkan kepada Siti Saerah atas berita ini. Semoga tabah menghadapi dugaan. Kesian sangat-sangat diceraikan dengan 3 orang anak yang masih kecil. Semoga nasib Saerah dan anak-anak terbela. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Ini baru betul cinta sejati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...