Siti Nordiana Nafi Memilih Lelaki Selepas Kembali Popular

Hiburan

Siti Nordiana Nafi Memilih Lelaki Selepas Kembali Popular

Sejak bercerai sekitar tujuh tahun lalu, ramai yang bertanya bila agaknya Siti Nordiana akan berumah tangga lagi. Malah, ada juga pihak yang mempertikaikan soal jodoh beliau.

Walaubagaimanapun, Nana tidak pernah berkecil hati dengan sindiran sesetengah pihak dan menjelaskan beliau tidak mahu terburu-buru dalam bercinta.

Advertisement

Menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal membesarkan Muhammad Rayyan Nakhaie seorang diri memberi banyak pengertian hidup buat diri saya.

Oleh sebab itu, saya tidak akan terburu-buru untuk segera menamatkan zaman solo. Biarlah orang nak kata apa pun, terpulang kepada mereka. Saya percaya ada jodoh yang menanti.

Nana turut menafikan gosip beliau kini cerewet memilih lelaki untuk dijadikan calon suami selepas kembali popular menerusi program Gegar Vaganza.

Ada orang kata saya memilih lelaki apatah lagi selepas menang Gegar Vaganza. Maklumlah saham tengah naik. Sebenarnya saya tidak sebegitu. Kriteria calon lelaki idaman dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah.

Saya mahu lelaki yang boleh membimbing dan penyabar. Begitu juga dengan sikap tanggungjawab. Paling penting si dia mesti menerima kehadiran saya dan Ryyan seadanya. Cukup dengan syarat itu untuk mencairkan hati wanita saya.

Soal jodoh bukan terletak di tangan Nana, jadi ia tidak harus dipersoalkan. Biarlah Nana perlahan-lahan mencari jejaka yang boleh menerima beliau seadanya.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...