Written by Bella | July 6th, 2015

Setiap wanita akan merasa gembira saat menyambut Ramadhan bersama suami tercinta terutama sekali jika ia Ramadhan pertama selepas sah bergelar suami dan isteri.

Begitu juga dengan pelakon Siti Elizad yang popular menerusi drama Teman Lelaki Upahan. Elizad memberitahu beliau sangat teruja kerana dapat berpuasa dengan suaminya, Shamsul Baharin Rahman dan kehidupannya kini telah berubah sejak memegang status sebagai seorang isteri.

Saya seronok berpuasa dengan kehadiran suami. Jika sebelum ini saya hanya mengikutkan kehendak sendiri, kini saya harus fikirkan apa suami hendak makan untuk berbuka dan sahur. Suami saya selalunya gemarkan makanan berat seperti nasi dan lauk ayam. Jadi saya akan makan apa yang suami mahu makan.

Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran sepanjang bulan Ramadhan ini, Elizad sempat untuk mencuri sedikit masa dan menunaikan solat terawih bersama suaminya pada waktu malam.

Memang saya agak sibuk sepanjang Ramadan ini dengan tawaran lakonan tetapi saya tetap memastikan yang saya dapat sama-sama menunaikan solat terawih dengan suami. Kami juga bercadang untuk berqiamullail di tujuh malam terakhir Ramadan.

Memang cukup bahagia jika dapat meluangkan masa bersama keluarga dan suami tercinta ketika bulan Ramadhan tiba. Inilah masa untuk sama-sama menunaikan ibadah. Semoga Siti Elizad dan suami dilimpahi keberkatan dan rahmat pada mulia ini.

Sumber Berita: Murai

 

 

10 responses to Siti Elizad Akui Teruja Sambut Ramadhan Bersama Suami

  1. minah jambu says:

    wowww best nyeee lov uuu

    0

    0
  2. Anonymous says:

    So sweetttttttt

    0

    0
  3. Timah says:

    Suka Siti Elizad ni.. Mcm ramona zamzam pun ada. Sweet je baru kawin n pandai blakon gak. Abg nara update la story psl ramona yg baru pas kawin gak tu. To Elizad, tahniah and all the best..

    0

    0
  4. anonymous says:

    Cute sangat..caiyokk

    0

    0
  5. Anonymous says:

    natural beauty

    0

    0
  6. ooooooooooooooooooo says:

    aku suka sngt dengan kyra nie….

    0

    0
  7. Anonymous says:

    tetiba rindu ngan Kyra..elizad belakon mmg best!! mmg talented actress..moga akan ada gandingan dengan ungku ismail Aziz lg tuk next drama :) …

    0

    0
  8. Anonymous says:

    suka tngk mukanya tak tebal make up. mata pun sejuk dan ringan je tngk.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Memang tak tebal make up, tapi tebal filter Camera360. Itu yang nampak cantik teramat-amat……kalau xde filter…..errr…..biasa aje kot. Tapi memang dia cantik dalam gambar ni, teringat ex-gf aku

      0

      0
  9. wawawa says:

    elizad is canteeekkk sgtttt…
    kalo dh kawen, mmg gitulah.akan rasa bahagia dan seronok untuk beribadah..perlu diingat juga amalan bagi org berkahwin dilipatgandakan berbanding dengan orang bujang..so mane2 yang dah jumpa jodoh,.kawenla…yg dh kawen,…perbaiki hubungan dan kekalkan momentum kebahagian..

    0

    0