Written by Bella | June 20th, 2017

Pelakon Siti Elizad sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan beliau tidak terlepas dengan soalan mengenai cahaya mata. Elizad akui beliau sebenarnya terasa hati dengan soalan tersebut apatah lagi ada pula pihak yang mendakwa beliau sengaja tidak mahu hamil kerana memetingkan kerjaya seninya.

Siapa yang tidak mahu anak? Seperti wanita lain yang bergelar isteri, keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tidak pernah terpadam. Mungkin rezeki saya dalam dunia seni lebih murah dan kerana itu, Tuhan belum memberi rezeki saya menimang cahaya mata.

Saya yakin dengan aturan Allah. Cuma, kadang-kadang tipulah jika saya tidak sedih dan terguris dengan orang sekeliling yang kerap bertanya soalan yang sama. Dalam hal ini, saya bersyukur kerana suami dan keluarga amat memahami.

Elizad memberitahu beliau sebenarnya mempunyai ketumbuhan dan harus menjalani pembedahan. Menurut doktor, beliau harus menangguhkan hasratnya untuk mengandung selama setahun.

Walaubagaimanapun, beliau ingin cuba untuk mendapat cahaya mata  dan merencana untuk bertemu dengan pakar kesuburan mendapatkan pandangan.

Harapnya Elizad terus tabah menghadapi dugaan ini, pasti perancangan Allah SWT buat Elizad adalah yang terbaik. Jangan putus asa mencuba dan pedulikan kata-kata negatif.

Sumber Berita : BH ONLINE

6 responses to Siti Elizad Akui Terasa Hati Ditanya Soal Cahaya Mata

  1. Anonymous says:

    saya seorg peminat pelakon siti elizad-she also a gd actress-like to watch her in teman lelaki upahan-she is a natural talented actress bule dalam golongan sama seperti fazura.i like lau dia bergandingan dengan tengku hero teman lelaki upahan-harap harap next drama tey all jumpa lagi

    11

    0
  2. Cupcake says:

    itu bergantung pada rezeki

    2

    0
  3. wekkkkkkk says:

    amboi ..mendada nampak…

    1

    2
  4. haha says:

    itulah baru dua tahun, rasanya tak perlulah tanya pasal anak lagi. even kalau kita pergi jumpa doktor pakar sakit puan sekalipun, mereka akan cakap lepas dua tahun baru datang balik untuk further checkup jika betul2 ada problem. hairan betul dengan manusia ni benda2 sensitif jugak yang perlu di tanya. jodoh, ajal, anak semuanya ketentuan allah juga.

    1

    0
    • Anonymous says:

      bab buat anak je tanya bab jaga anak? no problem serah je mana2 nursery tanpa check ada kelulusan ke tak..pastu meroyan anak mati dgn nursery..

      0

      0

Leave a Comment

Optional