Written by Bella | March 19th, 2015

Tugas sebagai penyampai radio bukanlah mudah, ia memerluka kreativiti serta kesabaran yang tinggi kerana anda hanya bercakap seorang diri  untuk menceriakan suasana dan kadang-kala akan menerima panggilan daripada pendengar yang mempunyai seribu satu ragam.

Akibat keceluparan penyampai radio Kieran yang telah memanggil seorang pendengar dengan gelaran Sakai, pihak stesen Sinar FM telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman sosial Facebook rasmi mereka.

Ada yang mengatakan Kieran tidak sengaja mengucapkan perkataan tersebut apabila panggilan yang diterima terputus taliannya.

Setiap penyampai di Sinar FM mempunyai kod yang mereka harus patuhi dan pihak mereka berjanjji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi serta telah mengambil tindakan ke atas Kieran.

Walaupun Kieran rasa geram panggilan tersebut terputus, tidak bermakna anda boleh bercakap ikut suka hati anda. Lagipun, Kieran sudah mempunyai pengalaman yang lama sebagai penyampai radio, takkanlah anda tidak tahu etika ketika bekerja?

 

45 responses to Sinar FM Mohon Maaf Kerana Keceluparan Kieran Panggil Pendengar Sakai

  1. win wink says:

    terlepas cakap kot..maafkan lah…

    0

    0
  2. rora says:

    kesiannn . bersabarlah ye ? bukan senang nak puaskan hati semua orang !

    0

    0
  3. aku says:

    lalaiiiiii

    0

    0
  4. Anonymous says:

    awat dr hotfm ke sinar plk? bru lg ke sinar dh ada isu plk..adehh

    0

    0
  5. jiran sebelah says:

    target audience sinarFM lebih kepada 40++,
    biasanya peringkat umur begitu banyak lah perkara yg sensitif..

    0

    0
    • Can't stand stupid cmmts says:

      Brainless comment! Sakai tu kan kaum orang Asli. Kau yg bodoh tak tau kan? Bukan sebab orang 40 an terlebih sensitif la. Kau Melayu kan? Kalau nak menyumpah orang je kau cakap “Melayu! ” apa perasaan kau? Ni spesies2 pegi sekolah tak belajar. Langsung tak ada sensitiviti pada kaum lain di Malaysia.

      0

      0
  6. Anonymous says:

    Malaysians, you guys get very sensitive easily, for no reason. Bull crap.

    0

    0
  7. sue says:

    sebab tu lah orang tua ajar kita jangan biasakan diri menggunakan ayat-ayat yang tak elok seperti sakai, bodoh, sangap, bangang segala ayat yang lebih kurang sama maknanya. zaman sekarang ni, ayat-ayat tu dah jadi macam kalimah kat mulut. Ada yang dah terbiasa guna ayat sama masa bergurau dengan kawan-kawan. Pantang moyang datuk nenek dengar orang sebut perkataan macam ni. Peringatan kepada Kiran dan semua termasuklah saya sekali.

    0

    0
    • konfius says:

      tapikan.. sakai dalan dialet sarawak bermaksud kawan.. so bila kita kata sakai tu perkara buruk takut menguris hati rakyat sarawak.. saya tahu sebab my brother in law kaum etnik sarawak… correct me if i’am wrong.. tak perlu maki2 ek.. org yg nasihat dengan cara yang berhemah bermaksud seseorg yg penyabar manakala yg spesies marah2, maki2 ni spesis sawan babi…

      0

      0
      • keliru says:

        hi konfius, dialek sarawak mana pula yg “sakai” tu bmaksud “kawan”??
        saya org sarawak, xtau pula sakai tu maksud kawan..kalau ye pun sakai tu bmaksud kawan,kami xkn terasa,tapi lebih kesian lg kt bangsa Sakai yg sll dipermainkn..huhu

        0

        0
  8. Anonymous says:

    setuju !!!!
    sila contohi krill rasyid dalam berbicara
    sgt sopan..sgt merendah diri…
    i love krill rasyid….

    0

    0
  9. aku says:

    harap jadi pengajaran pada kieran..ni bukan era @ hot fm..pdengar sinar lbh pd golongan yg dh berumur..sorry to say kieran..saya memang bukan peminat awak dr era lg..memang stail awak yg agak ‘bebas’ bila bbicara tu saya kurang gemar..tp tidak la sampai membenci

    0

    0
    • Anonymous says:

      to : aku
      samalah… i pun x suka dia dr dulu… dia mcm suka overshadow org kalau berpartner..pastu cakap kasar n cakap lepas jugak…
      tp msa dia ngan krill dulu ok la…sbb krill banyak cover dia kan dulu…
      sebab krill ni bagus… bahasa dia bagus…respek dgn krill…
      krill ni bila bercakap “kedengaran” bijak

      0

      0
      • aku says:

        krill memang student bijak..kalau tak salah bekas student mahad kajang (kalau tak salah le ejaan mahad tu)..thats why bila dia bcakap dgr bijak & ada unsur islamic

        0

        0
        • Anonymous says:

          oic…ptt la…
          i selalu fikir dia ni dr mana…mmg islamic n pengetahuan agama dia bagus

          0

          0
        • Airin says:

          Sakai dan Jakun adalah kaum orang Asli di Malaysia. Hormatilah sensitiviti tersebut. In the very first place, it is offensive to the Sakai and Jakun tribes to associate them with negative attributes.

          0

          0
  10. kak Kiah says:

    Betul la, Krill ni soft spoken je. Kat sinar selalu elok je perkataan dia. Ingat aku sorang je yg perasan hehe

    0

    0
    • Anonymous says:

      krill dr dengan era dulu pun camtu..paling rindu bila partner dgn fbi..tiada tandingan

      0

      0
    • jemah says:

      krill dr era dulu pun camtu..paling rindu bila partner dgn fbi..tiada tandingan

      0

      0
    • Anonymous says:

      krill ni mmg peribadi dia tu bagus…
      that’s why kat mana2 pun tetap mcm tu cara dia…
      seriously aku mmg suka cara dia
      dan dia mmg x over….best..suara class
      peribadi pun class
      high-class!

      0

      0
  11. terlepas ckp says:

    radio utk org tua mmg people sentapla,padahal byk je org tua maki & tego org tak pasal2 macam bagus ..bersepah jer mulut kuang ajar aku jumpa..org muda gua talak heran….ckp lembut pon tak smustinya baik…belakang kengkadang tu mengata lebeh…

    0

    0
    • Anonymous says:

      x semua yg dengar tu org tua yer…
      aku sendiri pun belasan tahun..tapi aku suka sinar fm…

      0

      0
  12. Anonymous says:

    kiran ni masa kt hotfm ade isu pasal kutuk pasukan bola…dok sinar pn ade isu jgk..hailohh

    0

    0
  13. Komen says:

    adoiii igtkan ape hal la td. relaks laa.. benda simple kot. nama pun DJ. mesti la kene bcakap. bila dh asik bcakap ade la yg tersasul ckit2.. bknnya dia maki hamun pemanggil pun. coolllllllllll………..

    0

    0
  14. Sejukfm says:

    Kalau jadi DJ ni tak semestinya kena riuh je. Ingat la tak semua orang boleh terima gurauan kita kan? Kena jaga sensitiviti orang jugak. Jangan jadi macam setengah radio tu, aku boleh terjaga dari tidur dengar ketawa mengilai masing2! Teruk perangai. Perempuan ke laki sama naik. Time ada kematian/musibah baru la semua nak pasang quran/lagu nasyid/lagu sedih2. Pe kes? Hypocrite much? Ingat tuhan tu ada time musibah je ke? Sedih!

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Mcm mana nak bezakan tulisan Nara & Bella? Dah baca BN hari2 pun masih tak kenal. Konfius.

    0

    0
    • nasi goreng tomyam says:

      kat bahagian atas…bawah tajuk tu ader tulis “written by ….” . tengok kat situ lah.

      0

      0
  16. Eja says:

    Sakai dialek melanau mean kawan…lawa mean sombong….so ok jerrrr….

    0

    0
  17. mawar says:

    bagi ku sakai tu maksudnya entah apa-apa tah. sopan lah juga. dari mulut orang cakap bodoh lah kau ini. itu pun issue besar but keran memang ada bakat DJ

    0

    0
  18. KAK PORA says:

    dulu kak pora suke giler time die ngan krill best la gandingan dorg, era ms tu meletop2 la. pastu die masok hot tinggalkan krill. pastu krill transfer ke suria bermula la kejatuhan era. krill mcm x serasi ngan suria gak masok sinar br nampak keserasian ngan kak ku ngan abg salleh.

    0

    0
  19. layan je la... says:

    I like sinar pagi.

    0

    0
  20. zana says:

    bkn ke radio skrg digital format bole record dulu b4 siarkan so that penerbit bole cut mn yg x patut.

    0

    0