Sabtu yang lepas semasa Earth Hour Abang Nara pun beleklah gambar-gambar yang diambil oleh rakyat Malaysia sempena event tersebut. Dalam banyak-banyak gambar KLCC yang diambil semasa Earth Hour, Â Abang Nara terperasaan sesuatu. Cuba korang tengok gambar KLCC kat bawah ni:-
Korang nampak tak apa yang Abang Nara nampak? Nampak tak kat bahagian atas menara KLCC tue ada satu simbol? Korang nampak tak? Memula Abang Nara ingatkan mungkin gumpalan awan. So Abang Nara rileks je la tak fikir apa-apa pun. Namun begitu apabila mak Abang Nara bawak balik ikan yang dibeli dari pasar dan simbol tersebut turut ada ikan tersebut, Abang Nara dah mula fikir yang bukan bukan.
Apa kejadahnya simbol ini ada di mana-mana? Kat KLCC ada kat ikan pun ada. Dan paling mengejutkan ialah apabila adik Abang Nara yang belajar kat UK pun turut menghantar satu gambar yang ada simbol tersebut semasa dia berjalan-jalan kat sana.
Abang Nara dah seram sejuk dah. Terus kepala Abang Nara berputar ligat membuat teori. Kemungkinan besar simbol ini ada kaitan dengan:-
1. Alien yang mahu datang menyerang bumi. So dia bagi hint dulu sebelum serangan bermula.
2. Tanda umur bumi kita sudah semakin tua sehingga muncul simbol-simbol yang pelik.
3. Udara, air dan kesemuanya terlalu kotor sehingga menyebabkan kewujudan simbol sebegini.
4. Satu jenis virus baru yang muncul dalam bentuk simbol.
Buat masa ini Abang Nara masih tercari-cari apakah makna di sebalik simbol misteri ini. Kalau korang ada ternampak simbol ini, tolong informkan kepada Abang Nara. Mana tau kita bersama boleh buat report kat Jabatan Kaji Cuaca tentang hal ini. Kemungkinan ianya boleh mendatangkan mudarat kepada manusia sejagat. Tak gitu?
Dan yang baru Abang Nara jumpa tadi simbol ini dah ada kat YouTube dengan tajuk The Infection. Warghhhhhhhhhhh ~~ Apa benda nie????? Seram gila ~~~~ Takut dibuatnya. Harap-harap tak adalah virus baru yang melanda bumi kita ini. Abang Nara tak kawin lagi wei ~~
Kalau korang ada info lanjut sila tinggalkan di ruangan komen. Kerjasama anda sangat dihargai. Thanks.