Written by Bella | August 2nd, 2016

Selebriti popular Fara Fauzana semalam telah mengumumkan beliau bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan bernama Hafiz pada 17 September depan.

Ramai yang gembira mendengar berita berkenaan dan Fafau tidak henti mendapat ucapan tahniah dan doa daripada peminat agar majlis raja sehari beliau nanti berjalan dengan lancar.

Namun, masih ada yang kecewa kerana Fafau tidak memperkenalkan jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu kepada umum.

Walaubagaimanapun, Fafau ada berkongsi sedikit mengapa beliau memilih Hafiz untuk dijadikan teman hidupnya.

Menurut Fafau, Hafiz berjaya membuka pintu hatinya kerana mempunyai sikap yang memahami serta pegangan agama yang baik.

Hafiz seorang yang pendiam, penyabar dan yang paling penting mempunyai pegangan agama. Kami banyak persamaan dari beberapa sudut cuma dia ‘kurang gila’.

Dia juga seorang yang memahami kerjaya saya dan tidak pernah suruh saya berhenti kerja selepas bergelar isteri nanti.

Saya dikenalkan dengan Hafiz oleh seorang teman ketika kami sama-sama menghadiri sebuah majlis. Dari situ kami saling berhubung dan tidak sangka pula kami serasi.

Fafau memberitahu Hafiz menghantar rombongan merisik pada bulan Februari lepas. Tiada majlis pertunangan yang diadakan kerana mereka akan terus bernikah sahaja.

Kita tidak boleh ramal soal jodoh kita bukan? Ada yang cepat ada yang lambat. Kami tahu ramai yang mendoakan kebahagiaan Fafau dan seronok apabila beliau akhirnya bakal berkahwin tidak lama lagi. Semoga segala rencana berjalan dengan lancar buat mereka berdua.

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Sikap Memahami Hafiz Dan Keperibadian Dia Buat Saya Terpikat – Fara Fauzana

  1. haron says:

    Ye le belum kahwin lagi, jadi mamat ni kena le tunjuk sikap memahami. Cuba tanya lepas kahwin, ade je yg tak kena nanti lepass dua tiga tahun cerai. Alasan cerai sebab tak sepahaman dan cari bini no 2 ke 3 ke (artis2 sendu yg gatal menjadi pilihan).

    Tapi apa2 pun perkahwinan ni akan berakhir dengan penceraian jugak sebab minah ni dah tua. Ramai yg muda dan bergetah dan akan memikat laki dia. lagipun mamat ni kan ahli perniagaan sure kena ada bini baru setiap masa….betul kan?

    0

    0
    • Anonymous says:

      orang ni saja comment camni sbb nak attention and nak suruh org counter statement dia beramai2. lol jgn layan tau uolls.

      0

      0
      • yoyo says:

        Saya dikenalkan dengan Hafiz oleh seorang teman ketika kami sama-sama menghadiri sebuah majlis. Dari situ kami saling berhubung dan tidak sangka pula kami serasi.
        *kak fafau…sy nk tawu…mse tu tahun bila kenal kt majlis tu..hehe.. nk tawu jgk..dh lame knl ke..atau baru lg.. :)

        0

        0
    • Anonymous says:

      haha..xhabis2 en haron komen kondem fafau..gigih betul

      0

      0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      citer sayang kapten mukhriz ni sangatttttttttttt la mengarot ! nak tau ape ? jadi laki bini tapi dlm bilek baring atas katil bertudung konon tutup aurat tapi pat solat boleh pulak bersentuhan tangan salam laki dlm drama mengarot kan !! kire2 salam sentuhan tangan tkpe la eh ?? drama tutup aurat la sangat huhu sedih ..drama Baju berkancing peniti jugak class lakonan rahim razali ngan nurmah damanhuri betol2 sedih n berkesan ..lakonan sebagai suami isteri betol2 class n terbaik..

      0

      0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      betol…! dh kawin baru kasitau bini lah jadi bini tk boleh buat ape2 pasal laki dh kawin bini no 2 so bini terpaksa terima lah no choice..

      0

      0
    • Anonymous says:

      haron giler!!!
      jeles x dpt kawin fafau.. hahahaha

      0

      0
  2. Anonymous says:

    tahniah. asalkan bukan laki orang.

    0

    0
  3. saya pakai tudung says:

    saya pun naaaaaak hafiz

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Nampak tua dah fafau ni…bertemu jugak jodoh..moga berbahagia

    0

    0
  5. Anak mak kuntum says:

    Hafiz hamidon??? Saya berharap la

    0

    0
  6. Tak gatal sebab selalu dapat. says:

    Gatal sampai ke tulang….jgn dah kawin nanti malas pulak nak
    beraksi gusti.

    0

    0
  7. Anynomous says:

    Jodoh 2 dtangan Allah..andai pada usia lewat ni dia btemu jodohnya, doakanla yg terbaik utk fafau..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    heran aku..fafau kwin lewat pun ramai yg nak jdkan isu. ella kwin umr 40 lbh, jojie kwin umur 50, rilek je org.. bini fahrin pun hampir2 40 jg… dah mmg rezeki dia jodoh datang masa ni. doakan yg terbaik lah. kta yg belum lg kwin ni belum tentu bila, dan yg dah kwin pun belum tentu jodoh sampai ke ajal

    0

    0
  9. tahniah fafau says:

    barakallah fafau… i memang peminat setia u dari u dekat hot fm lagi..skg da takde dalam hot cam da tak bape nak meriah..huhuuhuh kami doakn yang baik2.. yang negatif2 cam haron tu abaikanje..tah pape tah.. nabi kawen ngan katijah relek je pai ajal..sesuka je nak cakap yang benbukan2..oi hafiz tu hensem kot.. ko jeles kan harun??? ahahhahahahaahhahaha

    0

    0
  10. Anonymous says:

    agak pak harun tu dh nape…klau x suka fafau tu diam2 le..lempang kang..

    0

    0
  11. puteri mawar biru says:

    xyah lah nak d jadikan isu sangat soal fafau kawin lewat, bkn rezeki dia kahwin d usia 20an tapi alhamdulilah dia temui kebahagiaan dia di usia 30an, tak kira lah kawin umur 20an ke 30an ke yg penting rumahtangga yg bakal di bina boleh berkekalan hingga ke jannah, soal jodoh cepat atau lambat ni xperlu di pertikaikan, doaa yg baik2 sudah lah..

    0

    0
  12. anon says:

    Hmm….kalau dah jodoh kita dgn seseorg, mestilah apa yg ada pd dia kita rase berkenan. Boring..

    0

    0