Written by AbangNara | July 27th, 2011

Lama rasanya tak berkongsi perkembangan terkini Nur Aisyah Humairah. Dulu ada 2 entri Abang Nara pernah keluarkan mengenai si kecil comel ini. Semenjak dua menjak ini, dengar ceritanya semakin banyak tawaran yang Aisyah sudah terima. Paling best apabila Aisyah dilantik menjadi duta tudung Little Haya untuk Butik Aysha Collection. Comel kan gambar Aisyah bertudung kat bawah tue.

aisyah

Selain daripada menjadi duta tudung Little Haya (sila ke Facebook Aysha Collection kalau berminat melihat tudung mereka), kecomelan Aisyah juga semakin mendapat perhatian pihak-pihak tertentu. Antara pencapaian (aceh macam jawap interview plak) ialah:-

1) Menjadi Model Kanak-Kanak Bagi Keluaran Edisi Raya 2011 Majalah Aniqah

Aisyah telah terpilih sebagai model kanak-kanak untuk keluaran Hari Raya 2011 bagi Majalah Aniqah. Sesi photoshoot yang berlangsung di Riverstone di mana Aisyah digandingkan bersama seorang model dewasa bertemakan pakaian hari raya. Untuk sesi photoshoot ini, pakaian Aisyah ditaja oleh Butik Everalp, Plaza Angsana manakala pihak Pearl Haya melalui pengedar rasminya, Aysha Collection telah sudi membuat 4 helai tudung Little Haya khas untuk Aisyah di mana tudung ini adalah keluaran terbaru dan bakal berada di pasaran menjelang hari raya ini.

ecah

2) Aisyah bersama Zizan Raja Lawak

Selepas show jelajah Maharaja Lawak yg berlangsung di Johor Bahru pada 17/06/2011, Aisyah berpeluang beramah mesra dengan Zizan di bilik penginapannya di salah sebuah hotel di Johor Bahru. Dalam sesi pertemuan tersebut, Zizan amat mesra melayan Aisyah dan mereka mengambil gambar sebangai kenang-kenangan.

3) M.A.D. About Pearl Haya

Majlis yang berlangsung pada 10/07/2011 di Grand Blue Wave, Shah Alam ini adalah khas peminat-peminat tudung Pearl Haya. Sekali lagi, butik Aysha Collection dan Everalp telah menaja pakaian Aisyah. Dalam majlis ini, Aisyah turut diundang untuk catwalk bersama seorang model terkenal iaitu Rina Salleh.

4) Flower Girl di Majlis Perkahwinan Anak Nash Lefthanded

Lagenda rock tanahair, Nash dari kumpulan Lefthanded telah memilih Aisyah sebagai “flower girl” sempena majlis perkahwinan anak sulungnya pada 16/07/2011. Aisyah yang baru berusia 3 tahun telah diberi kepercayaan sebagai ketua bagi kumpulan flower girls tersebut.

ecah

Dan perkembangan terbaru ialah khabarnya Nur Aisyah akan membintangi sebuah telemovie tidak lama lagi. Ini yang buat tak sabar nak tengok bakat lakonan Aisyah pulak. Bakat posing depan kamera memang dah terbaik dah. Semoga Aisyah akan terus maju di dalam bidang ini.

ecah

Untuk anda yang berminat untuk berurusan dengan Aisyah, bolehlah menghubungi Encik Helmi di talian 013-7482174. Dan jangan lupa LIKE Facebook Nur Aisyah Humairah dan follow Twitternya. Oh ye, buat penduduk Johor, anda mungkin ingin mengushar tudung-tudung keluaran Aysha Collection di Lot 1-06, Aras 1,Plaza Larkin, Jalan Garuda, 80350, Johor Bahru.

Lagi beberapa gambar Nur Aisyah Humairah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 responses to Si Comel Nur Aisyah Humairah Semakin Popular ~~~

  1. fan mia says:

    tp mia sara tetap nombor satu TER COMEL stakat ni :)

    0

    0
  2. dina says:

    comel..mmg comel..tp bile bsr jgn jd mcm elfira roy plak ye..tdung cume dlm lakonan..bile kt luar sesingkat2 skirt die pakai.

    0

    0
  3. jayTR says:

    ganah ngat anok mung mi…
    bulih la aku shoot ank mung plop pas ni…model cilik…

    ayah beliau ialah hilmi_a200.. hahaha aku kenal!

    0

    0
  4. ellynn says:

    Comel nye btudung… sejuk perut ibunye mengandung… ^_____^

    0

    0
  5. mysara says:

    Ololo comelnya bertudung..
    jadi flower girl tu, kalau hiasan kepala tu bagi simple lagi comel..sbb orgnya dah cukup comel

    0

    0
  6. Dauspozi says:

    CUte’nya budak nih.. Rasa nak cubit je pipi.. hahaha..

    0

    0
  7. dya says:

    pehh cute sihh…rasa nk simpan dalam poket mcm hamster aQ :D

    0

    0
  8. jane says:

    kenapa dressed her up like an adult….she comel but the dress ugly on her.

    0

    0
  9. serius mmg comel adik ni..

    0

    0
  10. ima says:

    comelnye….>-<

    0

    0
  11. SnowK says:

    bertudung cantik..bile die xpkai tdung xcomel muke die..elok la pkai tdung budak ni..

    0

    0
  12. huhu says:

    xde la comel pon… biasa je… mcm bdk2 lain gak.

    0

    0
  13. aku si jujur says:

    terus terang la ek..budak ni sebenarnya xde la secomel mana..ramai lg budak2 comel di luar sana..cuma mak bapak diorg xnak ekspoitasikan anak mrk..lainla kalau ada bakat menggunung..ada bakat ke?

    0

    0
  14. berlakon dgn baik ya nanti jadi lebih popular dari mia sara.nanti bila jadi pelakon mestilah jaga kesihatan ya

    0

    0
  15. mia says:

    Comelnyer Aisyah Humairah ni…anugerah Allah yang tak terhingga… :)
    semoga menjadi insan yang solehah…amin… :D

    0

    0
  16. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    ?

    0

    0
  17. hoho says:

    tak comel

    0

    0
  18. zuan says:

    sangat comel :)

    0

    0
  19. aiskacang says:

    comelnye pakai tudung

    0

    0
  20. ntah says:

    jazz

    0

    0
  21. syikin ghazali says:

    comel gilaaaa :D

    0

    0
  22. syikin ghazali says:

    comel gila :D nak anak mcm ni laaa

    0

    0
  23. Nice..!!! takde lagi ke gambar dia? Nak gak tgok yg latest.. Huhuhuhuhuhuhu

    0

    0
  24. along says:

    cute…tapi den lum pernah tgk dia dlm tv, tah2 anak kwn si nara tak, tu yg dia duk promote.. kuikuikui… tp den tertarik dgn adik KIKI yg berlakon dlm Ana Lu’lu tu, cute je bila dia panggil “mama”…. comeiiiinyaaaa…

    0

    0
  25. razer says:

    biase jee,…..comel lg ank buah ak…….

    0

    0
  26. kiki says:

    baju flower girl sumpah buruk!sarat benar.kesian tengok!

    0

    0
  27. Aunty says:

    Very cute! Tapi my observations:

    1) Kenapala baju bridemaid tu kg.com sangat? TAk perlu the headgear and too heavy. Dia comel pakai simple je.

    2) The pic with zizan. Takyah letak kut,sebab macam over je pegi jumpa zizan dalam bilik hotel, ngan katil selerak.

    3) Errr, jgn overexpose sangat kut. Biar dia glam sendiri lepas dia tunjuk bakat dia.

    Just my 2 cents

    0

    0
  28. redcarpet says:

    mcam gaya org tua jer..apepn x suka lg best mia sara!!

    0

    0
  29. deng says:

    nape sume gamba pon die wat lip pouting? huhu

    0

    0
  30. deng says:

    nape dlm sume gmba die wat lip pouting je?

    0

    0
  31. milah says:

    kenapalah suka mengandai2 korang nie..? Boleh tak bersangka baik dgn org? nak2 nya dgn bebudak kecik nie. Mulut longkanglah korang.

    0

    0
  32. eh says:

    yg no 2 tu dikira pncapaian jgak ke~~huahahahah

    0

    0
  33. nang nak says:

    x natural cute la budak ni..mcm dibuat2 je..

    0

    0
  34. yusuf taiichioub says:

    bolehhlaa buat extra watak budak desa baru balik ngaji kene kejar antu kat astro prima..muka x brapa nak komersial daa..lagipon budak ni blakon crita apa ek?gila glamour la mak bapak budak ni…budak ni pun bakal gila glamour gak..

    0

    0
  35. cutiey says:

    mcm exposed sgt jer dak ni …. miasara ttp plg comel~

    0

    0
  36. Hot Mama says:

    Aku dah tengok fb Aisyah ni. Parents si adik Aisyah ni jauh lebih baik penampilannya berbanding mak ayah Mia Sara. Mak Aisyah bertudung, mak Mia pakai seluar & baju ketat. Patut la Aisyah ni terpilih menjadi model tudung. Didikan mak ayah dia bagus.

    0

    0
    • nabilah says:

      tp, yg jd mslhnye, mak ayah dy mcm nk expoitasikan anakny ni.. mmg x dinafikan yg anak dy comel, cute.. tp, buat ap nk ditunjukkan pd org ramai yg anak dy ni comel n cute??? didiklah dy dgn didikan agama yg tinggi.. hiburan x salah.. tp yg salahnya cara hiburan itu dilakukan.. mgkin time anak dy kecik nih blom jd ap2 lg.. tp, ap akan jd bila anak dia nih da besar 6t?? agak2nya la kan.. still jd model tudung ker??? ke da smakin seksi mcm elfira tuh?? didiklah anak2 dgn sebaik2 didikan.. bkn nk kate slh cungkil bakat anak jd model ker ap ker.. but, fikirlah elok2 before amik keputusan tuk komersialkan anak tu.. hiburan nih byk cabarannya.. dgn pergaulan bebasnya.. dgn make up tebalnya.. one day, bila anak nih da besar, sume dosa2 tuh dy tanggung sndiri.. but, time dy kecik nih, agak2nya ke manalah dosa2 tuh pergi ek??? n lau nk sgt suh anak tuh jd org feymes, byk lg cre laen slain dr msok dunia hiburan yg entah pa pe nih.. like Ustazah Siti Norbayah, Ustaz Don, or smeone yg feymes, juga tinggi ilmu agamanya.. ap pon, igt satu benda jer.. harta, glamor, cantik/cute, or anything else, x boleh bawak masok kubur.. tp, amalan yg kite buat stiap saat itulah yg jd penentu sama ada syurga atrau neraka tempat berakhirnya kehidupan kita.. renung-renungkanlah…
      ~just my opinion~

      0

      0
  37. zasss says:

    apesal kasut budak ni dlm sume gmbr sama je….xde kasut lain ke??? hoho…btw,x comel pon..huhu

    0

    0
  38. wattahack! says:

    x comel langsung..kcik2 da gedik..x mcm mia..original cute..y ni mekap je lebeyh..nk lentik2 bulu mata la…nyampah plak aku tgok

    0

    0
  39. juju says:

    rasanya tak perlu la kot nak exposed sgt about this lil kid..
    agk2 la..xda la comel mana pon..

    0

    0
    • bujang says:

      Betoiiii…..x ade laa comei mana pun….ada lagi nun…kat luar anak2 punyalaa comei tapi parents x tonjolkan anak2 mereka…..

      0

      0
  40. miszLyssa says:

    dunno y aku tgk dak ni x naturel laa..dhla wt mlot bajet cm2..adesss…x tomey dahh..
    dier ni muke bese jelaa..xla chumel giler babas pown..style org tue kot..kcik2 dh kne 2top aurat dh beso nti seksi punyooo sbb kcik2 xmrase..haha

    0

    0
  41. there are some interesting points in time in this article but i donõt know if i see all of them center to heart. there is some validity but i will take hold opinion until i look into it further. good article , thanks and we want more! added to feedburner as well

    0

    0
  42. whatever says:

    smua bdk pon comel…kecik2 suci je tgk hrp2 bkekalan smpai dewasa ye dik..

    0

    0
  43. qiqi says:

    c0mel lah die ble bertudung….tpi MIA SARA tetap no 1 di hatiku..
    the cutest ever dlm dunia nie,,, insyaallah….

    0

    0