Shukri Yahaya Umumkan Tarikh Perkahwinan : Nikah 20 November Depan

Hiburan

Shukri Yahaya  Umumkan Tarikh Perkahwinan : Nikah 20 November Depan

Mengakui bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi sebelum ini, Shukri Yahaya akhirnya telah mengumumkan tarikh sebenar majlis perkahwinan bersama Tya Adnan yang akan berlangsung pada 20 November depan.

Advertisement

Buat Shukri beliau hanya sebuah majlis yang ringkas cukup dengan akad nikah dan sedikit majlis makan selepas itu. Walaubagaimanapun, Shukri  akur dengan permintaan bakal isterinya yang teruja untuk melakukan segala persiapan.

Kalau ikutkan hati ini, saya nak buat akad nikah yang wajib saja dan kemudian ada keraian serba sedikit untuk menjamu tetamu serta saudara mara, tapi saya kenalah juga ikut kehendak bakal isteri. Kalau pihak perempuan nak itu dan ini, saya kenalah ikut. Harap tak ada yang terlalu beriya-iya sangat. Insya-Allah ikut perancangan memang semua majlis akan diadakan di ibu kota.

Pasangan tersebut bakal mengenakan busan daripada Lumiere Concept dan Shukri akan memberikan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh Tya.

Majlis akad nikah Shukri dan Tya akan berlangsung di Putrajaya manakal majlis resepsi mereka akan diadakan keesokan hari di Cyberjaya.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...