Written by Bella | May 26th, 2016

Siapa tidak kenal dengan pelakon yang semakin popular, Shukri Yahaya bukan? Berkahwin pada bulan November 2015, Shukri bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Mengakui tidak sabar untuk menimang cahaya mata, Shukri merasa lebih teruja apabila isterinya Tya Adnan disahkan bakal melahirkan seorang bayi perempuan sekitar bulan Ogos depan.

Ini satu lagi khabar gembira buat kami sekeluarga. Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan anak kami adalah perempuan. Saya sentiasa berdoa semoga isteri dan anak yang bakal lahir sentiasa dalam keadaan sihat.

Selepas berkahwin, tanggungjawab saya bertambah lagi. Sebagai bakal ibu bapa baru, ia memberikan satu lagi cabaran buat saya dan isteri.

Shukri sudah membuat segala persiapan untuk menyambut anak sulungnya itu, daripada keperluan utama bayi sehinggalah memilih hospital yang terbaik untuk isterinya bersalin nanti.

Selain sudah menyedikan beberapa keperluan utama anak, saya tidak ketinggalan membuat pilihan hospital untuk isteri bersalin.

Dari segi kelengkapan barang anak, saya tidak mahu terlalu berlebihan sehingga wujudnya pembaziran. Cukup sekadar membeli apa yang diperlukan sesuai dengan usia yang baru lahir.

Siapa yang tidak teruja bila hendak dapat anak buat kali pertama bukan? Kami doakan agar segala proses bersalin buat isteri Shukri Yahaya berjalan dengan lancar. Ermm, tak sabar pula hendak lihat wajah bayi mereka, iyalah bapanya kacak maknya boleh tahan cantik ..Hehe

Sumber Berita : Harian Metro

9 responses to Shukri Yahaya Teruja Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

  1. kentut bedak di muka menyerang says:

    tahniah .. tapi keluarga,,kwan2 dekat je kot nk tau.. ada peminat ke ?? ???
    tak minatlah.. hope bersara je..cari rezeki berkat

    0

    0
  2. melati says:

    Tahniah…!!! jaga lah anak tuuuu jgn jadi 3 min 1.3 juta..

    0

    0
  3. tok kay says:

    wauuu, suburnya.

    0

    0
  4. mamu says:

    Tahniah ni pelakon feveret mamu nih..nasehat mamu ni shukri hrp jadilah suami dan bapa yg bertanggungjawab no..isteri dan anak2 tu amanah kita..jaga elok2 oo

    0

    0
  5. Orang tengah says:

    Tahniah.. Tpi tolong jgn serabai.. Rapi la sikit… Org lain dh ada anak pun masih tjaga ketrampilan. Tgk Alif Sattar, okay aper..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    melayu bangsat macam melati….apa yang hang tak puas hati kat neelofa…dia kacau keluarga hang ka….harap tak dak keturunan melati kat dunia ni…mencaci mengata ja kat orang…hang bagus sangat ka dok mengata kat neelofa…

    0

    0
  7. Dastar says:

    dari dulu aku perasan shukri yahya ni ada iras2 james mcavoy sikit. ke mata aku ada masalah ni haha~

    0

    0
  8. el says:

    Shukri is next pelakon lelaki muda terbaik , tak hanya jual wajah dan badan sado seperti pelakon baru sekarang, watak ape sahaja, memang berbakat, i like he smile

    0

    0