Written by Bella | October 1st, 2015

Walaupun enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan beliau bersama gadis pilihan hati  Tya Adnan, aktor Shukri Yahaya dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan November ini.

Pasangan tersebut yang mengikat tali pertunangn pada 11 Januari 2014 bakal mengadakan majlis perkahwinan mereka di Kuala Lumpur.

Memang persiapan kahwin tengah rancak dilakukan saat ini. Iyalah tarikh pun sudah nak dekat. Cuma ketika ini, saya melunaskan penggambaran drama 13 episod Cik Cinderella Encik Tengku di samping Zahirah MacWilson. Ia untuk siaran TV3 bagi slot Lestary. Ketika ini memang saya serahkan sebahagian kerja persiapan kahwin pada tunang dan keluarga

Shukri Yahaya dan Tya mula berkenalan sewaktu sama-sama menjalani penggambaran bagi filem Ular. Mereka kemudiannya mengambil masa tiga tahun untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum membuat keputusan untuk bertunang.

Di Instgram, pasangan ini memang cuku terkenal dan tampak manja melalui foto-foto yang dimuat naik, semoga Shukri Yahaya dan Tya Adnan bahagia selalu sehingga ke anak cucu.

Sumber Berita: Berita Harian

4 responses to Shukri Yahaya Kahwin Pertengahan November Ini

  1. Anonymous says:

    kawinlah……………

    0

    0
  2. Anonymous says:

    blog bodoh pun ko baca jugak………….

    0

    0
    • Anonymous says:

      oopppppss I replied tu orang punyer comment but comment dier kena delete bab cakap blog BN ni blog bodoh…………

      0

      0
  3. nino says:

    gambar bawah tu mcm rita rudaini.

    0

    0