Written by Bella | February 8th, 2017

Pelawak Shuib Sepahtu telah memberikan kejutan istimewa buat isterinya Siti Sarah dengan mengadakan majlis persandingan bersempena dengan sambutan ulangtahun keenam perkahwinan mereka. Pasangan itu bakal bersanding buat pertama kalinya pada 26 Februari ini bertempat di Bora Ombak Marina.

Menurut Shuib, majlis bersanding itu diadakan bagi menghargai segala pengorbanan Siti Sarah yang sering berada disisinya ketika susah dan senang.

Waktu kami kahwin enam tahun lepas, saya tidak cukup wang untuk majlis kenduri dan bersanding. Yang saya mampu buat hanyalah majlis akad nikah. Justeru apabila sudah punya wang sedikit, saya mahu tunaikan janji saya kepada Sarah untuk mengadakan majlis persandingan. Walaupun mungkin agak lewat dan sudah punya tiga anak, tapi ia lebih indah dan sangat bermakna.

Saya tidak kisah dikecam orang kerana ini penghargaan saya buat isteri. Orang tidak tahu keadaan saya waktu mula-mula berkahwin dengan Sarah.

Keikhlasannya menerima saya dalam keadaan saya tidak punya apa-apa kerana baru mula bertapak dalam bidang seni sangat saya hargai.

Dalam pada itu, Siti Sarah mengakui beliau merasa cukup gembira dengan apa yang dilakukan oleh suaminya itu dan menyifatkan beliau adalah wanita paling bertuah di dunia. Tiada apa yang beliau mampu diucapkan selain merasa syukur  untuk segala-galanya.

Sumber Berita : Utusan Online

35 responses to Shuib Sepahtu Dan Siti Sarah Bakal Bersanding

  1. Anonymous says:

    seriusly sejak sejak akhir ni memang minat gileee dgn shuib ?

    56

    0
  2. Anonymous says:

    Sweet tau. semoga kebahagian milik kamu berdua Shuib & Sarah.

    62

    0
  3. macam-macam says:

    alhamdulillah..semoga terus bahagia dunia akhirat shuib & sarah =)

    37

    0
  4. mommy says:

    Alhamdulillah
    Ni lah baru sweet couple…diam2 ubi berisi..sayang couple di waktu susang dan senang Insha Allah semoga bahagia till Jannah.

    58

    0
  5. nona noni says:

    Tak sabar nak tengok.. ;-)

    22

    0
  6. penungguyangterbaik says:

    aahh bagusnyee suami macam ni. syukurnye lah Sarah dapat suami gila appreciate dia. take note, suami hargailah isteri yang susah senang dgn kau selama ni. isteri, jadilah tulang belakang suami dari walau susah mcm mana pun.

    43

    0
  7. awardnominees says:

    sila bagi award the best couple yang HALAL antara artisss. skali johan dan wife, sapa lagi? sila tambaaah

    34

    0
  8. Sabahbilang says:

    Dr zmn sk0la sy mmg minat siti sarah..kdg smpai gadu mulut dgn kwn2 klau ada mgutuk,pnh smpai umban(baling) pemadan gara2 back up siti sarah..msa tu lagu tipt0p dia sandarkan kenangan..smpai skg still f0llow d0rng wife husbnd,mmg nikah dlu drg akad nikah ja skg ada 3 bru sanding..wah suib sbnarnya yg bruntung tau dpt wife mcm SS sm0ga hdup d limpahi kebhgiaan hingga ke ank cucu..suib dn sarah dtglah sabah kita mnum k0pi ten0m hehe l0ve kmu..

    24

    0
  9. Cassandra Eve says:

    Ohh this is sweet ! Shuip & Johan are the best ‘role model for all the husband out there to follow .. They are real ‘ husband mithali & true gentleman who now how to treat & appreciate their ‘ Women/Wife well … Lucky Sarah & Olin … May Allah blessed this 2 lovely couple .. Ameen

    40

    0
  10. Anonymous says:

    Exactly , what a sweet gesture by the husband.
    Kalo di imbas kembali , couple ni sebelum kahwin x ada nak bercinta bagai nak rak… majlis kahwin pun simple2 je.. but kesan perkahwinan mereka amat menakjubkan… so tepuk dada tanya selera…

    33

    0
  11. rosmerah says:

    Alhamdulillah….cuma tinggal 10percent lelaki mcm ni kat dunia. Seriously!! Ade jenis yang semua isteri support siap dgn loan lagi. Biler da dpt gaji besar, loan pon tak bayar…lupa anak bini, cari minah lain. Sikit pon tak kenang jasa.
    Biler isteri soal dier ckp pasal kau tu bodoh!! maner boleh ungkit!!

    31

    0
  12. melati says:

    entah ler tapi bila kenangkan Shuib buang Mamat Sepah tu , kurang yakin skit dgn Shuib ni….hmmmmmm

    0

    55
    • Yaya says:

      Kau bole pg mampus. Sorry terkasar.
      Tu mujo aku x maki lagi tu.
      K bye

      8

      0
    • Anonymous says:

      Boleh google rasa nya sebab apa Sepah buang mamat. Ex mamat pun ada confessed sebab yang Sepah buang mamat. Bukan saja saja buang.

      Kalau kata Jep buang mamat, tak logik. Sebab mamat tu kelakar. Shuib tu yang tak kelakar. Tapi problem diorang disiplin. Masa Maharaja Lawak Terbaek dulu tu pun boleh tengok jawapan jawapan diorang. Tapi budak Sepah takda sorang pun bukak mulut pasal mamat. Orang luar je bukak cerita

      11

      2
  13. Anonymous says:

    Makin cantik makin cute tgk siti sarah..sejuk mata tgk pasangan ni,moga allah terus memberi kerahmatan..amin.

    21

    0
  14. sandra says:

    really inspiring!!!

    12

    0
  15. EllySha says:

    Sy suka melihat keharmonian & kebahagiaan Shuib & Sarah. Alhamdulillah…mudah2an kebahagiaan & keharmonian ini berkekalan hingga ke Jannah.

    11

    0
  16. Anonymous says:

    untung siti sarah…dpt suami yang menghargai & menyayangi sepenuh hati,,,,,really inspiring!

    12

    1
  17. Anonymous says:

    so sweet.. tak sabar nak tengok.. mesti sarah cantik sangat sebab dia sekarang makin lama makin cantik..

    12

    0
  18. sentap says:

    so suwit. plis jangan jadik cam rahim sepahtu. lepas kaye,femes dia teros hadiahkan isteri dia madu.

    17

    0
  19. mira says:

    sweet lah weh…hadiahkan sarah rumah…buat majlis ni lagi…hargai lah pasangan anda…

    12

    0
  20. joe says:

    ouh kalau shuib buat mcm2 utk hargai siti sarah netizen semua setuju je siap adore lagi la goals la apa bagai, bila johan hargai isteri dia kena kecam pulak. apa beza diorg dua tu, dua-dua dah kawen kan? ppfftttt

    2

    3
  21. KiahPropa says:

    Semoga berbahagia hingga ke Jannah

    3

    0
  22. Anonymous says:

    Mis you sarah

    0

    1
  23. Reramarerama says:

    Teringat plak ms dorg br kawen niaga ayam golek kt bazar ramadan area kuala selangor..

    Keep it up shuib n sarah.congratulations..

    3

    0
  24. entahlah... says:

    mintak maaf dulu nah pada peminat depa berdua nie. aq nie bukan nak mendoakan cuma minta depa berdua berpader2 tonjolkan kemesraan. sebabnya aq dulu minat nak rak pada pasangan nurul & ajai sampai beranganlah kalau kahwin nak loving 2 dgn husband mcm depa tapi xlama jodoh mereka. memanglah ajal maut jodoh semua bukan kita yg tentukan tapi takut nanti ada manusia yg xleh tengok org bahagia.dah busuk hati takut jugakan.

    1

    11
  25. Anonymous says:

    untungnya siti sarah,,,,semoga kebahagian kamu berdua berkekalan sampai bila2

    2

    0
  26. mama sarcasm says:

    Shuib & Sarah dan Johan & Ozlyn antara pasangan yg dari mula susah senang bersama..paling sweet mreka sgt mhargai wife mreka ats kesusahan lalu,ini baru relationship goal yg sebenar! hanez suraya pulak??oopsss ke situ pulokss

    8

    -1
  27. Anonymous says:

    Happy….

    0

    0

Leave a Comment

Optional