Jumaat ini, Maharaja Lawak Mega 2013 akan memasuki minggu ke 8. Minggu lalu menyaksikan tersingkirkan kumpulan Say Who yang berasal dari Indonesia. Tiada sebarang kontroversi mengenai penyingkiran ini kerana sepanjang berada di MLM 2013, persembahan kumpulan SayWho sekadar biasa-biasa sahaja. Senang cerita, memang sudah boleh diagak kumpulan SayWho akan terkeluar.
Selain SayWho, kumpulan Wala dan Comey turut tersenarai di “bottom 3”. Daripada pemerhatian Abang Nara, ada 3 peserta yang berkemungkinan untuk menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013. Kumpulan-kumpulan itu ialah Shiro, Jambu dan Sepahtu. Berdasarkan prestasi semasa, Abang Nara melihat kumpulan Shiro mempunyai peluang cerah sekiranya berjaya mengekalkan persembahan yang konsisten.
Persembahan muzikal Shiro minggu lalu sememangnya “power” dan berjaya memecahkan perut Abang Nara. Ketawa tak henti-henti. Chemistry antara Ajak dan Shahrol memang terbaik. Lawak yang disampaikan juga sangat “simple” dan boleh di”relate” oleh penonton. Setakat hari ini, jumlah undian antara Shiro, Sepahtu dan Nabil adalah sama iaitu 25%.
Abang Nara lihat persembahan Shiro setiap minggu memang menunjukkan peningkatan. Namun kumpulan Jambu juga tidak boleh dipandang ringan. Lawak mereka juga hebat walaupun jumlah undian dilihat tidak menyebelahi mereka (sekadar 7%). Sementara itu kumpulan Sepahtu pada minggu lalu mula menunjukkan taringnya selepas beberapa minggu tampil dengan persembahan yang mengecewakan.
Kumpulan Bocey dan SYJ juga memberikan kejutan dengan persembahan yang konsisten setiap minggu. Nampak gaya seperti Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini memang sengit persaingannya. Namun bagi Abang Nara, pilihan untuk juara ialah Shiro. Abang Nara memang suka dengan lawak mereka. Bagaimana pula dengan anda? Kumpulan manakah yang menjadi pilihan hati? Tuliskan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan pembaca BeautifulNara yang lain.