Written by AbangNara | July 30th, 2012

Susah sebenarnya menjadi seorang selebriti. Lagi-lagi kalau anda sedang hangat bercinta dan kisah percintaan anda menjadi perhatian banyak pihak. Mungkin itu yang sedang dialami oleh Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad. Sungguh banyak kritikan dan teguran tentang percintaan mereka berdua yang telah diterima sehingga hari ini.

shila amzah

Semalam menerusi Metro Ahad, Shila Amzah menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang teguran mengenai hubungannya dengan Sharnaaz. Untuk makluman, sebelum ini banyak peminat yang menyatakan rasa tidak senang apabila melihat Shila dan Sharnaaz berpegangan tangan dan beraksi manja di khalayak ramai. Malah, nama ayah Shila iaitu ND Lala turut diheret ke dalam hal ini.
shila amzah

Sedikit petikan kata-kata Shila Amzah di Metro Ahad semalam:-

Saya hairan, kalau di majalah kita lihat ada artis lelaki dan perempuan bergambar jauh lebih teruk aksinya daripada apa yang kami lakukan, tetapi tidak pernah menjadi isu. Berbeza dengan kami yang cuba bersikap jujur dengan memberitahu bahawa kami bercinta tetapi bila dilihat berpegangan tangan, sudah menjadi isu besar.

Shila mengakui yang sebelum ini dia cuba merahsiakan percintaan mereka dengan pura-pura tidak mengenali antara satu sama lain. Namun Sharnaaz mendesak dengan memberitahu sampai bila mereka ingin menyorokkan hal ini.

Perkara ini ditambah dengan sikap Shaanaz yang sangat budiman dan terbuka. Pendiriannya, mengapa mahu sorok perkara benar dan dia sangat jujur dengan hubungan cinta kami. “Pernah juga pergi majlis penganugerahan dia mahu menggenggam tangan, tapi saya cuba tarik kerana bimbang dengan tanggapan orang. Bagaimanapun, Shaanaz menegur, sampai bila saya dan dia mahu berkeadaan begitu. Orang tahu kami bercinta tetapi apabila pergi majlis masing-masing, buat tidak kenal.

shila amzah

Bagi Shila, kalau ingin menegur memang boleh, namun janganlah dikaitkan dengan nama ibu dan ayahnya. Kata Shila:-

Cuma satu perkara yang ingin saya sentuh, sewaktu mereka menegur perkara terbabit dan cuba mengaitkan nama ibu dan ayah saya, adakah mereka terfikir jika perkara sama turut berlaku kepada mereka dan nama ibu bapa mereka turut dikait sama. Apa perasaan mereka ketika itu, adakah sama dengan apa yang saya rasa? “Pada saya, tidak salah jika mereka mahu menegur, tetapi biarlah ia dikaitkan dengan diri saya dan Shaanaz saja. Kerana kesalahan yang mungkin kami lakukan dari pandangan mata mereka itu hanya membabitkan kami. Saya bukan anak kecil manakala Shaanaz berusia 27 tahun, tanpa mengaitkan nama ayah dan ibu, kami boleh terima dan faham teguran yang ingin disampaikan. Rasanya, teguran dibuat tanpa niat mahu menyakitkan hati adalah lebih mulia dan mudah diterima berbanding mempunyai niat mahu menjatuhkan maruah seseorang individu.

Abang Nara rasa teguran-teguran yang diberikan kepada Shila dan Sharnaaz adalah kerana peminat sayangkan mereka berdua. Kalau tak sayang, pastinya peminat pun buat tak tahu sahaja. Lagipun rasanya Shila dilihat sebagai ikon kepada remaja-remaja di luar sana. Jadi kalau boleh jaga tingkah laku semasa bercinta, tentunya lagi molek dan lagi sedap mata memandang. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

108 responses to Shila Amzah Sedia Terima Teguran Berkaitan Percintaan Dengan Sharnaaz

  1. pisces says:

    kawen je lah.. senang cite!

    0

    0
    • nazrul natasha baiduri says:

      ek eleh minah nih cm dia sorang je ada bf, kecoh seyhh! cm dia sorang jer ada bf.. tasha ada bf lg hensem dr sharnaz nih xde la hover gedik cm minah nih sgt.. huh!

      0

      0
    • Joe Jambul says:

      bercinta la berpada2.. kalau bercinta perlu ke pegang tgn tu? dlm islam xde semua tu.. ko ikot ckp si sharnaaz tu kenapa? sepatutnya sbgai khalifah bkn ke dia ptot ajar ko benda yg ke arah kebaikan? berpegang tgn pd yg bkn muhrim tu di mana kebaikan nya? kesimpulannya.. ko kawen jer la… pasti xkan ade lg yg mengata betapa ceteknya percintaan korang pasni

      0

      0
    • Anonymous says:

      Dosa tetap dosa dik….. Klu xnk org kaitkan nama bapak kau jaga le nama bapak kau tu…..

      0

      0
    • pisces says:

      orang kaitkan dengan family sndr, tau pun sentap.. tapi buat dosa, x tau pulak nak rasa sentap.. leh lg compare dengan artis2 lain???

      0

      0
      • Anonymous says:

        kau klu adik beradik kau yg buat dosa, kau kene tempias, ko sentap x?

        0

        0
      • Lan Todak says:

        wei anon .. kau ni xabis2 dgan troll bodo kau tu

        0

        0
      • Anonymous says:

        kalu adik beradik aku cam shila, mmg dah aku lempangggg

        0

        0
      • Anonymous says:

        kalu adik beradik aku ni cam shila, dah lama mkn pelempang. bikin malu mak bapak!

        0

        0
      • pisces says:

        nak sentap apa.. bukan aku yang buat dosa tu.. masing2 dah besar, leh fikir baik buruk.. kite tegur je la supaya jaga air muka keluarga.. biasalah orang keliling tegur.. dah name pun buat salah! sepatutnya ada rasa untuk INSAF instead of sentap..

        0

        0
      • Anonymous says:

        eleh nak lempang konon, silap2 ko yg kene lempang. klu ko dh lempang die buat dek jugak, then die buat jugak, then org sekeliling still kutuk2 ko sbb adik beradik ko yg buat hal, mcm mana? rs best ke?

        piscess, serius ko x rasa ape pun klu org lain kutuk ko atas kesalahan org lain? isk hati batu betul.

        lan todak, troll ape baghal?

        0

        0
      • pisces says:

        yang ko ni nak emo sangat kenapa? bukan masalah hati batu or hati kering.. dah kesalahan keluarga sendiri.. terima je la teguran.. ambil iktibar.. sebab mmg dah jangka, kalau buat salah yang leh mengaibkan keluarga, benda ni akan terjadi.. dari dulu kot kalau ada kesalahan, orang akan cakap, anak sipolan tu la.. anak murid sipolan tu la.. mmg orang akan kaitkan kite dengan orang lain..

        0

        0
      • Anonymous says:

        pisces, aku x emo, aku tny je, biase la kita klu xkena kat batang hidung x rasa, so kita tau ckp je kat org. so aku tny je perasaan ko, klu hati ko semurni itu, xtau nak kata ape la kan.. huhu..

        klu aku mmg aku terasa laaa.. sbb tu aku akan elakkan ckp psl mak ayah org, aku akan elakkan hina mak ayah org, keluarga org, sbb aku takut nnt mana la tau Allah nak bayar cash, dia bg kat aku anak mcm ni, nnt aku yg kena blk.

        ye lah, kita kdg2 lupa, kita bukan kene jaga solat, aurat, ibadah je, tapi plg penting kene jaga LIDAH. sbb ramai manusia masuk neraka sbb lidah… ehh terpanjang plak komen aku. tu je la nak ckp., huhuhu..

        0

        0
      • Anonymous says:

        ooo.. rupenyer si anon yg gigih mbekap shila ni dh tkena btg idungnye sdirik.. camnilah, x kesahlah ko ni shila ke adik bradik dia ke ND lalut ke, ko nasihatkanlah saudar pompuan ko ni. kalau org tak mengata n mnegur, makin byklah dosa korang

        0

        0
      • pisces says:

        sebab tu la.. fikir dulu sebelum buat salah.. fikir perkara ini akan melibatkan family atau tak. aku pun tak penah nak libatkan mak bapak pesalah. tapi kena ingat, setiap individu ada tanggapan masing2.

        0

        0
    • Anonymous says:

      dik shila oit, mmgla bagus kamu xnak hipokrit. Tp yg duk bgesel2 tu apa kes? xkan tak mengaji agama kot kamu ni. kenapa nak relate pulak antara xnak hipokrit dgn pegang2 tgn. pegang2 tgn dgn lelaki bukan mahram tu dosa dik yer… Kalau kamu tpaksa hipokrit sbb nak jaga aurat kamu dgn lelaki mahram tak dosa dikkk… cara kamu jwb ni menunjukkan kamu patut masuk kelas agama dikk. ayah ngan mak kamu tak ajar ke? walaupun kamu dah besar, tak bererti kamu tak dicatat dosa n pahala. Tp bila tgk parent kamu, no wonder la kamu itu mcm dikk…

      0

      0
    • Kuntum says:

      Suka pd seseorg bkn tiket utk berpegangan tgn dengan lelaki yg bkn mahram… Bernikahlah cepat…

      0

      0
    • anon says:

      sian shila weh dia tak gedik la..baik orangnye.. yang gatal si sharnaz tu..
      asal bende tak elok je salahkan pompuan..

      shame on u!

      0

      0
  2. 1st says:

    1st..yeye

    0

    0
  3. fedap says:

    harap dowg cepat2 nikah, untung shila dpt sharnaz.. tgk sharnaz tu romantik je .. :)

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Org tegur tu ngaku salah n minta maaf je le….. Ni byk ckp plak n nk cr kesalahan org lain…… Apasal ko ni shila? X bole kena tegur jgn jd artis……. Mmg aksi romantik kau over pun….

    0

    0
    • Budak Pailang says:

      MANUSIA yang lemah hanya mementingkan diri sendiri. Baginya orang lain belakang kira, langsung tidak diendahkan.

      Antara jenis pentingkan diri ialah tidak mahu mendengar suara orang? di sekitarnya. Cuma yang dia mahu dengar ialah suara nafsu dan keinginannya saja, walaupun kadangkala orang menderita disebabkan sikapnya.

      Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka kita mengetahui lemah kita, bahkan yang cacat akan diperbaiki.

      0

      0
  5. MARCH says:

    Hairan..hairan..hairan..

    sebab kamu berdua still haram dik pegang2 tangan..
    x hairan dengan dosa sendiri??

    jangan dosa dianggap biasa..sebab org lain pun buat..
    kawin lah cepat2…pastu kumpul pahala banyak2 ngan pegang2 tu.

    Selagi anda belum brkahwin..memang tanggungan dosa itu atas kepala bapak..dan kepala anda sendiri..

    0

    0
    • Budak Pailang says:

      ” Perkara ini ditambah dengan sikap Shaanaz yang sangat budiman dan terbuka.. “Pernah juga pergi majlis penganugerahan dia mahu menggenggam tangan, tapi saya cuba tarik kerana bimbang dengan tanggapan orang. Bagaimanapun, Shaanaz MENEGUR (apa kejadah nyer ini?) , sampai bila saya dan dia mahu berkeadaan begitu. ”

      Shila oi ..tu bukan lelaki budiman .. itu lelaki buaya yang ingin mengmbil kesempatan ke atas tubuh shila yg makin montok tu . Sepatutnya Sharnaz menegur supaya jaga batas pergaulan. bukannya tegur n paksa nk kan sesuatu daripada shila .. mula2 tangan, lpas tu ape ? dada? bntot? .

      Semakin banyak shila bagi kenyataan pasal hubungan dia n sharnaz.. makin banyak keburukan sharnaz aku nampak ..
      Yg bertambah pelik nya apa function mak shila tu follow shila n sanaz? aku pernah nmpak dkat klcc, sanaz dgan shila n mak n adik llaki dia , tpi shila n shanaz jalan dkat dpan berpegangn tgan . mak n adik llalki dia dkat blakang wat dek je .

      0

      0
  6. honeygurls says:

    nikah je la dulu..tak payah sorok2.. ni lagi satu.. macam tak rasa bersalah nak salahkan org kata dia pegang tangan peluk2 tu salah..

    0

    0
  7. Rina says:

    Semua manusia pernah melakukan kesilapan. Akui atau tidak, tepulang kepada individu itu. Apapun buang yang keruh, ambil yang jernih. Salam:)

    0

    0
  8. ning baizura masuk pas ke?? says:

    terimalah teguran drpd peminat. Org xkan bersuara kalau benda tu xkena dgn cara. Walaupun pegang tangan ia tetap haram, so kalo nak asyik berposing manja2 dpn khalayak, kawen je la. baru mulut masyarakat boleh diam.

    0

    0
  9. InsanBiasa says:

    entry dah pernah kuar kot dulu.xyah lah keluarkan lagi.dah xde idea ke nara ..

    0

    0
  10. crunch.. says:

    pelik btol..maunya org x tegur..dah saudara seislam, kalau x tegur tu yg tambah dosa,

    mmg xleh pgg tangan, haram dalam Islam selagi x kahwin.
    Dan mmg mak ayah terseret sama. Nak2 lagi ayah, ko umur berapa pun, selagi ko x kawin dan ko bukan janda, tanggungjawab dia. Bukan terseret. Memang dah termaktub.

    Jangan nafikan apa yang dah hukum, nanti org cakap jahil…huhu
    Inilah masalahnya. memang artis juga manusia, tapi bila dah jadi public figure, xkiralah ahli politik, atlit mahupun artis, apa yg ko cakap byk mata akan tgk dan nilai, lagi parah kalau jadi ikutan.

    Cakap tu kena cerdik..Admit apa salah kita sbb kita muslim kan… jangan nafikan hukum..

    Wallahua’lam… Yang baik itu datang dr Allah..

    0

    0
  11. DondangSayang says:

    Wajar untuk Sheila dan Sharnaaz mengambil teguran peminat sebagai satu muhasabah diri dalam membentuk hubungan yang lebih baik dan diredhai Allah. Usah perhitung dosa orang lain beraksi tidak senonoh dan sebagainya kerana memperbaiki diri sendiri dan menjaga nama baik kedua ibu bapa adalah lebih utama. Jauhilah bertangguh-tangguh untuk menikah kerana menikah itu menutup segala fitnah. Semoga Allah mempermudahkan urusan nikah kalian.

    0

    0
  12. Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

    alaaaaaaaaa shila apeeeeee nk peduli sangat ape yg orang cakap ! buang masa je nk melayan orang2 yg semacam ini huh ! asal kn shila ngan shahnas hepi sudah lah n hormat pada mak bapak ha sudahhhhhhhhh…….kalau nk ikot kn mulot orang sampai mampos pn mulot dorang tk berenti ! soooooo stay coollllllllllllll !

    0

    0
  13. semut cute says:

    lain kli kalau dh tau diri tu jd tmpuan org,jgn l tnjukan aksi2 roman tu dpn org rmai w/pn msa ‘date’ tu dteman olh fmily msg2…
    org ln pn bcnta jga kn…mmg la org kn anggap awk gedik n over…
    dh nma nya retis shila ooiii….jd tmpuan ler…

    0

    0
  14. Aku x suka dia says:

    masa bercinta bkn main lgi tunjukan kemesraan..org lain pn bercinta gak..tpi patut2 la..jgn over sgt..tpi aku tengok dia org ni kan cam x lama jer bercinta..entah la..cam ada y x kena…

    0

    0
  15. sha says:

    walau ape pun….haram tetap haram takkan nak menegakkan benda yang berdosa plak

    0

    0
  16. ............. says:

    bukan ke shanaz ni panas baran orgnya..kalau dpt org cam ni kalau ensem pn x guna..

    0

    0
  17. sHILA VS sharNaaZ says:

    eemm..shila & sharnaaz…
    yes… it is normal kalau couple pegang tangan…(kejahilan org bcinta)
    tapi igt ar wei…kitakan Muslim..ko rasa normal ke xmuhrim berpeluk dan bpegang tangan?????
    well, YES…semua org pun buat…tapi kenapa ko nak megah2 kan??? tak malu ker?

    dan mjawab psoalan ko bkenaan “mengheret ibubapa” dlm topik ni……
    tiap kali org mfitnah ko, ko mesti jwb, my mum is with us all the time…
    my parents are aware of our relationship..
    dan statement sharnaaz: makpak saya masa bcinta dulu pun pggang tangan….
    so salah ke org nak mpertikaikan kewujudan ibubapa ko????
    boleh nak bcinta tapi tunjukkan contoh2 yg baik..xpayah terlampau expose k….

    kalau dah ready sgt..kawin jelar k…..xpyh tunggu lama2…

    well kwn2 semua..sorry sb aku xpandai english..hehehhee
    utk pgetahuan semua..shila & sharnaaz mmg tgah plan utk engagement dorg..hehehehehe

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Bangangnye alasan ko shila amzah… Cancel le minat ko

    0

    0
  19. SCHAWAL KUAT MENCAPUB says:

    banyak cakap la ko shila..porraahh..shila hamzah & sharnaaz pun antara pasangan yang kuat mencapub..lepas ni aku nak tuka nick name ahh..

    0

    0
  20. mak kesom pengedar belacan terkemuka says:

    kanak2 riang tgh hangat bercinta mmg mcm neh!! kentut bau telur pn dia kata wangi..!! esok2 kau tahu la langit tu tnggi ke rendah.. klu ye pn bercinta statement ko tu jga la!! ko artis.. ko punya statemnt buat org lg menyampah.. x de kami x laku la album ko tuuuuuu adik shila amzah weiiiiiiiiiiiii….

    0

    0
  21. Guest says:

    “Saya hairan, kalau di majalah kita lihat ada artis lelaki dan perempuan bergambar jauh lebih teruk aksinya daripada apa yang kami lakukan, tetapi tidak pernah menjadi isu. Berbeza dengan kami yang cuba bersikap jujur dengan memberitahu bahawa kami bercinta tetapi bila dilihat berpegangan tangan, sudah menjadi isu besar.”

    Ape punye statement lah. Nak compare plak dgn org lain. Org citer pasal kau nak babit org lain plak.

    Apapun, Moga Allah beri hidayah kat kau Shila nak2 lagi dalam bulan Ramadhan ni. InsyaAllah. ;))

    0

    0
  22. triple_j says:

    tak perlu hairan. orang menegur pasal sayang. shila bukan saja dari keluarga baik2, malah ada rupa dan bakat to boot. sayang kalau leka bercinta sampai pegang2 tangan lama2 hanyut. karier ke mana maruah ke mana. jgn plak jadi mcm banyak artis yg dok jaja kisah cinta lama2 karier tenggelam, org tak suka dsb. jgn diikutkan yg bergambar sexy dsb tu semua tak boleh pakai.

    0

    0
  23. xyz says:

    Orang baru first time bercinta lah kata kan -.-‘ Semangat percintaan masih menyala-nyala kan.

    0

    0
  24. sejak ada boipren ni aku agak x berapa nak berkenan dengan statement yg keluar dari dak shahila @ shila amzah ni. Yg salah tak payah la nak betulkan dengan tunjuk salah org lain.. besar kecik salah tu tetap la salah. Takkan jadi betul kalau ko tunding salah org lain yg lagi besar dari ko pun. merujuk kepada statement ni >> Saya hairan, kalau di majalah kita lihat ada artis lelaki dan perempuan bergambar jauh lebih teruk aksinya daripada apa yang kami lakukan, tetapi tidak pernah menjadi isu. Berbeza dengan kami yang cuba bersikap jujur dengan memberitahu bahawa kami bercinta tetapi bila dilihat berpegangan tangan, sudah menjadi isu besar.<<

    0

    0
  25. fifi says:

    Kalau tak nak nama mak bapak libat sekali. Sepatutnya shila kena tahu jaga diri & maruah. Siapa lg yg org akan salahkan kalau anak dara bpegangan tangan, peluk2, kalau bukan mak bapak? Pasti org akab ckp, “mak bapak die tak tegur ke?” See? Awk mmg tak boleh nak lari dr semua ni shila. Sikap awk, mencerminkan cara didikan ibu & bapa awk. Jd kalau tak nak libatkan nama mereka, jaga lah adab, maruah awk sebagai seorang perempuan. :) jgn la duk dgr ckp boipren awk tu. Terang2, bpegangan tangan itu haram, ini kan pula bmesra2 mcm dh kahwin. Kalau gitu, kahwin terus je la shila oi. Tak timbul fitnah & aib kan? :) selamat berpuasa!

    0

    0
  26. Tak heran says:

    What a total loser~

    0

    0
  27. ck slmh says:

    masuk biutipul nara ni pon sbb nak tgk iklan baju n handbag jek.
    lebih menarik kot dr gosip retis.
    haha..

    0

    0
  28. my boo says:

    camna la org tak heret nama mak bapak kalo nama ko sendiri pun dh berbinti kan bapak ko..bak kata mak aku dulu…mana pegi ingat..jg maruah diri n jaga nama mak bapak sebab mana pegi kite ni bawak nama bapak skali.mksdnye kt sini..kalo ko buat tak baik org akan tanya..”anak sape budak ni?” ( utk org2 yg tak famous mcm aku la).tp mcm ko shila terang2 org tau sape mak bapak ko..so pls lah jgn terlalu ikutkan nafsu muda. kesian kt mak ayah ko.

    0

    0
  29. insan biasa says:

    musykil akan sesuatu, seseorang yang bercouple itu perlu ke berpegangan tangan untuk menunjukkan yg mereka itu sedang hangat bercinta.. lagipun bukan mahram, tidak elok berpegangan tangan. fikir-fikirkan dan selamat beramal…

    *sekadar renungan bersama serta peringtan diri juga..

    0

    0
  30. NYS says:

    mmg patut tegur sebelum terjebak..
    tapi kalo parents sendiri pon x tegur, mmg rosak la

    0

    0
  31. kuks says:

    lagi skali nak engatkan..wardina cakap..bukan aku cakap ‘kalau lelaki tu betol2 sayangkan kita, dia tak akan berani pun sentuh kita *pegang tangan semua yg berkaitan* – jadi dalam hati aku..boleh nilaikan sendiri. jangan nak seronok sgt.huhu..peace..slamat berpuasa

    aku tepek skali videonya

    0

    0
    • Kuntum says:

      Perkahwinan sy berlandaskan agama. Saya kenal bakal suami lebih kurang sbln, berhubung melalui tel shj, sesungguhnya amat menjaga syariat. Kini, da 9 thn jd isterinya, nikmat sgt jd isteri kpd suami yg soleh & dikurniakan c/mata cerdik yg sentiasa dibaja dgn ilmu akhirat…

      0

      0
  32. ShilaLaLalaLa says:

    kalau korang ada access to Shila & SHarnaaz fb..
    well, u can see that shila ni mcm thegeh2 ngan kuarga shanaaz…
    seriously!!!

    even mak shila ni pun sibuk mencapub ngan family sharnaaz….
    shila selalu up status…’i miss my penang family’….siap tag semua adik beradik sharnaaz….
    and u know what???
    takder sapa pun yg reply…….yg reply pun xd kena mgena ngan kuarga tu…
    malu tak????
    si Shila ni pun siap up status…”doakan sha & abg bla bla bla…”.
    geli uuuoolls…..NDLALA xder plak komen kan….malu lar….

    to shila: awak baru 22/23 tahun yek??
    long way to go darling……

    to sharnaaz: wei, ko baru je nak naik..dah buat hal…
    rilex2 la der….slow2……ok…….

    salam dari mak jemah..love u all….

    0

    0
  33. cik nad says:

    tapi kan sharnaaz nie ensem betul dalam cite bukan bidadari.. kebanyakan lelaki nsem mmg panas baran kot.. slalu jumpa laki nsem mmg panas baran.. huh

    0

    0
  34. aptb says:

    statement kurang cerdik dari shila amzah..fikir dulu sebelum bercakap ye dik …

    0

    0
    • sapa2 pon boleh says:

      ape hal shila nak dengaq ckp laki tu…sapa laki tu??bpk hg??abg hg??adik laki hg??wali hg ka?? kamonla…baru jad boyapren…Sepatutnya, sbg anak patutlah JAGA MARUAH!!!JAGA HARGA DIRI..bila dah akad nikah, hg nak pelok2 depan kamera ka suka ati hgla.Sbb tula ade peribahasa “nak jaga sorang anak pompuan, umpama jg lembu sekandang”. Artis lain nak buat suka ati depala..depa tu memang dah tempah tiket ‘go to hell’.Dari kecik, kami tgk hg memang baguih..tapi bila dah ade “boyapren”, hg dah xbaguih.Kamon la dik, kami ni menegur krn kami xnak hg tsilap langkah..

      0

      0
  35. Babyboo says:

    Haram ke dosa ke, dorang yang tanggung. Kite sebagai sedara seislam ni dah pun tegur. Kalau dorang tak nak ikut, kita doakan jelah moga dorang di berikan hidayah agar menjaga batas pergaulan bukan muhrim selepas ini. Yang penting dah pun di tegur. Tak elok marah2. Bln puasa ni :)

    0

    0
  36. Mak jemah pemalu says:

    Ayat cover org yg dh salah gitula….pe pun,jaga diri sendiri, keluarga..tingkatkan lreativiti, kurangkan kontroversi…

    0

    0
  37. Mimo says:

    Sebabtu bila buat SESUATU perkara, kena ingat mak ayah kita and JAGA nama baik mak ayah kita, supaya tak menconteng arang dimuka mereka. Sebab apa apa benda buruk yang dibuat oleh anak, yang dipersalahkan yang dihina dan dicakapkan adalah MAK AYAH kita.

    To shiela: jagalah nama baik mak ayah kita. Sebagai seorang anak perempuan jaga tingkah laku, jaga maruah diri , jangan ikutkan sangat pada lelaki yang suka mngambil kesempatan terhadap kita. Jika dia lelaki yang baik untuk kita, dia lah lelaki pertama yang menjaga maruah kita bukan dengan suruh buat perkara yang tidak baik. Fikirkanlah shila.

    To sharnaz: kalau rasa awk lelaki yang baik, didiklah perempuan dengan betul. Jangan mengambil kesempatan dan jaga lah maruah dia.

    0

    0
  38. ROSSA IRNIDA says:

    KLU mmg bukan mahram walau bersentuhan kulit sekalipun, jawapannya tetap sama’HARAM’ Nikan pula berpegang tangan. Bila ditegur pula jgn samakan dengan perilaku org lain, klu dah tau org lain buat tak elok kenapa buat?…..

    0

    0
  39. wannadiatulakma says:

    aku tak tahu kenapa..aku rasa mereka ni macam tak sesuai jer..aku tgok macam sharnaaz lebih2 ajak SH pegang2 sana sini.SH pun sebab cinta punya pasal ikut jer la.igt SH jangan terpedaya..lelaki mostly macam tu..dah dapat barang,boleh say bye2 la.
    LELAKI MEMBERIKAN CINTA UNTUK SEKS,WANITA MEMBERIKAN SEKS UNTUK CINTA.bb

    0

    0
  40. sandra melaka says:

    sy lihat video Wardina td..cuma satu je pesan jika menyebut nama Allah sebutlah dgn lengkap dan penuh hormat Allah Subhanahuwataalla (SWT).

    0

    0
  41. Leo says:

    berpegang tangan sebab nak tunjukkan keikhlasan?
    terang-terang mereka berdua ni tak matang…

    0

    0
  42. aweera mojo says:

    mak bapak moden sgt..anak jd mcm ni la..poyo xnk hipokrit nk pegang tgn sentese..haktuiihhh..gedik!!xde maruah!!

    0

    0
  43. aweera mojo says:

    mak bapak moden sgt..anak jd mcmni la..xnk hipokrit konon nk pegang tgn sentese..haktuuihhh!! blah le..gedik!! no maruah..hahahaha

    0

    0
  44. Minah chubby says:

    X yah nk t’lebih tunjuk yg korg nie b’cinta smpai pegang tgn setiap masa..masyarakat myampah tahu tak..

    0

    0
  45. dynash says:

    “sudah cukup sudah..
    Cukup smpai dsini sja..
    Drpd ko wat dosa..
    Lbih baik ko kwin sja..”

    Oooo..kesian..

    0

    0
  46. saje-saje says:

    bkn nk menyokong dorg atau mengiakan ape dorg ckp…tp, aku pernah terlibat ngn sesi photoshoot kt satu surat khabar terkemuka m’sia…ade satu photoshoot johan as’ari ngn tasha shilla… ble photographer mintak buat itu ini sume buat, siap ade photo baring2 lg, ade part tasha duduk antara celah kangkan johan sume…. ade tu nanu ngn adi putra pn same…tp, time skali photoshoot shila amzah n sharnaas, ade part tu photographer mintak sharnaas sandar antar celah kangkang shila (shila duduk kt kerusi yg tinggi skit), tp ngn tegas dua2 ckp “tak kot”…. so, dorg amik gamba yg biase2 je….ye la mungking x patut dorg bergamba berdua pn n jgn la berkapit sgt…tp pada artis lain pn same, w’lau korg x bercinta, x menghalalkan korang amik gamba berbaring bagai….

    0

    0
  47. marry says:

    if you love me, dont touch me before u marry me

    0

    0
  48. lilicomey says:

    lelaki budiman ?
    pegang n peluk PEREMPUAN yg bukan muhrim n bukan bini sendiri tu dinamakan budiman
    itu namanya YOURBODYISMINE ..
    lelaki budiman ni cik SHILA AMZAH yg pandai jaga perlakuan dirinya and pasangannya…nilai pasangannya tu dimata org lain dan dimatanyer sendiri

    0

    0
  49. tipah says:

    Geramnya dengan kenyataan bodoh artis ni. Terserlah kebongokkannya. Bodoh tak boleh diajar.

    0

    0
  50. Anonymous says:

    sengal..berpada2 la wehh.. tak beragakkk

    0

    0
  51. sara says:

    HARAM tetap HARAM….jgn sesekali menghalalkan yg terang2 dh haram…dosa tetap dosa…

    0

    0
  52. diam je says:

    loya… antar sekolah balik.. baru dia tahu halal haram………. sentuh tangan halal kot bagi dia

    0

    0
  53. mawarose says:

    mmg x minat langsung dgn minah gedik ni..popular pun sbb kisah cinta die je..nyanyi dah la bingit aku mendengarnye…

    0

    0
  54. Peezah says:

    wahai Para artis sekalian..kalau dah jadi artis pasti berjuta mata memandang,terimalah teguran.kita mesti menjaga nama baik ibu dan bapak pasti kalau anak berlaku tak elok nama bapaknya dan maknya yang disebut.janganlah menjadi contoh yg kurang elok buat peminat remaja sekalian.kalau korang tak over,orang takkan buat issue perkara pegang tangan,aksi manja-manja.kadang-kala kita terlupa dengan tingkah laku kita..zaman artis dulu-dulu bercinta takde pulak kena sound macam sh dan sharhanaz nie..jaga tingkah laku dikhalayak ramai wahai sh dan sharhanaz..jangan disebabkan perkara begini membuatkan org ramai meluat buat kita.

    0

    0
  55. cipan says:

    kebodohan dan kejahilan terpamer melalui perkataan dan percakapan – sekian dimaklumkan

    0

    0
  56. lovy says:

    kpd shila…apa pun tabahkan hati..mmg bnyk cabarannya jadi artis ni…fokus pd kerjaya..jaga diri bebaik…buat perkara yg berfaedah…to sharnaaz please take care shila bebaik…slowly2 jd suami yg soleh….bimbing shila…sabar dgn ujian, cemuhan dan kritikan peminat..sabar itu berkat’

    I wish you two..all the best…semoga dibawah perlindungan allah SWT sentiasa_ AMIN

    0

    0