Shila Amzah adalah salah seorang daripada selebriti wanita yang tersenarai namanya sebagai jelitawan jutawan yang dikeluarkan oleh Metro Ahad baru-baru ini. Di dalam senarai tersebut, Shila dikatakan membawa pulang pendapatan bernilai RM2.5 juta setahun dengan salah satu sumber pendapatannya ialah kontrak bernilai RM5 juta bersama Shanghai Media Group. Selain itu Shila turut menjadi duta kepada produk Safi Balqis.
Namun hari ini menerusi Berita Harian, Shila Amzah menafikan dirinya memperolehi pendapatan mencecah jutaan ringgit setahun. Shila terus memperbetulkan kenyataan itu kerana ia adalah tidak tepat dan membabitkan isu keselamatan. Iyerlah, kalau orang jahat di luar sana tahu Shila jutawan, confirm kena “target” punya. Terang Shila:-
Apabila membaca laporan berkenaa, Sha memang terkejut kerana perkara itu tidak benar sama sekali. Memanglah sebagai ganjaran memenangi pertandingan Asian Wave di Shanghai lebih setahun lalu, saya ditawarkan kontrak bersama Shanghai Media Group sebanyak RM5 juta, tetapi ia dalam bentuk pelbagai dan bukannya wang tunai.
Kontrak bersama sebuah produk kecantikan pula sudah lama tamat. Sha tidak mahu perkara ini membautkan orang salah faham dan ingat Sha kaya raya. Sudahlah kejadian ragut dan rompak semakin berleluasa sekarang.
Ada logiknya kebimbangan Shila Amzah tersebut. Malaysia sekarang memang sudah tidak aman. Macam-macam jenayah dilakukan tak kira masa, ketika dan siapa. Diharap dengan penerangan ini, tiada lagi timbul salah faham. Abang Nara harap Shila Amzah turut sama mengambil langkah berhati-hati ketika keluar berjalan-jalan. Perhatikan keadaan sekeliling. Manalah tahu ada mata yang sedang memerhati.